Sinopsis
Belakang Buku:
Dia seorang gadis yang hidup bukan
hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia
mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan
menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang
daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak
bermakna!
Bagi Anith Fitriah, keluarganya
bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan
alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya,
tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan
yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang
sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan
yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.
“Kau pekak ek?”
“Aku boleh dengar kau bercakap.
So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”
“Jadi boleh tolong jelaskan kat
aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh
dengar?”
“Okay, but stay away from my stuff
and get your own TV.”
Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi
perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat
berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik
Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka
selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita
tentang lelaki itu!
“Jangan cari pasal dengan aku awal
pagi macam ni, boleh tak?”
“Jadi aku patut tunggu tengah hari
atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”
“Pergi mampus.”
“Terima kasih, I love you too.”
Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu
menyakitkan hati aku.
Tapi kenapa banyak perkara yang
berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di
bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.
Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan
yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi
bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya,
iaitu Nik Afezal?
Oh, sesungguhnya dia harus bijak
memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.
“Kenapa kau nak kahwin dengan
orang yang menyusahkan?”
“Mudah… sebab aku sayang kau.”
------------------------------
Aku beli buku ni sebab nak redeem point kat
MPH..at that time aku memang tak tau nak carik buku apa sebab macam dah agak
bosan baca buku ala-ala fairy tale.. bila jumpa buku ni aku ambik sebab tebal..
lambat sikit nak habis.. hahaha… so happens that rupanya buku ni rentetan dari
penulisan2u and aku baru jer tau..errrkkss.. first book from Inawza and I
should give her two thumbs up… aku suka gaya bahasa penulisan buku ni… menjadikan
ia satu identiti Inawza.. walaupun gaya bahasa skema… tetap tidak membosankan
jika mengambilkira aku ni lebih suka baca conversation compared to narration
dan jugak aku lebih suka penceritaan dari orang ketiga sebab cerita boleh
dilihat dari pelbagai sudut campared to ‘diary’ type story yang menjurus pada
satu sudut pandangan… tapi… One Day You’ll Be Mine tidak begitu… so.. aku
suker….
Ceritanya
mengenai Anith Fitriah (nama yang rare) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan atas
kehendak keluarga.. tema yang aku suka.. kawin ala-ala terpaksa.. but the
difference yang membuat aku lebih suka.. they did not end up lovey dovey.. itu
salah satu realiti kehidupan.. bercerai selepas lima bulan berkahwin atas
alasan tiada keserasian.. so saper yang expect cerita yang lovey please do not
say a word because you will not find it here… and you will be frustrated.. it
is a warning…
“We are not like those couples, you know. Dipaksa kahwin, jatuh cinta, kemudian hidup bahagia sampai ke anak cucu. Bagi aku itu semua dongeng. Perkahwinan tak patut terjadi kerana paksaan. Kita buat pilihan kita sendiri, Fitri.”
Fitri masih
dibelenggu rasa bersalah kerana menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal.. dan
cintanya kepada Nik tak pernah mati dan tidak akan berganti… Ehsan pulak
manusia yang beku hati dan tak berperasaan.. lima bulan tinggal sebumbung hanya
menjadikan Ehsan dan Fitri teman bertingkah.. dia benci Ehsan.. Ehsan manusia
aneh yang tidak normal..
Kehadiran Aya
iaitu anak Ehsan hasil perkahwinan pertamanya pada mulanya dirasakan satu beban
akhirnya menjadikan Fitri seorang ibu yang penyayang… sebab rasa kasihannya
pada anak kecil yang tidak dipedulikan papanya… tetapi perceraian bukan
bermakna Ehsan pergi dari hidup Fitri.. Aya, Elisa dan Mama menyebabkan Ehsan
terus wujud di dalam hidup Fitri.. hubungan yang tidak bernama.. Fitri rasa
Ehsan adalah seorang yang tidak normal.. pelik dan aneh.. dan lebih pelik bila
Ehsan yang beku dan mati hatinya itu sanggup membantunya ketika Fitri
kemalangan akibat terkejut selepas menerima kad bertulis ‘I’m here’ setelah
beberapa bulan menerima jambangan bunga di atas kereta setiap kali pulang kerja..
kenapa Ehsan perlu risau keselamatan Fitri jika benar hatinya beku?
“Syhh… Kau bertenang dulu. Aku akan uruskan semuanya,” ujarnya lembut lalu duduk disebelahku tanpa sebarang suara. Membuatkan aku tidak pasti adakah benar dia berada di samping aku pada saat begini.
“Ehsan..”
“Aku kat sini.”
Kehadiran semula Nik Afezal di dalam hidup Fitri
mengubah lagi rentak hidup Fitri.. rupa-rupanya ada rahsia yang disimpan oleh
ibu dan abahnya.. kembali menyintai dan dicintai sepatutnya menjadikan hidup
Fitri lebih gembira dan bermakna.. tetapi hakikatnya tidak begitu.. kehadiran
Nik Afezal adalah dengan pakej Firasha dikenalkan sebagai adik tiri Nik Afezal
yang sentiasa cemburu dengan kewujudan Fitri menjadikan hidupnya tidak
tenteram… Nik Afezal pula cemburu dengan Ehsan dan merasakan Ehsan tidak perlu
lagi wujud dalam hidup Fitri kerana dia sudah kembali.. tetapi selagi ada Aya
dan Elisa.. nama dan jasad Ehsan akan tetap bersama Fitri……
“Because I hate the fact that you’re still seeing him! I hate the fact that you used to live with him!” Suaranya kedengaran meninggi.
