Sinopsis Belakang Buku:
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris
mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang
dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m
dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan
dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris,
saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang
setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter
dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda
polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang
polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda
seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah
sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat
macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa,
akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan
sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi
sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu
peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat
terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat
asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya
sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam,
agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan
tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”.
----------------------------------------------------
Aku tak pernah
terpanggil nak baca buku ni though entah berapa kali passing by the book bila
ke mph or popular… then my sis suggested the book.. dia kata ada sequel.. so
macam best… bila hati terbukak nak membaca.. jenuh pulak la mencari tak
berjumpa.. last-last aku beli and baca dulu My Precious Iris… adik aku kata..
kena baca I Love You, Stupid! dulu… baru ada feel… hoho.. adik aku memang
betul.. baru aku nampak warna hero and heroin ini cerita la… so ni buku Melur
Jelita kedua yang aku baca…
Ceritanya yang panjang
mengenai kisah perjalanan hidup Iris Nur Zakaria.. anak gadis jutawan,
mempunyai BFF si Farina, Violet dan Lara… Iris bertemu dengan Inspektor Ebrahim
ketika disaman trafik.. kemudian jumpa dan jumpa lagi bila Inpektor Ebrahim
bergabung dengan Sarjan Hussain di Suksis, Universiti Malaya… Iris ni ala-ala
jinak-jinak merpati la.. dikejar dia lari… dia memang sangat perasan cantik dan
diva dalam apa jua keadaan… suka lelaki hot
and stylo… dan Inspektor Ebrahim menjadi Abang Pedas untuknya…
Kisah Iris dan Abang
Pedas a.k.a Inspektor Ebrahim berakhir dengan satu insiden yang disengajakan
Iris.. sejak insiden itu.. Iris tidak pernah tenang.. cuba melupakan insiden itu…
sentiasa rasa sepi dan tak berpunya.. padahal Dr. Aidan tetap di sisinya
menagih cinta Iris.. Iris mengaku cintakan Aidan… tetapi bila diajak berkahwin,
dia mengelak… Aidan tetap menjadi pemburu cinta Iris.. Aidan mengajak Iris menyertainya
dalam misi kemanusiaan di Kemboja.. bukan mudah Iris mendapatkan izin Papa dan
Mamanya… berbagai syarat dikenakan.. antaranya.. Iris kena bertudung.. demi
misinya.. Iris patuh dan turut apa sahaja asalkan dia akan berada di Kemboja
dengan alasan untuk mencari diri yang hilang…
Di Kemboja, Iris dikawal
bodyguard khas yang digaji Tuan Zakaria.. Firman.. Iris terpaksa hidup dalam
keadaan daif bersama keluarga Firman… Fatimah adiknya dan Mai Tuan mamanya…
juga Matt adik angkatnya yang bukan beragama islam.. Iris bersama misinya..
menjadi tenaga pengajar di Kampung Cham… Iris mengajar anak-anak Melayu Cham mengenai
seni… pada masa yang sama… dia menyalurkan sumbangan Tuan Zakaria ke beberapa buah
kampung di Kemboja…
Phnom Penh mengenalkan Iris
dengan Kak Effa, Abang Ariffin dan si comel Izham… beberapa kali jugak la si
Iris ni berkunjung ke rumah Kak Effa ni.. maklumla satu-satunya orang Malaysia
yang dia baru kenal dan boleh ngam… Abang Ariffin tu duta Malaysia di Kemboja… Sebenarnya
Iris rimas, dia sentiasa diekori Firman dengan alasan, Iris adalah
tanggungjawabnya… Iris dan Firman memang tidak pernah sependapat dalam apa pun…
kadang-kadang Iris rasa yang Firman memang sengaja mencari gaduh dengannya…
Firman pulak kata… Iris selalu menguji kesabarannya.. Firman sangat mengawal
pergaulan Iris terutamanya dengan Matt..
“Lainkali jangan berani ikut lelaki ke mana saja. Awak hanya selamat dengan saya. Faham tak? Awak-hanya-selamat-dengan-saya.”
“Mulut tu jaga. Di sini hutan. Tak ada orang. Hanya kita berdua. Saya boleh buat apa saja dengan awak. Menjeritlah macam mana sekalipun, tak ada siapa yang datang. Tak ada siapa yang dengar. Saya dah cakap berapa kali. Dengan lelaki jangan berani sangat. Jangan terlalu mencabar. Awak tak tahu apa yang mereka boleh lakukan kepada awak. Awak hanya selamat dengan saya. Tapi kalau awak tak ubah perangai awak, dengan saya pun awak tak selamat. Kalau tak hormat saya sebagai hamba awak, sekurang-kurangnya hormat perasaan saya. Jangan sedap sangat mulut memanggil saya gila. Awak belum tahu gila saya macam mana. Dan awak takkan sanggup melihat kegilaan saya itu!!!!”
