Wednesday, February 20, 2013

Pergilah Sepi Dan Sepi Pun Berlalu - Fauziah Ashaari

Sinopsis Belakang Buku:

Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.


Sinopsis Belakang Buku:

Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi, perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. Dan Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.

Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah... dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada...

"Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi, pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah." - Afiqah

Jantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.

"Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err...Azi tapi..." - Syafiq


---------------------


Kenapa aku buat dua buku sekaligus kan? Hmmm... actually both are the same story... Pergilah Sepi was Fauziah's first book.. tapi bukan her first book yang aku baca... her first book yang aku baca is Ombak Rindu... lepas tu baru aku baca buku ni... then baru-baru ni bila pegi book store aku jumpa pulak Dan Sepi Pun Berlalu... so aku grab la.... rupanya sinambungan Pergilah Sepi... it is cerita pasal Afiqah dan Syafiq yang diberi nafas baru and disambung lagi jalan ceritanya menjadikan ianya lebih menarik..

So aku cerita pasal Pergilah Sepi dulu lah... pastu nanti aku sambung dengan Dan Sepi Pun Berlalu... watak utamanya of coz la Afiqah and Syafiq la kan... ceritanya bermula dengan kisah Afiqah dan Syafiq yang dipaksa kahwin setelah ditangkap khalwat... Sebenarnya diorang ni tak buat apa-apa pun.. they just be together at a wrong time sebab orang sekeliling nak tangkap Rozima.. housemate Iqa yang selalu bawak balik lelaki ke rumah... actually Iqa pun nak keluar dari rumah tu sebab tak tahan dengan perangai Azi atau Rozi.. tapi belum sempat berpindah dia kena tangkap dengan Syafiq yang datang ke rumah secara mengejut... so diorang pun kawinlah... Iqa pun pindahla ke rumah banglo Syafiq.. Syafiq ni anak datuk la kiranya...

Actually Iqa ada kekasih hati iaitu Zikri aka Zek yang selalu dia igaukan... tapi cinta diorang ni tak kesampaian sebab Zek berubah hati by marrying one of Ika's good friend.. Tuminah... so Iqa memang frust abisla kiranya ni and lepas dari tu dia sangat berhati-hati la bila kawan ngan any guy... adalah beberapa watak yang tak berapa nak penting wujud dalam hidup Ika ni... sampailah hari dia kena tangkap ngan Syafiq...

Syafiq pulak memang la playboy kat bandar Johor Bahru tu... with his sweet talk and paras rupa yang ada.. ditambah pulak ngan keta mewah... kiranya macam package la nak dapat girlfriend tu... tapi satu pun makwe-makwe tu tak de yang buat dia tak tidur malam... semuanya macam tukar baju jer la... so... Datin Mariam ni tersangatlah risau.. and bagi kata dua kat Syafiq... kalau tak de makwe yang boleh buat bini... dia akan pinang Zuraini untuk Syafiq... and so diorang pun bertunanglah... tapi perangai Syafiq tetap macam tu... still kaki perempuan jugak...

Peristiwa kena tangkap tu pun happen after Syafiq bertunang dengan Zuraini... so apa lagi... Datin pun hanginla satu badan... yang peliknya.. bila bapak Ika suruh menikah... Syafiq tu dengan rela hati sanggup terima Iqa... walhal masa nak suruh bertunang dengan Zuraini tu dia ambik lewa jer... kenapa yer?

Lepas kawin bermulala episod perang dingin antara Iqa dan Datin Mariam... and perang mulut antara Iqa dan Syafiq... Iqa betul-betul tension bila kena kawin jugak... so dia memang buat perangai biadap la ngan Syafiq... tapi si Syafiq ni sangatla bersabar dengan Iqa sebab dia memang jadik sayang and cintan la pulak kat Iqa nih... tu yang adik-adik Syafiq semua pelik tu.. yang Iqa beriya tak nak menikah... yang Syafiq bagai nak rak terima Iqa...

