Thursday, February 21, 2013

Jauh - Aisya Sofea

Sinopsis Belakang Buku:

Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.

Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.


-----------------------


Buku Jauh memang first book by Aisya Sofea and disebabkan buku nilah aku kumpul semua dia... bukan apa.. masa baca buku ni.. sebenarnya aku macam teringat-teringat zaman belajar dulu.. gi travel sana-sini... huhuhu... sangat best... tapi nak ulang balik saat-saat tu... tak akan la kan... sebab suasana, gaya hidup dan status yang berbeza... dulu masa student tu okay la nak ho sana ho sini.. ni dah beranak pinak takkan perangai nak mengalahkan anak yang berderet tu.. agak-agak la kan...

Neway... Jauh ni cerita pasal Ika aka Shafikah dengan Fikri... diorang berkenalan masa Ika mengunjungi Mak Usunya di Bangor (UK la...).. and dalam tempoh perkenalan yang singkat tu telah melahirkan rasa cinta.. tapi kiranya cinta terhalangla... coz masa tu Ika dah bertunang dengan Zahar.. actually at that time Ika macam sure tak sure la nak teruskan perkahwinan tu... the thing is... their parents dah buat all the arrangement... Ika rasa Zahar terlalu mengongkong hidup dia and terlalu cemburu sampai tak boleh langsung Ika nak bercakap dengan mana-mana lelaki...

Okay... balik cerita Ika and Fikri... masa kat Bangor tu.. Fikri ajak Ika jalan-jalan around for 4 hari 3 malam... masa tu lah their relationship started.. tapi Fikri tahu yang walau apa pun Ika tetap tunangan orang... so after 2 weeks.. Ika pun balik Malaysia.. bila Zahar dapat tahu pasal Fikri.. Zahar naik hangin la.. and finally Ika putuskan their engagement.. but it's not just that... kiranya Ika ni ala-ala dibuang keluarga la...
"Ika, I ada kurang dari 24 jam untuk berada di sini. Boleh tak sepanjang waktu di sini, kita lupakan apa jua jurang yang ada di antara kita? I mahukan sesuatu yang boleh I simpan sebagai satu kenangan kita berdua bila you tak ada nanti." Suaranya begitu sayu sekali. Memohon pengertian dariku.
After 2 years.. happened that Ika berjumpa semula dengan Fikri yang datang ke office Ika berurusan dengan boss Ika.. so then bersambunglah kembali hubungan dorang tu... bila fikri tahu yang Ika dah putus tunang.. lebih-lebih lagi la dia melayan Ika.. sampai satu ketika Fikri mengambil keputusan untuk mengahwini Ika sebab nak protect her from her own family and from Zahar... so... macam bahagialah kan sebab cinta lama bertaut kembali... 

"To tell you the truth, I needed you so badly, and sometimes, it hurts just to think of you."

Aku tak tahu bagaimana aku dapat ungkapkan reaksi di wajah Fikri ketika itu, seperti kami berpisah di saat terakhir ketika di Chester. Wajahnya seolah mengungkap seribupengertian buatku.

"Sekarang I ada di sini. I akan jaga you," bisiknya lembut sambil mengusap perlahan-lahan jari-jariku.
Tak best la jalan cerita macam tu kan... tapi sebenarnya both of them still berperang dengan perasaan sebab they had never really talk heart to heart of what they felt for each other... so memasing tersalah anggap la... cam mana diorang boleh get over it? kenalah baca.... kan? tak pun boleh la nak tengok telemovie yang dah diadaptasi tu... tapi aku tak suka sebab banyak yang diubah and the feelings that suppose to be in the air to tak ada... either Adi Putra and Fauziah Ghous tak ada chemistry... or adaptationnya jadi tak kena... first of all telemovie tu ubah profession Ika and Zahar... then watak Jaja jadik kecik compared to Sofi... walhal Jaja sangat memainkan peranan dalam buku ni... so aku prefer buku...