Keadaan lebih
kalut apabila Hezry teman lelaki Kristine sahabat baik Fitri seolah-olah
mengenali Ehsan dan pasti berbalah setiap kali bersua muka.. akhirnya Ehsan
meninggalkan Fitri tanpa pesan dan menurut Hezry.. Ehsan pasti pergi mencari
bekas isterinya Mega Ariyana.. ibu kandung Aya… semasa ketiadaan Ehsan.. satu
kejadian membongkarkan satu rahsia besar yang disimpan kemas oleh Nik Afezal..
dan hakikat itu amat menyakitkan untuk Fitri… kerana dia.. Nahda dan Zarith menjadi
mangsa… di saat-saat kritikal itu hanya nama Ehsan di fikiran Fitri.. insan
yang diharap datang membantunya.. tetapi Ehsan tiada…
Selepas tiga
bulan peristiwa ngeri itu berlaku.. Ehsan pulang bersama Riya dengan dirinya
yang baru.. hilang segala kebekuannya menjadikan Ehsan manusia yang lebih aneh
di mata Fitri… wujudnya Hazmi adik kepada Nahda di dalam hidup Fitri
menerbitkan rasa cemburu Ehsan? Errkk… apakah manusia aneh yang berhati beku
boleh cemburu?? Tetapi Fitri ada pilihannya sendiri.. dan kali ini dia sangat
pasti dengan pilihannya..
“Ehsan, apalagi yang kau nak?” Aku cuba menutup kegugupan dengan ketawa yang kedengaran begitu sumbang.
“Anith Fitriah, kau merupakan seorang yang bodoh, lembab, menyusahkan, menyakitkan hati..”
Aku memandangnya dengan rasa tidak percaya. Dia telefon aku semata-mata untuk mengutuk aku? “Hei!”
“Penyayang, lembut jujur yang pernah aku jumpa.”
“Oh.” Hati yang tadinya panas, tiba-tiba bertukar sejuk.
“Dan aku pula seorang yang degil, keras hati, bermulut celopar dengan perangai yang sentiasa buat kau hilang sabar. Aku juga bukan jenis lelaki yang kau suka. Tetapi kau Fitri… aku suka segalanya tentang kau.”
“Dulu sekarang, tak pernah berubah.”
“Ri… Riya?” Tidak mahu terlalu mudah mempercayainya, aku bertanya. Ehsan mengangkat bahu.
“Kau, kita sedang bercakap tentang kau. Fitri, kita kahwin?”
Apakah
peristiwa itu? Apa kaitan Nik Afezal, Firasha dan Nahda yang sebenarnya? Apa
hubungan Ehsan, Hezral dan Riya? Dan yang penting apa akhir cerita ini.. since buku ni baru lagi… first produced
in January 2013.. so kepada yang nak tahu akhirannya… bacalah buku ni…
diterbitkan semula setiap bulan dengan cetakan kelima in May 2013.. very
impressive indeed…
Aku suka
karektor Ehsan.. mungkin tak lah macam prince in shining amor but tetap
menjadikan dia seorang yang istimewa.. karektor yang mengingatkan aku pada Shin
Goon dalam Princess Hours.. karektor Fitri aku rasa adalah tipikal karektor
engineer perempuan tetapi ada kelembutan di situ… keras tapi dalam hati ada
taman… hahaha… mengingatkan jugak pada sorang kawan aku…
Jalan cerita
yang tak serabut walaupun agak boleh predict.. tapi aku tetap read word by word
sebab kalau terlepas one scene.. you will not understand the whole story..
selalunya kalau baca narration yang berjela ni aku akan skip.. but not for this
book… dan setiap luahan rasa Anith Fitriah amat penting untuk faham karektor
yang lain… so pada aku bacaannya bukan satu bacaan ringan untuk faham
keseluruhan cerita… the sweetness of the love story tu akan dapat dirasa dalam
setiap luahan rasa Fitri dan gesture Ehsan walaupun bukan dengan kata-kata
berbunga yang mencairkan jiwa.. it is so simple and sweet… so Inawza.. am going
to collect your coming masterpieces…
Salam Puteri Dayana ^^
ReplyDeleteOh my, this is such a...wow! Thank you for reading One Day You'll Be Mine word by word. And, this is such a lovely review.
First of all, do accept my humble apology untuk segala kekurangan ODYBM.
Second, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk baca cerita tak seberapa ni. It means a lot to me as a writer.
p/s: Mohon share di blog ya?
w'salam....
Deletethanks for dropping by.. means a lot to me too... :) and sure you may share my blog.. thanks again..
awesome!!rasa nk beli :3
ReplyDeleteAmong the best novel I ever had!! ��love the plot, suspense, and all characters....like u said, two thumbs up! ����- lynda
ReplyDeletelove this novel too. i keep re-read over and over. lol
ReplyDeletesalam. mana nak dapatkan novel ni?
ReplyDeletebagaimana beli novel ini? saya di Indonesia
ReplyDelete