Perang punya perang finally diorang berbaik jugak la... and Datin Mariam pun terima jugak la si Iqa tu... actually Iqa ni bukanla sombong ke apa ke... dia ni baik sebenarnya.. cuma sikap dia jadik cepat melenting and frust ngan lelaki sebab Zek and sebab bapak dia memadukan ibu dia... so tu yang sikap dia kadang-kadang kurang ajar... tapi bab-bab dosa pahala ni.. dia jagalah.... tapi... dalam tengah berbaik tu... ada lah sikit konflik pasal sorang mamat yang pernah try tackle Iqa ni happened to kawan ngan Sallina (adik Syafiq) pulak... so disebabkan cerita tu.. Datin Mariam and adik-adik Syafiq dingin balik ngan Iqa... Syafiq pulak cemburu pada Zek sebab Iqa selalu mengigau panggil nama Zek...

Sampai satu ketika Syafiq dapat bersemuka dengan Zek... dan masa tu lah Iqa melepaskan perasaannya terhadap Zek dan berharap Pergilah Sepi dari hidup dia... Ceritanya ringan jer...

Okay... pastu sambungla pulak citer Dan Sepi Pun Berlalu... sambungannya sikit jer sebenarnya.. bila dah bahagia.. diorang pun ada anak la kan... masa anak diorang Ashman tu lahir.. Syafiq dapat sms dari Rozi saying that dia ada hadiah for him... rupanya dia hadiahkan surat beranak anak dia.... lepas 4 tahun... Ashman pun dah besarla kan... masa tu Iqa dan Syafiq makin sibukla dengan kerja... nak jadik cerita.. Ashman and Datuk Mahmood meninggal masa kemalangan... masa tu Iqa outstation.. and masa tu jugak Syafiq lafazkan talak satu pada Iqa... kenapa yer?

So bila sampai rumah.. Iqa tak  tahu yang Ashman pun dah tak ada... dia tak sempat pun nak jumpa jenazah Ashman... dalam pada tu pun Datin Mariam diserang darah tinggi... so Syafiq warning Iqa not to tell his mom yang diorang sebenarnya dah bercerai... Iqa jadi serba salah... dia tahu yang dia bukan lagi isteri Syafiq.. tapi bila dia dirujuk di pejabat agama... Syafiq tidak mengaku telah menjatuhkan talak... Iqa pun terus dalam dilema... sebab ikut hukum... dia tak berdosa.. apa pun yang yang diorang lakukan as husband and wife cuma Syafiq yang akan tanggung... bila ajak rujuk.. Syafiq tak nak.. kenapa yer? macam berdendam jer si Syafiq nih.. sanggup pikul dosa tu...

Demi menyempurnakan dendam and sakit hatinya.... Syafiq bawa balik Ammar (anak Azi or Rozi) dan mengaku kepada seluruh keluarganya bahawa Ammar adalah anaknya... Iqa tak dapat menerima tindakan Syafiq dan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah agam tu... pada masa tu lah Syafiq melafazkan rujuknya pada Iqa... ishhh... macam zalim jer si Syafiq nih kan?? itu yang membuatkan Iqa semakin marah dengan Syafiq.. sebab sekarang ni dia sudah berstatus isteri kepada Syafiq... so dia tak boleh sewenangnya nak keluar dari rumah agam tu... 

Afiqah masih tak dapat nak terima Ammar sebagai anak Syafiq dan Rozi... dan dia pun sangat dingin dengan Syafiq... so Syafiq telah berhubungan dengan Sherry salah sorang kekasih lamanya yang mesra dan menerima Ammar sebagai anak Syafiq... tetapi Sherry tahu... hati Syafiq tetap pada Iqa.. apabila Iqa dapat tahu cerita ni... Iqa terlibat dalam kemalangan... sejak dari itu... Iqa sentiasa menurut apa sahaja kehendak Syafiq walaupun keizinan untuk Syafiq bernikah dengan Sherry.. hmmm... apahal la pulak ni... takkan macam tu aje si Iqa ni nak menyerah... padahal dulu dia la yang sangat-sangat menentang bapak dia berpoligami...