Masa baca ni.. aku memang sangat suka character Fikri.. masa kat Bangor and masa dah balik Malaysia... kiranya macam perfect figure la... and Ika digambarkan as gadis yang biasa... bukan seorang yang tegas walaupun bukan hopeless... so.. kehadiran Fikri macam complement each other la... sebab Fikri will fill in ruang-ruang kosong dalam hidup Ika... Ika perlukan teman yang memahami dan tempat untuk dia menggantung perasaan.. and Fikri has all that... haha.. macam prince in shining amor la... but after reading all her books.. aku rasa Aisya Sofea memang tend to create the character macam tu... most of her books memang heronya ala-ala prince in shining amor and the heroin ni sentiasa perlukan that kinda guy... memang syiokla kalo nak layan perasaan...

Buku ni more on cerita Ika.. so we cannot assume the other side of the story... bukan narrating type of story... ni kiranya Ika yang bercerita about her life... sebab tu the feeling is rather strong... perasaan Fikri cuma through their conversation... so.. agak limited la kan... apa pun as her first book.. aku sangat-sangat suka...



Wednesday, February 20, 2013

Pergilah Sepi Dan Sepi Pun Berlalu - Fauziah Ashaari

Sinopsis Belakang Buku:

Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.


Sinopsis Belakang Buku:

Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi, perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. Dan Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.

Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah... dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada...

"Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi, pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah." - Afiqah

Jantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.

"Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err...Azi tapi..." - Syafiq


---------------------


Kenapa aku buat dua buku sekaligus kan? Hmmm... actually both are the same story... Pergilah Sepi was Fauziah's first book.. tapi bukan her first book yang aku baca... her first book yang aku baca is Ombak Rindu... lepas tu baru aku baca buku ni... then baru-baru ni bila pegi book store aku jumpa pulak Dan Sepi Pun Berlalu... so aku grab la.... rupanya sinambungan Pergilah Sepi... it is cerita pasal Afiqah dan Syafiq yang diberi nafas baru and disambung lagi jalan ceritanya menjadikan ianya lebih menarik..

So aku cerita pasal Pergilah Sepi dulu lah... pastu nanti aku sambung dengan Dan Sepi Pun Berlalu... watak utamanya of coz la Afiqah and Syafiq la kan... ceritanya bermula dengan kisah Afiqah dan Syafiq yang dipaksa kahwin setelah ditangkap khalwat... Sebenarnya diorang ni tak buat apa-apa pun.. they just be together at a wrong time sebab orang sekeliling nak tangkap Rozima.. housemate Iqa yang selalu bawak balik lelaki ke rumah... actually Iqa pun nak keluar dari rumah tu sebab tak tahan dengan perangai Azi atau Rozi.. tapi belum sempat berpindah dia kena tangkap dengan Syafiq yang datang ke rumah secara mengejut... so diorang pun kawinlah... Iqa pun pindahla ke rumah banglo Syafiq.. Syafiq ni anak datuk la kiranya...

Actually Iqa ada kekasih hati iaitu Zikri aka Zek yang selalu dia igaukan... tapi cinta diorang ni tak kesampaian sebab Zek berubah hati by marrying one of Ika's good friend.. Tuminah... so Iqa memang frust abisla kiranya ni and lepas dari tu dia sangat berhati-hati la bila kawan ngan any guy... adalah beberapa watak yang tak berapa nak penting wujud dalam hidup Ika ni... sampailah hari dia kena tangkap ngan Syafiq...

Syafiq pulak memang la playboy kat bandar Johor Bahru tu... with his sweet talk and paras rupa yang ada.. ditambah pulak ngan keta mewah... kiranya macam package la nak dapat girlfriend tu... tapi satu pun makwe-makwe tu tak de yang buat dia tak tidur malam... semuanya macam tukar baju jer la... so... Datin Mariam ni tersangatlah risau.. and bagi kata dua kat Syafiq... kalau tak de makwe yang boleh buat bini... dia akan pinang Zuraini untuk Syafiq... and so diorang pun bertunanglah... tapi perangai Syafiq tetap macam tu... still kaki perempuan jugak...

