Tuesday, April 9, 2013

Ombak Rindu - Fauziah Ashari



Sinopsis Belakang Buku :
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

----------------

Pada aku, Ombak Rindu adalah karya terbaik Fauziah Ashari.. aku memang sangat suka plot ceritanya.. character yang diolah memang sangat sesuai.. tapi sayangnya bila masuk panggung ceritanya jadi kurang menarik untuk aku sebagai pembaca novel… rasanya cerita dari novel melayu ni lebih baik diadaptasi menjadik telenovela yang bersiri-siri… lebih menyeluruh dan lebih memuaskan.. boleh adapt every single move… pada aku.. dalam Ombak Rindu ni… every single move of the character sangat penting… perubahan expression sangat cepat… watak Hariz sangat kuat… rasanya Aaron Aziz tak cukup kuat untuk watak ni.. sama jugak Maya Karin as Izzah and Lisa Surihani.. tak macam yang aku bayangkan dalam buku ni… huhu… ni dah review felem la pulak… ok.. back to the book…
Kisah bermula bila Izzah dijual oleh bapa saudaranya, Pakcik Taha kepada pemilik kelab malam, Roland… kemudian berpindah tangan pulak pada Kelvin.. seorang bapak ayam, dan di situlah bermulanya kisah Izzah-Hariz.. Izzah dilacurkan dan Hariz adalah pelanggan pertamanya… Izzah merayu agar Hariz menghalalkan hubungan mereka dan dia berjanji untuk tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri… Hariz kemudiannya membeli Izzah dan menikahi Izzah… Izzah kemudiannya menjadi isteri simpanan Hariz.. Hariz cukup berhati-hati agar ibunya, Datuk Sufiah tidak akan terhidu siapa Izzah disisinya… pada awalnya Izzah hanya pelunas nafsunya semata-mata… hanya Pak Dollah, pemandunya mengenali Izzah walaupun tidak tahu hubungan mereka yang sebenar…
Izzah pasrah dengan takdirnya.. menuruti setiap kehendak Hariz tanpa bantahan.. menelan segala tengking herdik Hariz tanpa suara… namun jauh di sudut hati Izzah, dia mula menyintai Hariz dalam diam.. dia menerima Hariz dengan penuh syukur kerana tidak terjerumus dalam pelacuran.. sekian lama bersama Izzah.. Hariz mula rasa ketenangan dalam hidupnya dan mula merasa kekosongan jika tidak bertemu Izzah… namun Izzah masih dikawalnya dengan rapi… Izzah tidak pernah keluar dari rumah kecuali dengan dia… Hariz tidak mahu segala yang dia ada lebur kerana Izzah…
Dalam pada tu, Datuk Sufiah seakan dapat menghidu tindakan Hariz.. dia mahu Hariz berkahwin dengan Mila Amylia, anak rakan niaganya, Tan Sri Rashdan.. Hariz dan Izzah diintip… bila Datuk Sufiah mendedahkan tindakan Hariz… Hariz menghantar Izzah ke Johor Bahru untuk sambung belajar… 3 tahun Izzah di Johor Bahru.. tamat pengajiannya Izzah kembali ke Bayu Damai, apartment yang diduduki bersama Hariz.. dan Hariz semakin sibuk meneraju Cemerlang Sufiah serta persiapan perkahwinannya dengan Mila..
Sejak pulang dari Johor Bahru, Hariz semakin lembut melayani Izzah.. dia mahu Izzah tahu betapa dia menyintai Izzah.. Mila akan dinikahi hanya untuk memenuhi kehendak ibunya dan untuk memastikan kedudukannya di Sufiah Holding tidak terganjak… tetapi Hariz masih mengawal hidup Izzah.. belum berapa lama Izzah bekerja dengan sebuah syarikat kejuruteraan… dia menyuruh Izzah berhenti dan bekerja dengannya sebagai setiausahanya sementara Fatin setiausahanya cuti bersalin.. sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Mila, Hariz melafazkan kata cintanya kepada Izzah..

“Maafkan abang. Abang sayang pada Izzah dan abang takkan abaikan Izzah. Abang janji. Abang… abang juga cintakan Izzah,” ucap Hariz lambat-lambat tanpa dapat memendam perasaannya lagi. Dia tidak peduli jika Izzah menolak cintanya. Berat rasanya jikalau berterusan memikul beban perasaan di hati.
Izzah membawa diri ke kampung halamannya pada hari perkahwinan Hariz-Mila.. dia bertemu dengan Mail, orang yang telah difitnahnya untuk menyelamatkan dirinya dahulu, sedangkan Mail yang membantunya ketika cuba dinodai Pakcik Taha…