Sepanjang masa Iqa menolak kehadiran Ammar... sepanjang itulah juga Ammar cuba memenangi hati Iqa.. dan akhirnya Iqa menerima Ammar... dalam pada itu salah seorang biras Afiqah menaruh hati dan ingin merosakkan Iqa... tetapi di kala kejadian itu berlaku... bibik yang cacat muka terkena simbahan asid telah membantu Iqa daripada menjadi mangsa birasnya itu... siapa sebenarnya biras Iqa dan apa hubungan bibik dengan biras Iqa tu? Siapa sebenarnya Ammar? dan dikala persoalan siapa sebenarnya Ammar terungkai.. sekali lagi Iqa tahu.. kala itu Dan Sepi Pun Berlalu dari hidupnya... kerana Syafiq adalah cintanya dan Ammar adalah mata hatinya...

Aku suka penulisan Fauziah... walaupun ini adalah her first book... tapi rasanya penulisannya agak lari dari cara penulisan penulis yang sedia ada... cuma mungkin tak semantap Ombak Rindu... tapi dia dah memperbaiki Pergilah Sepi dengan kehadiran Dan Sepi Pun Berlalu... gandingan antara Iqa dan Syafiq sangat menarik... persoalan, konflik dan penyelesaian berupa suspense much better dalam Dan Sepi Pun Berlalu... cuma keadaannya agak terbalik dari norms... selalunya perempuan lebih mudah menerima compared to lelaki.. tapi dalam cerita ni.. Syafiq lebih mudah menerima... cuma jawapan persoalan tu cepat sangat terjawab... watak Iqa agak strong dalam memberikan keputusan cuma dia tetap terikat dengan hukum... cuma rasanya moment Iqa terima Ammar tu agak bersahaja... kalau ada impact sikit baru terkesan sebab dalam Dan Sepi Pun Berlalu... sikap Iqa banyak dipengaruhi oleh keputusannya untuk terima Ammar... tapi moment tu terlalu singkat... so aku rasa macam agak kureng la...

Dalam both cerita ni.. aku suka the relation between Iqa and Syafiq.. Syafiq yang kaki perempuan menjadi tetap hatinya hanya untuk Iqa walau apa pun rintangannya... dalam keegoan Syafiq as a guy... sebenarnya dia sangat perlukan belaian seorang isteri pada setiap waktu dan ketika... Keras hati Iqa mencair bukan sebab sweet talk.. tapi lebih pada perasaan tanggungjawab... dan rasanya Iqa terlalu mengikut perasaan untuk membuang Zek dari hidupnya... so after a few years berkahwin dengan Syafiq baru Iqa dapat menyatakan rasa cintanya pada Syafiq... mungkin sebab itu Iqa tak berapa endahkan perasaan halus Syafiq... cuma.. Syafiq memang kejam la sebab mempermainkan talak, rujuk dan nikah... memang sangat egois dan mementingkan diri sendiri semata-mata... walaupun semuanya berlaku semata-mata kerana tersalah sangka... buruk padahnya kan?? lagi satu... aku suka scene masa Iqa balik kampung and dia dengar nasihat dari Makcik Nani iaitu ibu tirinya... nampak kedewasaannya...

'Andai ada salah, Iqa mohon keampunan. Moga Allah merestui dan memberkati rumahtangga kita.. Selamanya kita dan anak-anak... Dalam usia menginjak 34 tahun ini, moga abang bertambah tampan di mata Iqa, bertambah berjaya dan moga kita bersama-sama dapat melihat anak-anak dan cucu-cucu berjaya...'  
                  Degup jantungku milikmu, sayang...  Isteri Muhammad Syafiq

"Abang sayangkan Iqa tapi abang tak sangka perangai Iqa cukup buruk! Kalau itu yang Iqa mahukan, baik, jangan balik rumah lagi. Iqa boleh pergi ke mana aje yang Iqa suka dan Ashman tak layak beribukan Iqa."

"Dengar sini, aku craikan kau dengan talak satu. Dah jelas, kan?"
Tapi kenapa kiriman bunga dan kata-kata Afiqah tu.. si Syafiq balas dengan kata-kata yang macam tu pulak kan? Betul ke Iqa tu buruk perangai? cerita yang santai untuk first book tapi lebih ilmiah untuk second book tu... and lebih banyak conversation dalam second book tu...



No comments:

Post a Comment