Peristiwa kena tangkap tu pun happen after Syafiq bertunang dengan Zuraini... so apa lagi... Datin pun hanginla satu badan... yang peliknya.. bila bapak Ika suruh menikah... Syafiq tu dengan rela hati sanggup terima Iqa... walhal masa nak suruh bertunang dengan Zuraini tu dia ambik lewa jer... kenapa yer?

Lepas kawin bermulala episod perang dingin antara Iqa dan Datin Mariam... and perang mulut antara Iqa dan Syafiq... Iqa betul-betul tension bila kena kawin jugak... so dia memang buat perangai biadap la ngan Syafiq... tapi si Syafiq ni sangatla bersabar dengan Iqa sebab dia memang jadik sayang and cintan la pulak kat Iqa nih... tu yang adik-adik Syafiq semua pelik tu.. yang Iqa beriya tak nak menikah... yang Syafiq bagai nak rak terima Iqa...

Perang punya perang finally diorang berbaik jugak la... and Datin Mariam pun terima jugak la si Iqa tu... actually Iqa ni bukanla sombong ke apa ke... dia ni baik sebenarnya.. cuma sikap dia jadik cepat melenting and frust ngan lelaki sebab Zek and sebab bapak dia memadukan ibu dia... so tu yang sikap dia kadang-kadang kurang ajar... tapi bab-bab dosa pahala ni.. dia jagalah.... tapi... dalam tengah berbaik tu... ada lah sikit konflik pasal sorang mamat yang pernah try tackle Iqa ni happened to kawan ngan Sallina (adik Syafiq) pulak... so disebabkan cerita tu.. Datin Mariam and adik-adik Syafiq dingin balik ngan Iqa... Syafiq pulak cemburu pada Zek sebab Iqa selalu mengigau panggil nama Zek...

Sampai satu ketika Syafiq dapat bersemuka dengan Zek... dan masa tu lah Iqa melepaskan perasaannya terhadap Zek dan berharap Pergilah Sepi dari hidup dia... Ceritanya ringan jer...

Okay... pastu sambungla pulak citer Dan Sepi Pun Berlalu... sambungannya sikit jer sebenarnya.. bila dah bahagia.. diorang pun ada anak la kan... masa anak diorang Ashman tu lahir.. Syafiq dapat sms dari Rozi saying that dia ada hadiah for him... rupanya dia hadiahkan surat beranak anak dia.... lepas 4 tahun... Ashman pun dah besarla kan... masa tu Iqa dan Syafiq makin sibukla dengan kerja... nak jadik cerita.. Ashman and Datuk Mahmood meninggal masa kemalangan... masa tu Iqa outstation.. and masa tu jugak Syafiq lafazkan talak satu pada Iqa... kenapa yer?

So bila sampai rumah.. Iqa tak  tahu yang Ashman pun dah tak ada... dia tak sempat pun nak jumpa jenazah Ashman... dalam pada tu pun Datin Mariam diserang darah tinggi... so Syafiq warning Iqa not to tell his mom yang diorang sebenarnya dah bercerai... Iqa jadi serba salah... dia tahu yang dia bukan lagi isteri Syafiq.. tapi bila dia dirujuk di pejabat agama... Syafiq tidak mengaku telah menjatuhkan talak... Iqa pun terus dalam dilema... sebab ikut hukum... dia tak berdosa.. apa pun yang yang diorang lakukan as husband and wife cuma Syafiq yang akan tanggung... bila ajak rujuk.. Syafiq tak nak.. kenapa yer? macam berdendam jer si Syafiq nih.. sanggup pikul dosa tu...

Demi menyempurnakan dendam and sakit hatinya.... Syafiq bawa balik Ammar (anak Azi or Rozi) dan mengaku kepada seluruh keluarganya bahawa Ammar adalah anaknya... Iqa tak dapat menerima tindakan Syafiq dan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah agam tu... pada masa tu lah Syafiq melafazkan rujuknya pada Iqa... ishhh... macam zalim jer si Syafiq nih kan?? itu yang membuatkan Iqa semakin marah dengan Syafiq.. sebab sekarang ni dia sudah berstatus isteri kepada Syafiq... so dia tak boleh sewenangnya nak keluar dari rumah agam tu... 

