Tuesday, July 16, 2013

One Day You'll Be Mine - Inawza Yusof

Sinopsis Belakang Buku:

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!

Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.

“Kau pekak ek?”
“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”
“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”
“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”
“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”
“Pergi mampus.”
“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?

Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.

“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”
“Mudah… sebab aku sayang kau.”


------------------------------


Aku beli buku ni sebab nak redeem point kat MPH..at that time aku memang tak tau nak carik buku apa sebab macam dah agak bosan baca buku ala-ala fairy tale.. bila jumpa buku ni aku ambik sebab tebal.. lambat sikit nak habis.. hahaha… so happens that rupanya buku ni rentetan dari penulisan2u and aku baru jer tau..errrkkss.. first book from Inawza and I should give her two thumbs up… aku suka gaya bahasa penulisan buku ni… menjadikan ia satu identiti Inawza.. walaupun gaya bahasa skema… tetap tidak membosankan jika mengambilkira aku ni lebih suka baca conversation compared to narration dan jugak aku lebih suka penceritaan dari orang ketiga sebab cerita boleh dilihat dari pelbagai sudut campared to ‘diary’ type story yang menjurus pada satu sudut pandangan… tapi… One Day You’ll Be Mine tidak begitu… so.. aku suker….

Ceritanya mengenai Anith Fitriah (nama yang rare) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan atas kehendak keluarga.. tema yang aku suka.. kawin ala-ala terpaksa.. but the difference yang membuat aku lebih suka.. they did not end up lovey dovey.. itu salah satu realiti kehidupan.. bercerai selepas lima bulan berkahwin atas alasan tiada keserasian.. so saper yang expect cerita yang lovey please do not say a word because you will not find it here… and you will be frustrated.. it is a warning…
“We are not like those couples, you know. Dipaksa kahwin, jatuh cinta, kemudian hidup bahagia sampai ke anak cucu. Bagi aku itu semua dongeng. Perkahwinan tak patut terjadi kerana paksaan. Kita buat pilihan kita sendiri, Fitri.”
Fitri masih dibelenggu rasa bersalah kerana menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal.. dan cintanya kepada Nik tak pernah mati dan tidak akan berganti… Ehsan pulak manusia yang beku hati dan tak berperasaan.. lima bulan tinggal sebumbung hanya menjadikan Ehsan dan Fitri teman bertingkah.. dia benci Ehsan.. Ehsan manusia aneh yang tidak normal..

Kehadiran Aya iaitu anak Ehsan hasil perkahwinan pertamanya pada mulanya dirasakan satu beban akhirnya menjadikan Fitri seorang ibu yang penyayang… sebab rasa kasihannya pada anak kecil yang tidak dipedulikan papanya… tetapi perceraian bukan bermakna Ehsan pergi dari hidup Fitri.. Aya, Elisa dan Mama menyebabkan Ehsan terus wujud di dalam hidup Fitri.. hubungan yang tidak bernama.. Fitri rasa Ehsan adalah seorang yang tidak normal.. pelik dan aneh.. dan lebih pelik bila Ehsan yang beku dan mati hatinya itu sanggup membantunya ketika Fitri kemalangan akibat terkejut selepas menerima kad bertulis ‘I’m here’ setelah beberapa bulan menerima jambangan bunga di atas kereta setiap kali pulang kerja.. kenapa Ehsan perlu risau keselamatan Fitri jika benar hatinya beku?
“Syhh… Kau bertenang dulu. Aku akan uruskan semuanya,” ujarnya lembut lalu duduk disebelahku tanpa sebarang suara. Membuatkan aku tidak pasti adakah benar dia berada di samping aku pada saat begini.
 “Ehsan..”
“Aku kat sini.”
Kehadiran semula Nik Afezal di dalam hidup Fitri mengubah lagi rentak hidup Fitri.. rupa-rupanya ada rahsia yang disimpan oleh ibu dan abahnya.. kembali menyintai dan dicintai sepatutnya menjadikan hidup Fitri lebih gembira dan bermakna.. tetapi hakikatnya tidak begitu.. kehadiran Nik Afezal adalah dengan pakej Firasha dikenalkan sebagai adik tiri Nik Afezal yang sentiasa cemburu dengan kewujudan Fitri menjadikan hidupnya tidak tenteram… Nik Afezal pula cemburu dengan Ehsan dan merasakan Ehsan tidak perlu lagi wujud dalam hidup Fitri kerana dia sudah kembali.. tetapi selagi ada Aya dan Elisa.. nama dan jasad Ehsan akan tetap bersama Fitri…
“Because I hate the fact that you’re still seeing him! I hate the fact that you used to live with him!” Suaranya kedengaran meninggi.
Keadaan lebih kalut apabila Hezry teman lelaki Kristine sahabat baik Fitri seolah-olah mengenali Ehsan dan pasti berbalah setiap kali bersua muka.. akhirnya Ehsan meninggalkan Fitri tanpa pesan dan menurut Hezry.. Ehsan pasti pergi mencari bekas isterinya Mega Ariyana.. ibu kandung Aya… semasa ketiadaan Ehsan.. satu kejadian membongkarkan satu rahsia besar yang disimpan kemas oleh Nik Afezal.. dan hakikat itu amat menyakitkan untuk Fitri… kerana dia.. Nahda dan Zarith menjadi mangsa… di saat-saat kritikal itu hanya nama Ehsan di fikiran Fitri.. insan yang diharap datang membantunya.. tetapi Ehsan tiada…