Selepas berkahwin dengan Mila, Hariz semakin jarang bertemu dengan Izzah.. Izzah yang berkecil hati sering membawa diri hingga ke Kampung Telok, rumah Pak Dollah dan isterinya Mak Jah… ketika menghadiri kenduri di rumah Pak Dollah, Hariz juga turut hadir.. Pak Dollah dan Mak Jah terkejut melihat Hariz dan Izzah tidur sebilik.. akhirnya terungkai rahsia perkahwinan Izzah-Hariz… Pak Dollah sangat bersyukur kerana selama ini sangkaan buruknya tidak benar…
Datuk Sufiah yang tahu Hariz masih berhubungan dengan Izzah tidak tahu bahawa Izzah itu menantunya… dia mahu memastikan Hariz hanya milik Mila… Hariz yang mula rasa pelik dengan perubahan tingkah lakunya terhadap Izzah meminta bantuan Pak Dollah untuk mencari ubat untuknya.. dia percaya cintanya masih pada Izzah tetapi sikap dan tingkah lakunya yang kerap memarahi Izzah menyebabkan dia berfikir ada perkara yang tidak kena… setelah pulih, hatinya sangat gembira untuk bersama Izzah… namun kehadiran Wafiah ke pejabatnya menjadi titik tolak keruhnya hubungan Hariz-Izzah… Kehadiran Wafiah, seorang jurutera untuk projeknya di Johor Bahru, menyebabkan Izzah patah hati hingga merajuk berhari-hari membawa diri… Kehadiran Wafiah menyebabkan Mila merajuk panjang ke rumah Tan Sri Rashdan menunggu Hariz datang memujuk…
Setelah memujuk Mila, Hariz menerima berita yang Izzah sudah pulang ke Bayu Damai… dia bergegas membeli bunga dan memandu laju tidak sabar untuk bertemu Izzah.. dia mahu memujuk Izzah… malangnya keretanya kemalangan sebelum tiba di Bayu Damai… Hariz koma beberapa hari… Datuk Sufiah mengambil kesempatan menghalang Izzah bertemu dengan Hariz, memberhentikan Izzah dari Cemerlang Sufiah dan menghalau Izzah dari Bayu Damai…
Izzah mengheret dirinya ke rumah Bonda, iaitu ibu kepada Musliha… Musliha teman baiknya ketika berada di Johor Bahru satu-satunya insan yang tahu status diri Izzah… tanpa dia tahu.. rupanya Bonda isteri kedua Encik Abdullah, bapa Hariz… ketika itu juga lah Datuk Sufiah memfitnah Izzah mempunyai hubungan dengan lelaki lain… Hariz yang marah dengan cerita tu terus menghukum Izzah… ditinggalkan tanpa diceraikan… gantung tak bertali… Izzah merayu Hariz tetapi tidak dipedulikan… Izzah terjatuh ketika mengejar kereta Hariz dan keguguran…

Pak Dollah yang mendengar cerita Izzah sangat kesal dengan tindakan Hariz lalu bersemuka dengan Hariz… lalu kisah berpuluh tahun dahulu terbongkar… Hariz anak Pak Dollah dan Mak Jah!! Datuk Sufiah terduduk mendengarnya, sesak nafas dan meninggal dunia… Hariz yang terkejut dengan cerita itu keluar dari rumah tanpa mengetahui keadaan Datuk Sufiah.. setelah berhari-hari, Hariz pulang ke Bayu Damai dengan harapan untuk bertemu Izzah… kebetulan Izzah curi-curi mengunjungi Bayu Damai untuk melepaskan rindunya kepada Hariz setelah dihalau Datuk Sufiah dan setelah Hariz meninggalkannya… Hariz kembali ke pangkuan Izzah…
“Izzah singgah kejap aje. Izzah Cuma nak ambil barang Izzah yang tertinggal.” Izzah memberi alasan dengan bibir terketar-ketar.

“Tolonglah bang. Izzah janji takkan datang sini lagi. Abang lepaskanlah Izzah.” Izzah sudah mula ingin menangis. Tiba-tiba Hariz memeluknya. Izzah tergamam.
Hariz mewarisi kesemua harta Datuk Sufiah, pada hakikatnya semua itu adalah milik adik angkatnya Hazirah… Hariz akhirnya akur pada hakikat bahawa dia adalah anak Pak Dollah dan Mak Jah…

Mila mula panas telinga dengan kisah suaminya yang mesra dengan perempuan lain… Mila bersemuka dengan Hariz mengenai perempuan simpanan Hariz.. Hariz mengaku Izzah isterinya sejak enam tahun dahulu.. Mila bertemu dengan Izzah dan kemudiannya meminta Hariz melepaskannya… Mila tahu dia bukan tamak tapi kedekut untuk berkongsi kasih sayang dengan perempuan lain.. so.. happy endingla… kisah Izzah-Hariz… tapi that’s not end of the story… ada sambungan ceritanya…

Fuh… panjang review buku ni kan… betulkan different dari felem? Tu yang buat aku tak puas hati tu… tension semacam jer masa tengok felem tu… Hariz ada satu character yang sangat kuat.. macam yang aku kata kat atas tu… watak Hariz boleh berubah dari seorang yang garang, kejam kepada seorang yang sarat kasih sayang dalam sekelip mata… baca buku ni akan mengingatkan aku pada Rain dalam Full House atau watak Prince Shin dalam Princess Hour… aku rasa dua orang Korea ni sangat pandai ubah watak dalam sekelip mata… expression dia orang bila ubah watak sangat menjadi… setakat ni aku tak nampak la pelakon Malaya yang macam tu… okay.. sudah penat bagi full review… tak de suspense scene okay.. sebab felem tu ada kat mana-mana dah now nih… but untuk kepuasan yang lebih… bacalah buku ni…