Afiqah masih tak dapat nak terima Ammar sebagai anak Syafiq dan Rozi... dan dia pun sangat dingin dengan Syafiq... so Syafiq telah berhubungan dengan Sherry salah sorang kekasih lamanya yang mesra dan menerima Ammar sebagai anak Syafiq... tetapi Sherry tahu... hati Syafiq tetap pada Iqa.. apabila Iqa dapat tahu cerita ni... Iqa terlibat dalam kemalangan... sejak dari itu... Iqa sentiasa menurut apa sahaja kehendak Syafiq walaupun keizinan untuk Syafiq bernikah dengan Sherry.. hmmm... apahal la pulak ni... takkan macam tu aje si Iqa ni nak menyerah... padahal dulu dia la yang sangat-sangat menentang bapak dia berpoligami...

Sepanjang masa Iqa menolak kehadiran Ammar... sepanjang itulah juga Ammar cuba memenangi hati Iqa.. dan akhirnya Iqa menerima Ammar... dalam pada itu salah seorang biras Afiqah menaruh hati dan ingin merosakkan Iqa... tetapi di kala kejadian itu berlaku... bibik yang cacat muka terkena simbahan asid telah membantu Iqa daripada menjadi mangsa birasnya itu... siapa sebenarnya biras Iqa dan apa hubungan bibik dengan biras Iqa tu? Siapa sebenarnya Ammar? dan dikala persoalan siapa sebenarnya Ammar terungkai.. sekali lagi Iqa tahu.. kala itu Dan Sepi Pun Berlalu dari hidupnya... kerana Syafiq adalah cintanya dan Ammar adalah mata hatinya...

Aku suka penulisan Fauziah... walaupun ini adalah her first book... tapi rasanya penulisannya agak lari dari cara penulisan penulis yang sedia ada... cuma mungkin tak semantap Ombak Rindu... tapi dia dah memperbaiki Pergilah Sepi dengan kehadiran Dan Sepi Pun Berlalu... gandingan antara Iqa dan Syafiq sangat menarik... persoalan, konflik dan penyelesaian berupa suspense much better dalam Dan Sepi Pun Berlalu... cuma keadaannya agak terbalik dari norms... selalunya perempuan lebih mudah menerima compared to lelaki.. tapi dalam cerita ni.. Syafiq lebih mudah menerima... cuma jawapan persoalan tu cepat sangat terjawab... watak Iqa agak strong dalam memberikan keputusan cuma dia tetap terikat dengan hukum... cuma rasanya moment Iqa terima Ammar tu agak bersahaja... kalau ada impact sikit baru terkesan sebab dalam Dan Sepi Pun Berlalu... sikap Iqa banyak dipengaruhi oleh keputusannya untuk terima Ammar... tapi moment tu terlalu singkat... so aku rasa macam agak kureng la...

Dalam both cerita ni.. aku suka the relation between Iqa and Syafiq.. Syafiq yang kaki perempuan menjadi tetap hatinya hanya untuk Iqa walau apa pun rintangannya... dalam keegoan Syafiq as a guy... sebenarnya dia sangat perlukan belaian seorang isteri pada setiap waktu dan ketika... Keras hati Iqa mencair bukan sebab sweet talk.. tapi lebih pada perasaan tanggungjawab... dan rasanya Iqa terlalu mengikut perasaan untuk membuang Zek dari hidupnya... so after a few years berkahwin dengan Syafiq baru Iqa dapat menyatakan rasa cintanya pada Syafiq... mungkin sebab itu Iqa tak berapa endahkan perasaan halus Syafiq... cuma.. Syafiq memang kejam la sebab mempermainkan talak, rujuk dan nikah... memang sangat egois dan mementingkan diri sendiri semata-mata... walaupun semuanya berlaku semata-mata kerana tersalah sangka... buruk padahnya kan?? lagi satu... aku suka scene masa Iqa balik kampung and dia dengar nasihat dari Makcik Nani iaitu ibu tirinya... nampak kedewasaannya...