Kampung Cham mengajar
Iris pelbagai warna kehidupan… antara yang sangat mengesan hatinya… anak kecil
berusia 5 tahun bernama Ahmad.. ayahnya penjual tuak di dalam buluh… Iris dan
Firman memang sangat suka minum tuak… Iris memastikan Ahmad turut sama berada
di kelasnya untuk sama-sama belajar dengan kanak-kanak yang lain… perbezaan
peribadi Ahmad sangat menarik hati Iris untuk mendekati Ahmad dan keluarganya…
Ahmad tidak mahu bersentuhan dengan Iris kerana katanya… dia hanya boleh
menyentuh ibunya dan adiknya… dan pemergian Ahmad sangat-sangat menyentak hati
Iris sekaligus menjadi titik perubahan diri Iris…
Setiap orang di Kemboja
memiliki sejarah pahit di zaman Komunis Pol Dot… Iris banyak belajar sejarah
itu di Kemboja… cerita yang tidak pernah didengarnya… kisah keturunan Raja
Melayu Champa yang kini merupakan putera raja tanpa negara… kisah keturunan
Nabi Muhammad S.A.W dari susur galur Saidatina Fatimah dan Saidina Ali… kisah
orang Melayu Champa yang kaya raya kemudian lupa diri dan akhirnya merempat di
Kampung Cham… kisah Sejarawan Melayu Champa lulusan Royal University Penom Penh
dan menjadi pensyarah di situ tapi akhirnya pasrah untuk tinggal di kampung
dengan serba daif… kisah perkelahian keluarga yang tidak berkesudahan dan secara
tidak langsung Iris menjadi taruhan untuk Firman menghentikannya… demi Iris..
Firman sanggup melakukan apa saja..
“Entah kenapa saya merasakan suatu hari nanti, saya akan mati ditangan awak.”
“Jangan tinggalkan saya…”
“Saya takkan mati. Tapi saya rasa saya akan mati ditangan awak. Awak sedang melemaskan saya…”
Setelah selesai misi
utamanya, Iris harus pulang ke Malaysia.. tetapi dia tetap enggan… misinya
untuk orang-orang Kampung Cham masih belum selesai.. Tuan Zakaria bersetuju
membenarkan Iris untuk terus berada di Kemboja, dengan syarat, Iris tidak
pernah hilang dari pandangan bodyguardnya, Abang Pedas.. tetapi.. setelah
berlakunya peristiwa di kampung Matt… Firman tekad menghantar Iris pulang ke
Malaysia… dan Iris terpaksa menerima keputusan itu…
“Jika saya berdiam, ia bererti saya memilih untuk tidak menjawab. Bukan semua benda senang nak dijelaskan…bukan semua masalah senang dirungkaikan. Kadang-kadang berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata.. hanya Tuhan yang tahu hati saya.”
Firman merenung aku yang sedang cuba memahami. Dunia kami berbeza kerana itulah aku tidak memahami lelaki ini. Aku menahan rasa pilu yang semakin mendesak.
Sepulangnya dia ke
Malaysia, Mama dan Papanya bersetuju menerima pinangan Aidan tanpa
persetujuannya… apakah hati Iris sudah berpaling dari Aidan atau sebenarnya
Aidan tidak pernah memiliki hati dan cinta Iris? Kenapa Firman tekad menghantar
Iris pulang ke Malaysia? Apakah sebenarnya misi Iris ke Kemboja?
Nak kata aku suka cerita
ni… biasa-biasa saja.. sebabnya aku dah tahu sebahagian sebab musabab tindakan
Firman.. so macam dah tak suspense la.. for sure aku suka genre cerita ni
love-hate relationship yang menyebabkan ceritanya lebih segar… Inspektor
Ebrahim a.k.a Abang Pedas a.k.a Firman Ebrahim Haji Sulaiman yang memang ada
style.. and Iris yang aku rasa memang selalu buat aksi kelakar sebab sentiasa
nak menang bila berlawan dengan Firman tapi dalam masa yang sama memang suka
memerhati dan tertawan dengan Firman… tapi tak nak mengaku… cuma aku kurang
suka gaya bahasanya yang menyebabkan aku bosan dan skip banyak part… agak-agak
kalau skip aku still paham cerita, aku skip jer… ada masa ceritanya terlalu
detail yang membosankan.. ada masa detail cerita tu mengesankan… but itu menjdi
identiti penulisan Melur Jelita… dua bukunya yang aku baca adalah sama gaya..
mungkin sebab sequel…
Okay… on the other hand…
aku cuba menerima cerita ILUS ni as another story… kisah kasih sayang.. kisah
Melayu yang kian pupus… kisah pengorbanan… dan yang paling menarik adalah
gambaran kehidupan yang diharap dari seorang pemimpin yang sanggup bersusah
dengan orang sekeliling… mengeluarkan duit poket sendiri untuk mempertahankan
dan memperjuangkan bangsa dan agama… kadang-kadang aku rasa macam satu sindiran
jugak la to pemimpin nowadays… suasana di Kemboja jugak mengingatkan aku
perjalanan hidup rakyat Malaysia sebelum 80-an atau mungkin 60-an atau 70-an…
bezanya waktu ini internet access Kemboja is superb… kalah kot kat Malaysia…
tapi nak charge kena pergi masjid… hoho…
Apapun… satu-satunya
yang menarik aku terus membaca adalah character Firman Ebrahim yang strong
untuk menangani Iris yang manja dan penuh muslihat..