Selepas tiga bulan peristiwa ngeri itu berlaku.. Ehsan pulang bersama Riya dengan dirinya yang baru.. hilang segala kebekuannya menjadikan Ehsan manusia yang lebih aneh di mata Fitri… wujudnya Hazmi adik kepada Nahda di dalam hidup Fitri menerbitkan rasa cemburu Ehsan? Errkk… apakah manusia aneh yang berhati beku boleh cemburu?? Tetapi Fitri ada pilihannya sendiri.. dan kali ini dia sangat pasti dengan pilihannya..
“Ehsan, apalagi yang kau nak?” Aku cuba menutup kegugupan dengan ketawa yang kedengaran begitu sumbang.
“Anith Fitriah, kau merupakan seorang yang bodoh, lembab, menyusahkan, menyakitkan hati..”
Aku memandangnya dengan rasa tidak percaya. Dia telefon aku semata-mata untuk mengutuk aku? “Hei!”
“Penyayang, lembut jujur yang pernah aku jumpa.”
“Oh.” Hati yang tadinya panas, tiba-tiba bertukar sejuk.
“Dan aku pula seorang yang degil, keras hati, bermulut celopar dengan perangai yang sentiasa buat kau hilang sabar. Aku juga bukan jenis lelaki yang kau suka. Tetapi kau Fitri… aku suka segalanya tentang kau.”
“Dulu sekarang, tak pernah berubah.”
“Ri… Riya?” Tidak mahu terlalu mudah mempercayainya, aku bertanya. Ehsan mengangkat bahu.
“Kau, kita sedang bercakap tentang kau. Fitri, kita kahwin?”
Apakah peristiwa itu? Apa kaitan Nik Afezal, Firasha dan Nahda yang sebenarnya? Apa hubungan Ehsan, Hezral dan Riya? Dan yang penting apa akhir cerita  ini.. since buku ni baru lagi… first produced in January 2013.. so kepada yang nak tahu akhirannya… bacalah buku ni… diterbitkan semula setiap bulan dengan cetakan kelima in May 2013.. very impressive indeed…

Aku suka karektor Ehsan.. mungkin tak lah macam prince in shining amor but tetap menjadikan dia seorang yang istimewa.. karektor yang mengingatkan aku pada Shin Goon dalam Princess Hours.. karektor Fitri aku rasa adalah tipikal karektor engineer perempuan tetapi ada kelembutan di situ… keras tapi dalam hati ada taman… hahaha… mengingatkan jugak pada sorang kawan aku…

Jalan cerita yang tak serabut walaupun agak boleh predict.. tapi aku tetap read word by word sebab kalau terlepas one scene.. you will not understand the whole story.. selalunya kalau baca narration yang berjela ni aku akan skip.. but not for this book… dan setiap luahan rasa Anith Fitriah amat penting untuk faham karektor yang lain… so pada aku bacaannya bukan satu bacaan ringan untuk faham keseluruhan cerita… the sweetness of the love story tu akan dapat dirasa dalam setiap luahan rasa Fitri dan gesture Ehsan walaupun bukan dengan kata-kata berbunga yang mencairkan jiwa.. it is so simple and sweet… so Inawza.. am going to collect your coming masterpieces…

Scene yang aku suka… masa Ehsan tolong Fitri waktu kemalangan…. Then masa Fitri mempertahankan Ehsan di majlis reunion classmate Fitri… and last scene masa kenduri di rumah Fitri… and aku jugak suka setiap kali Ehsan wujud dalam hidup harian Fitri…



Monday, July 15, 2013

Anak Teruna Makcik Rahimah - Sakeena


 Sinopsis Belakang Buku:

Pertemuan pertama mereka sungguh ‘indah’, dihiasi dengan corak dan perisa kopi. Sejak itu, Ain Zahra sentiasa dihantui ‘kopi’ walau ke mana dia pergi. Lebih teruk lagi selang seminggu, pasti dia akan bertemu dengan Encik Kopi. Dia pening kepala.