'Andai ada salah, Iqa mohon keampunan. Moga Allah merestui dan memberkati rumahtangga kita.. Selamanya kita dan anak-anak... Dalam usia menginjak 34 tahun ini, moga abang bertambah tampan di mata Iqa, bertambah berjaya dan moga kita bersama-sama dapat melihat anak-anak dan cucu-cucu berjaya...'  
                  Degup jantungku milikmu, sayang...  Isteri Muhammad Syafiq

"Abang sayangkan Iqa tapi abang tak sangka perangai Iqa cukup buruk! Kalau itu yang Iqa mahukan, baik, jangan balik rumah lagi. Iqa boleh pergi ke mana aje yang Iqa suka dan Ashman tak layak beribukan Iqa."

"Dengar sini, aku craikan kau dengan talak satu. Dah jelas, kan?"
Tapi kenapa kiriman bunga dan kata-kata Afiqah tu.. si Syafiq balas dengan kata-kata yang macam tu pulak kan? Betul ke Iqa tu buruk perangai? cerita yang santai untuk first book tapi lebih ilmiah untuk second book tu... and lebih banyak conversation dalam second book tu...



Tuesday, February 19, 2013

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah

 

Sinopsis Belakang Buku:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. 
 
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka?

Khuzairi mengangguk perlahan.
 
"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi amanah aku harus menelannya, demi amanah aku harus terus bersabar..."
 
Lupakah Mia Adriana, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi belum terpadam lagi buat dirinya.


----------------------------------------------------

Aku memang tak pernah baca buku by Siti Rosmizah ni.. so ni kiranya first book by her la... tu pun kawan aku yang suggest... and bila baca.. aku memang sangat-sangat suka ceritanya.. lepas tu apa lagi.. terus aku cari semua buku by her... aku memang macam tu.. kalau aku suka.. aku akan kumpul semua buku by that author.. kalau boleh la kan.... kalau tak dapat.. nak buat cam ner...

So.. reading this book.. took me about 3 days nak habiskan... ada 132 chapters and 1048 pages.. huhuhu... 3 hari tu sebab baca in between buat itu dan ini la... character utama cerita ialah Khuzairi (hmmm.. lama gak nak terima nama character ni..:))... dan Mia Adriana (aku selalu baca as ADRINA..).. dibantu oleh character yang tak kurang hebatnya... Zaidi, Syakila, Sofi, Khalil, Helmi, Buntat, Mak Leha and Pak Samad...

Ceritanya about Khuzairi yang berkahwin dengan Mia Adriana secara bidang terjun walaupun pada dasarnya dia memang telah lama mencintai Mia Adriana.. kiranya dari zaman sekolah lagi la... tapi Khuzairi cuma memendam rasa and at the same time secara tak langsung telah menutup pintu hatinya to fall in love pada any girl.. so bila diminta menggantikan pengantin yang tak muncul pada hari pernikahan Mia Adriana.. Khuzairi segera bersetuju dengan syarat Mia Adriana ikhlas nak terima dia sebagai suami sebab dia sangat tahu yang Mia tersangatlah benci pada dia sebab surat cinta zaman sekolah.. dek kerana sayangkan papanya Mia bersetuju dinikahkan dengan Khuzairi memandangkan Khalil sepupu yang merangkap tunangnya tu tak muncul tiba.. 

Selepas papa Mia Adriana meninggal dunia dengan meninggalkan bebanan hutang dan diisytiharkan bankrap menyebabkan Mia tak boleh practice as a lawyer, Khuzairi membawa Mia Adriana pulang ke kampung.. dan bermulalah episod kehidupan Mia bersama Khuzairi dan Mak Leha.. Khuzairi sanggup melakukan apa sahaja dalam memenuhi kehendak Mia kerana cuba memenangi hati isterinya yang tercinta.. maklumla cinta terpendam dari kecik kan... tapi tindakan Khuzairi menimbulkan sakit hati pada Mak Leha sebagai ibu tiri yang telah mengasuhnya dari kecik.. Mak Leha beranggapan Mia yang sombong dan bongkak amatlah tidak sesuai dengan anak tirinya yang baik hati dan luhur hati budinya... Mak Leha bersependapat dengan Syakila iaitu sepupu Khuzairi yang juga memendam rasa cinta dari zaman sekolah terhadap Khuzairi.. dek kerana kecewa.. Syakila menerima pinangan Mak Leha untuk Helmi, anak kesayangan Mak Leha yang menganggur dan jadik kutu malam...

