Tuesday, January 7, 2014

5 Tahun 5 Bulan - Hlovate

Sinopsis Belakang Buku:

Menjadi orang gaji di rumah Encik Lafty sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu....

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campir sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi Ana...dan
dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...

Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari,Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo didalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula JO dalam hidup Along?

Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi:boys're stupid,some men too..


----------------------------------------------------

This is Hlovate’s first book yang aku baca.. Actually, Hlovate was suggested by a friend through her review.. tapi aku belum pun tertarik nak baca any of her book.. entah cam mana aku boleh tarik 2 buku dia masa gi kedai buku pun aku tak tau.. 5 Tahun 5 Bulan and aA +bB.. and since then.. aku suka baca her book.. rasanya dah penat kot baca buku fairy tale overboard that make me like this book among others.. pada aku.. Hlovate menulis dengan santai (bahasa basah) and banyak pengisian especially untuk anak muda remaja hari ni yang main redah.. ok.. back to the book..

Buku ni pasal Ana sebagai orang gaji and Jo as a medical student in Aberdeen.. Johanna bekerja sebagai orang gaji di rumah Encik Latfy sementara menunggu masa untuk ke Aberdeen.. 3 bulan bekerja di rumah Encik Latfy mengenalkan Johanna dengan Along si Jurutera, Apeh si calon SPM, Nana si calon PMR dan Nina si kecik.. Semua tak tahu yang Johanna ni medical student.. yang diorang tahu.. Ana pandai masak.. Ana pandai jaga adik-adik… Apeh memang pelik bila Ana boleh ajar dia Bio and Math yang susah tu.. Ana pandai ambik hati Nana masa nak nasihat about relationship.. Nina memang manja dengan Ana.. Along? Along nampak Ana as Perempuan Melayu Terakhir yang boleh dibuat isteri.. Macam-macam Along buat dalam usaha nak ‘test’ Ana sebagai calon isteri.. Ana gelar Along serbia sebab suka mendera dia.. Tapi impian Along punah bila terserempak dengan different skin of Johanna masa Jo pergi university placement interview… Along macam kecewa.. sampai masa Jo berangkat ke Aberdeen pun Along tak hantar Ana..

Di Aberdeen, Jo mengenali Jebat.. dan bermulalah hikayat kesultanan Melaka di bumi Aberdeen.. Awalnya, Jo sentiasa menolak kehadiran Jebat.. tapi Jebat terus berusaha untuk sentiasa menemani Jo.. sebagai kawan di perantauan.. Jebat pandai masak.. berlawan masak dengan Jo.. teringatkan Apeh.. Jo cuba menghubungi Apeh di Malaysia tapi Along yang angkat telefon.. Apeh tak ada… dan bermulalah episod Along-Ana merentas benua.. hampir setiap minggu la jugak si Along ni telefon Ana… Kalau lama jer Along tak telefon.. mula la Ana rasa serba tak kena..

Pada masa yang sama.. Jo rasa dekat dengan Jebat.. terutama selepas peristiwa Jebat selamatkan Jo masa kena interview dengan pesakit pasal hijab dan hubungan lelaki perempuan.. tapi Jo ingat.. Liza si Dang Wangi menanti Laksamana Hang Jebat di Liverpool.. Masa cuti musim panas tahun pertama.. Ana balik ke tanahair… tiba-tiba Along panggil dia datang rumah.. tolong jaga adik-adik katanya.. Johanna dengan rela hati menurut.. dan sejak balik dari rumah Encik Latfy.. hati Johanna menjadi sedih.. kenapa?

Setahun kemudian, Apeh join Jo di Aberdeen.. dan tiba-tiba Along muncul di depan mata di bumi Aberdeen.. tapi Along pelik dengan Ana.. Ana jadi pendiam.. Ana kurang bercakap.. Ana nampak tak selesa.. masa jalan-jalan di taman Winter Garden.. mereka terserempak dengan Jebat dan Liza si Dang Wangi.. dan tahulah Jo.. dia tidak pernah ada di hati Jebat.. Maka Along the Sultan Mansur pun boleh tersenyum..
“ Kalau pass barrier exam, then elective dapat distinction macam mana?”
“ Kalau pass barrier tapi Ana flunk elective macam mana?
“ Kalau Along cakap tu betul, Along terus masuk meminang.”
Summer break tahun berikutnya, Johanna menjejakkan kaki sekali lagi ke tanahair.. tapi kali ini terus ke kampung.. tak sampai seminggu di kampung, Nana dan Nina sampai dihantar Along.. Along menyampaikan hajat di hati pada Ana.. Ana tak boleh terima… Ana mula berperang dengan perasaannya sendiri… Masa nak balik semula ke Aberdeen.. Along meminta Ana memikirkan lamarannya…
“Ana janji dengan Along, cuti tahun depan Ana balik, kay." 
Kening Jo terangkat sebelah. Apa hal pulak ni.. 
“Ana balik… kita tunang.”
Setahun kemudian, Ana balik lagi ke tanahair dengan satu keputusan… terkejut bila dapat tahu Along sekarang di Johor… Ana mula berfikir semula tentang keputusannya… betul ke tindakan dia ni? Dah hampir tiga minggu Ana tunggu berita Along.. mula rasa keputusannya silap… sebelum pulang ke Aberdeen.. sebentuk cincin tersarung di jari Johanna…

Overall buku ni banyak berkisar tentang diri Johanna.. peperangan perasaan di dalam diri Johanna… seorang gadis yang tidak pandai meluah rasa.. tidak pandai berkongsi perasaan.. walaupun pada Yaya kawan yang paling akrab… dia boleh berkongsi cerita.. tetapi bukan perasaan.. menjadi seorang anak tunggal menjadikan Johanna begitu.. kerana itu dia lebih senang buat personality quiz… perjalanan hidup seorang Johanna.. pada masa yang sama… buku ni ada jugak cerita part Along… how Along jugak berperang dengan perasaan.. seorang lelaki yang juga tidak pandai meluahkan rasa… hahaha… macam buku bertemu ruas jer kan… so.. memang takkan jumpa lovey dovey story mory dalam ni… but somehow… sure jumpa scene-scene yang sweet…

Aku suka scene Ana pengsan kat rumah and Along bawak gi klinik ayah Yaya… and scene masa Along hantar Ana ke KLIA lepas dia propose kat Ana tu… sweet jer… even masa Ana kecik hati merajuk sebab dah balik Malaysia and patutnya bertunang dengan Along.. but Along buat macam tak ada apa-apa jer… aku rasa Hlovate one of the writers yang lari dari biasa dalam penulisan dan jalan cerita.. different approach… cuma ada masa bila rungkaian personality quiz yang Johanna selalu buat tu.. agak panjang dan boleh jatuh bosan la jugak… so.. part tu.. first time baca aku skip jer… :D then recap masa ulang baca…