Entah kebetulan atau apa, jodoh yang diterimanya di Tanah Suci juga membawa Ain Zahra kepada Encik Kopinya. Tak pernah dia terfikir yang anak teruna Makcik Rahimah tu rupa-rupanya Encik Kopi! Kalaulah dia tahu....

Namun, kerana mulut sudah berjanji, hatinya terpaksa reda. Ketika dia mula menerima semula hadirnya seorang lelaki dalam hidup, lelaki itu hilang. Hatinya benar-benar takut. Haruskah dia menghadapinya sekali lagi?


------------------------------


Buku ni buku pertama Sakeena… aku mula baca sinopsis dari web Jemari Seni… terjatuh hati la pulak… sebab kelakar and membuatkan I wanna read it and I wanna have it… aku beli kat Popular di OU.. puas hati giler masa dapat buku ni… and memang puas hati la aku ngan buku ni… dari pembacaan aku.. rasanya Sakeena ada pause agak lama before sambung menulis sebab towards the end of the story tu memang aku tak expect penulisannya macam tu.. but I really like it… and aku suggest gak anak-anak muda yang sibuk bercinta to read this book… ada sesuatu yang cuba disampaikan secara halus dan aku sangat suka…

Right… about the book… Ain Zahra merupakan seorang jurutera di Engineering Department (Biomedical Engineering Maintenance & Service) di sebuah hospital di Pulau Pinang… actually profession Ain ni tak begitu jelas.. sebab kalau dikira dari qualification, dia seorang engineer.. tapi dari cara kerja macam technician… seorang yang simple mempunyai teman baik Ayuni yang bekerja di Ipoh.. Pertemuan secara tidak sengaja dengan Amr Waseem menyebabkan Ain menggelarkannya ‘Encik Kopi’ dan Waseem memanggilnya ‘Cik Tool Bag’…

Semasa mengerjakan umrah bersama keluarganya, Ain telah membantu Makcik Rahimah yang jatuh tergelincir dan Makcik Rahimah pulak sangat berkenan untuk bermenantukan Ain lalu meminang Ain untuk anak terunanya… maka bertunanglah Ain dengan Anak Teruna Makcik Rahimah yang tidak diketahui rupa parasnya itu… Whoaahh… ada lagi kan yang macam ni… so bila balik Malaya, Ain bertandang la rumah tunangannya atas undangan Makcik Rahimah… tu la kan.. dah jodoh…

Ceritanya banyak berkisar pengalaman Ain sebelum dan selepas berkahwin dengan Waseem.. how they grow their love.. bercinta selepas kawin la ni… but its still sweet to see how they adapt to each other… Ain bukan seorang yang pandai meluahkan rasa dan selepas bernikah dia masih tidak boleh menerima Waseem.. sentiasa rasa bersalah terhadap suaminya… kerana kisah empat tahun dulu.. Ain takut untuk cuba menyayangi… but bila sesuatu terjadi pada Waseem, Ain mula rasa takut kehilangannya… it is such a nice story dengan pengayatan yang bersahaja tetapi menjurus cara hidup islam.. walaupun bukan sempurna, tetapi sentiasa menuju ke arah yang lebih baik.. that’s the different… Waseem sebenarnya dah suka pada Ain sejak peristiwa tumpah kopi… dia seorang doktor yang simple tapi romantika de amor hokay.… always go with the flow… we will see satu kehidupan yang biasa tetapi dicorakkan dengan sempurna… wahhh… lain macam jer aku tulis ni…
“I don’t need this. I just need you by my side, forever.” Tiba-tiba aje terkeluar perkataan macam tu.
Tangan aku digenggam erat. “Abang nak Ain tau yang abang sangat-sangat cintakan Ain..walaupun abang tak pernah sedar bila abang mula cintakan Ain.”
The thing is.. aku tak tau nak luahkan macam mana rasa suka aku baca  buku ni… it is fun yet penuh panduan yang di terapkan tanpa rasa terpaksa… bukan macam bila korang dengar ceramah agama all that… but isinya sentiasa berlegar dalam fikiran… ewah… thumbs up Sakeena.. looking forward for your next masterpiece…




Monday, July 1, 2013

Kau Untukku - Aisya Sofea

Sinopsis Belakang Buku:

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.