Persengketaan secara diam berlangsung di antara Mia dengan Mak Leha, Syakila dan Helmi.. Mak Leha sedaya upaya cuba memisahkan Mia dan Khuzairi menyebabkan Khuzairi sentiasa tersepit di antara isteri tersayang dan ibu tirinya yang disayangi juga... setelah letih menanti mamanya yang berjanji untuk membawanya keluar dari hidup Khuzairi tetapi tak muncul-muncul pun dan putus harapan dek dikecewakan Khalil... akhirnya Mia menerima jodohnya untuk Khuzairi.. tapi biasalah kan.. kalau tak de konflik kan tak best kan... all this while.. walau sayang macam mana pun kat bini dia.. Khuzairi memang la tak ambik kesempatan kat Mia.. so memang dorang tak pernah lah 'together' but disebabkan satu kejadian yang dirancang... they bersama la jugak akhirnya... and menyebabkan Mia membenci sangat-sangat la balik kat hubby dia yang macam dia dah nak sayang tu... so diteruskan pulakla kisah Mia yang preggy... lagi la mcam-macam dia buat kat Khuzairi sebab nak mendera hubby yang kononnya dia dah benci tu...

Sementara tu si Khalil tu dah macam gila talak dok gasak kacau Mia sampai ke kampung.. dapat pulak adik ipar Mia yang mata duitan macam si Helmi tu.. macam-macam la plan yang dorang berdua buat tu kononnya nak pisahkan si Mia ngan Khuzairi sebab kononnya Khalil ni menyesalla tinggalkan Mia walhal cinta sampai mati kat Mia tapi tak sanggup la pulak nak minum racun kan... yang si Syakila pulak terputuslah tunang ngan si Helmi dek kebangangan tindakan si Helmi tu... so apalagi... Syakila pun cuba la nasib dia nak tackle balik si Khuzairi yang dah jadik suami orang tuh... 

Balik kisah Mia dan Khuzairi... lupa nak nak masukkan... actually Khuzairi dah decide nak lepaskan Mia sebab tindakan Mia yang sangat biadap pada Mak Leha... tapi Khuzairi tak jadik proceed sebab selain dari terlalu sayang... he got to know yang Mia preggy... so dia mintak Mia lahirkan dulu baby tu before dia nak decide anything.. walhal masa tu Mia dah panggil Sofi datang sebab dia nak keluar dari kampung tu... after a few months preggy.. Mia berbaik semula dengan Khuzairi dan terus in love ngan hubby dia tu la... so ingatkan dah happy la kan... oh tidak.. tidak.. dan tidak... rupanya biadap Mia ngan Mak Leha tu habis lagi... and bila Khuzairi dah tak dapat nak membela tindakan Mia.. Mia decide untuk pergi dari hidup Khuzairi... on the way ke KL bersama Sofi... Mia sakit nak bersalin... tapi Khuzairi tak tahu sebab nak jadik cerita.. bateri hp habis la pulak kan... so Mia jadi tersangatla frustnya sampai dia mintak Khuzairi lepaskan dia jugak lepas deliver tu... Khuzairi sangat-sangat kechiwa ngan tindakan Mia.. so dia biarkan Mia ke KL dengan Sofi...

Bila dah kat KL tu macam-macam la terjadi kat Mia and at the same time Mia berperang dengan perasaan kasih dan cintanya pada Khuzairi... she finally decide nak balik kat hubby tercinta... but got to know yang Khuzairi akan bernikah dengan pilihan hati Mak Leha.. so Mia nekad balik kampung sebab nak betulkan semua kesilapan yang pernah dia buat and dia merayu Khuzairi untuk 7 Hari Mencintaiku... dapat ke? hmmm... bacalah... kalo yang ala-ala mak Neng Yatimah tu... sila-sila la sediakan tisu sekotak kat sebelah yer...

Aku memang abis tisu setengah kotak la masa ngadap buku nih... aku suka jalan ceritanya.. cara Siti Rosmizah bangkitkan isu dan konflik... it's all ups and downs... cuma aku terfikir la... ada ke lelaki sebaik Khuzairi tu? rasanya character Zaidi tu lebih real la... mungkin ada lah lelaki sebaik sesabar setegas dan selembut hati Khuzairi tu... mungkin satu dalam sepuluh ribu la kot... masa mula baca tu aku excited la sebab cerita ni pasal kawin separa terpaksa kan... aku memangla suka cerita-cerita yang macam ni... nak tau cam mana character tu berbaik and menerima and finally falling deeply in love to each other la kan... so.. walaupun isu cerita yang biasa... tapi adanya rentak yang berbeza... afterall ramai penulis yang tend to write cerita macam tu lately nih... watak Mia Adriana yang sombong tahap gaban tu memang sesuai sangatla dengan cerita nih... and when the penyesalan moment tu.. walaupun agak sudden tapi impactnya tinggi... character Mak Leha pulak macam stereotype cerita-cerita drama melayu la kan... ala-ala Wan Maimunah.. tak pun macam Norlia Ghani dalam cerita Kutub Utara Kutub Selatan tu...
 "Mia, tak mungkin abang hanya akan mencintaimu untuk tujuh hari sayang. Cinta abang pada Mia tiada luput waktunya. Mia, betapa abang rindu ingin mendakapmu, tapi abang tak boleh sayang. Betapa terseksanya abang di saat ini. Serasa tak mampu untuk abang terus bernafas lagi. Membuang Mia umpama merentap jantung abang sendiri..."
Tapi kenapa Khuzairi tetap biarkan Mia pergi yer? Kenapa dia tetap jugak nak kawin ngan pilihan Mak Leha? Mia tak teringin ke merebut balik cinta hatinya tu kan? Mak Leha tu pun kan, sampai hati jer buat anak dia tu macam tu.. yelah anak tiri pun... tapi Khuzairi tetap dulukan Mak Leha daripada Mia... tu pun tak cukup lagi? Kenapa Khuzairi dah tak nak dengar nasihat Zaidi? Agak-agak kalau nak adapt cerita ni jadik telenovela... saper la yang sangat sesowai jadik hero and heroinnya kan? kalau aku lah... aku rasa Fahrin Ahmad paling sesowai jadik Khuzairi....  



Langkah Pertama

Alhamdulillah... tercapai gak hasrat nak buat ulasan @ review buku-buku or drama or movie or apa-apa ajelah.... yang telah ana baca or tengok or mengadap.... ishh.. macam la pandai sangat nak buat review ni... anyway... ana memangla suka-suka-suka sangat membaca.. Mind you.. baca fiction sahaja hokey.... Tak kirala ceritanya pasal apa pun...

Tapi... maaf yer bahasa yang akan ana guna agak carca-merba... maklumla konon-konon nak tulis dengan sangat santai la gitu... so mohon ampun maaf dipinta la dengan bahasa ana ni yer.... dulu memangla ana pernah bercita-cita nak jadik penulis... masa tu nak jadik macam Khadijah Hashim.. or nak tulis buku cerita yang macam Khiruddin Ayip or Ruslan Ngah.. masa zaman sekolah dulu la... ana memang sangat suka baca their books... tapi tula kan.. cita-cita sekadar cita-cita.. or ana should call it as angan-angan jer la...

Masa sekolah dulu... ana suka la buat review ngan kengkawan lepas baca certain books or watching movies... kalau lepas baca buku tu siap nak buat buat filem tu... ala-ala adaptasi macam Ombak Rindu or Adam dan Hawa la tuh... masa zaman tu artis pilihan kita orang sure punya Azmil Mustapha ke Eman Manan ker Hans Isaac ke... heroin pulak kalo tak Kak Ogy.. konpem nak Deana Yusof...

Okay... enough with the talking and membebelling... ana will start review with my next post.. pleasant reading..