------------------------------


Ni buku Aisya Sofea yang kedua aku baca… ‘Rahsia di hati tak siapa yang tahu’.. aku rasa lepas baca semua buku Aisya.. aku notis yang Aisya akan buat satu significant phrase or situation dalam setiap buku dia… buku ni masih lagi dapat menambat hati aku ni… especially bila ke telemovie dilakonkan pulak my fav hero malaya kata adik aku… Remy Ishak.. so makin berbungala hatiku ini dengan cerita ni.. tapi frust la ngan casting heroin keras kejung Dira… uuurrggghhh… frust.. frust.. frust… I was looking forward for this telemovie and it was soooooo frustating.. hehehe… over giler aku ni…

Wokeh… citer pasal buku ni… it is all about Nurul Umairah… in which everyone called her Nurul except when it comes to her love one.. he will call her Maira… Ahmad Fuad muncul di dalam hidup Nurul bila dia mula bekerja di syarikat yang sama sebagai setiausaha.. mengenali Fuad pada hari temuduga telah membuat hati Nurul rasa berdebar dan tidak selesa dengan kehadiran Fuad.. setelah sebulan bertugas sebagai setiausaha Azhar, Nurul ditukarkan ke bahagian pemasaran sebagai setiausaha Fuad.. Nurul semakin tidak selesa, tetapi dia bersikap profesional membezakan tugas dan peribadi..

Kematian Jefri, tunangan Nurul memberi impak yang agak besar kepadanya mentelah peristiwa kematian Danial kawan rapatnya juga menghantui dirinya.. menjadikan dia beranggapan bahawa dia tidak layak untuk dikasihi dan dicintai.. namun Fuad mengambil kesempatan ini untuk mendampingi Nurul… Fuad bukan lelaki yang bermanis kata.. tetapi lebih menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan.. Terpilih sebagai ‘Best Couple of The Year’ semasa makan malam ‘kick-off’ merupakan titik tolak hubungan Fuad-Maira..
Dia tenang sahaja. “Our actions are costly, Maira. I tahu pergerakan I sentiasa dalam perhatian you. Sejak you dengan Azhar lagi, I tahu, ada sesuatu yang sedang berlaku di antara kita. It’s so strong dan I tak boleh nak menolaknya. You nak tahu satu perkara?” soalnya penuh rahsia dariku.

Fuad, I would like to give it a try anyway.”
Namun hubungan itu diganggu gugat dengan kehadiran semula Ellina Batrisya Tan Sri Salleh.. Bagi Fuad hubungannya dengan Ellina sudah lama berakhir dan tidak salah untuk mereka terus berkawan… tetapi tidak bagi Ellina dan Puan Rahimah juga Tuan Musa… bagi Ellina, Fuad adalah untuknya dan bagi Puan Rahimah, hanya Ellina layak menjadi menantunya.. isu darjat dan asal usul menjadi punca Puan Rahimah dan Tuan Musa menolak Nurul Umairah.. tetapi bagi Ahmad Fuad, cintanya untuk Nurul Umairah tidak berganjak…


Ketika Fuad bercuti ke luar negara bersama keluarganya, Nurul mengambil keputusan untuk pergi dari hidup Fuad.. lebih-lebih lagi bila Puan Rahimah terang-terangan memintanya membelikan tiket Ellina untuk bercuti bersama mereka… malah menyatakan rancangan pertunangan Ellina dengan Fuad.. setelah beberapa bulan menghilang, Nurul kembali bekerja di Kuala Lumpur… pertemuan secara tidak sengaja dengan Azhar membawa pertemuannya dengan Fuad.. kali ini Fuad tekad tidak akan melepaskan Nurul dan Nurul juga pasrah dengan kehendak hatinya..
Azhar bukan pengganti tempat you. Bukan tandingan you pun. Dan kalau ada lelaki lain, you tetap ada tempat khas dalam hati I.”

“I tetap sayang you, Nurul Umairah. Kalau itu kehendak you, I lepaskan you pergi. Tapi ingat, selagi I ada, tidak ada apa yang perlu you takutkan dengan Puan Rahimah dan Tuan Musa. ‘Kita’ yang patut you utamakan dahulu. Kebahagiaan kita sepatutnya melebihi segala-galanya.”

Aku rasa watak Fuad memang strong la… typical Aisya’s hero.. tegas tetapi penyayang… cuma kadang-kadang watak Nurul tenggelam timbul.. kadang-kadang strong kekadang lemah.. Nurul boleh jadi seorang yang periang, berkeyakinan but when her life is low.. dia boleh jadi seorang yang sangat hopeless.. could be sebab asal usul hidup dia membuatkan she has that character and the strong part of her because of her family’s support… apa-apa pun memang aku suker cerita ni… in fact.. walaupun Dira kaku dan sangat mengechiwakan hatiku ini… Remy tetap hidup sebagai Ahmad Fuad… hahahaha…. sangat sangat bias yang over aku ini…