Sunday, September 8, 2013

Adam dan Hawa - Aisya Sofea

Sinopsis Belakang Buku :

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



-------------------


This is among my favorite books… Aisya Sofea jarang buat cerita kahwin paksa atau ala-ala terpaksa kawin then bercinta.. mostly cerita dia mesti melalui alam percintaan before berkahwin.. so kiranya cerita ni lain dari kebiasaan cerita Aisya.. dan aku memang saaaaanngggaaat suka jalan cerita and penulisan ceritanya… bila kata it was adapted into telenovela.. memang la aku tak lepas peluang.. tambah pulak dapat heronya Aaron Aziz pulak tu kan… and Nadiya Nisaa memang tidak mengecewakan… in fact.. there were small gestures yang chummiillsss in the dramas..

And back to the book… Kisah Ain Hawani dan Adam Mukhriz… Ain datang ke bandar dan tinggal bersama Mak Lang untuk mencari kerja sementara menunggu panggilan ke mana-mana pusat pengajian tinggi. Dia bekerja sebagai guru tadika di Tadika Bintang Kecil yang dimiliki oleh keluarga Kak Zah. Hari pertama bekerja, Ain bertembung dengan Adam Mukhriz Gellespie atau dikenali sebagai Am, merupakan adik Kak Zah. Am, seorang pilot yang akan mengunjungi Tadika Bintang Kecil sekiranya tidak bekerja dan Kak Zah memerlukan bantuannya di tadika. Pertama kali bersua, Ain terpaut dengan ketampanan wajah Am. Tetapi dia cuba menyangkal rasa hati kerana sangkanya itu hanya mainan perasaan remajanya sahaja.

Namun, dari sehari ke sehari layanan dan usikan Am sering mencuit hati remajanya. Mengingatkan dirinya bahawa Am mempunyai ramai teman wanita, Ain cuba sedayanya mengelak daripada bertembung atau berurusan dengan Am. Tetapi, bukan mudah melarikan diri dari Am kerana dia juga adalah pemilik Tadika Bintang kecil itu. Am ni memang pandailah bermain dengan hati wanita. Sejambak bunga segar mengelilingi bunga plastik dengan kata-kata;
My love for you dies, when the last petal of these roses falls
Lepas tu dia bagi pulak Teddy Bear. Saper yang tak suka teddy bear kan? Namanya Cik Ted. Chumils. Dalam ramai-ramai girlfriends dia tu, Dee la yang paling kerap berkepit dengan Am. One sweet day, Am dah berpakat ngan Kak Zah so that Ain will accompany him to buy things, but sebenarnya Am nak bawak Ain gi jalan-jalan jer. It so happens that, Am cuba nak ambik kesempatan nak cium Ain, tapi Ain bagi penampar kat dia. Fuh… sangat sakit…

So Am should know yang orang kampung macam Ain tak boleh buat main-main. Nak jadi cerita, selepas dari peristiwa tu, Ain tak de la jumpa Am sebab dia terbang di awan biru. And one day, Kak Rubi pembantu Kak Zah meminta Ain menghantarkan bekas-bekas makanan untuk majlis di surau, ke rumah Kak Zah. So, Ain pun pergi lah. Dan di sinilah bermulanya kisah Ain Hawani dan Adam Mukhriz. Ain tak tahu yang dalam rumah tu cuma ada Am seorang jer, then both of them kena tangkap khalwat. Ain cuba menafikan tetapi empat orang saksi tetap mengatakan mereka bersalah. Am hanya diam membisu tanpa membuat apa-apa pembelaan. Bila Pak Lang dapat tahu mengenai kejadian tersebut, Pak Lang meminta Am menikahi Ain ketika itu juga. Puas Ain meghalang, tetapi Pak Lang tetap dengan keputusannya, dan Am bersetuju. So, diorang pun bernikahlah. Walau macam mana pun, Ain tetap tidak menerima Am sebagai suaminya. Dia pulang ke kampung membawa diri. Dia cuba untuk meminta cerai, tetapi mak menghalangnya. Itu takdir Ain. Am membiarkan keadaan berlalu begitu sahaja, sehingga Ain pergi ke Australia untuk melanjutkan pelajaran.

Sepanjang di Australia, Ain tidak pernah berhubungan dengan Am, tetapi Cik Ted sentiasa menjadi temannya. Errrkk.. tak suka ke tu? Sampailah satu hari, dia terserempak dengan Kak Zah yang datang bercuti bersama Mama. Itulah kali pertama Ain bertemu ibu mertuanya. Rupa-rupanya Am pun ada sama. Mama meminta Ain berbincang dengan Am, tetapi setelah bertemu dengan Am, Ain melarikan diri. Dia tidak mahu lagi bertemu dengan Am, suaminya sendiri. Setelah tamat pengajian, Ain pulang ke tanahair dengan segulung ijazah.

Dua orang temannya, Johan dan Azie telah pun memulakan tugas mereka selepas mendapat pekerjaan. Azie mengajak Ain menghantar Johan yang akan ke Kota Kinabalu kerana tugas. Ketika di KLIA, Ain terserempak dengan Am. Tetapi hanya bertentangan mata dari jauh. Setelah tiga bulan memulakan tugas sebagai pensyarah, Emak tetap memberikan duit poket pada Ain. Ain menjadi hairan dan cuba menolak, tetapi Emak berkeras agar Ain menerimanya. Simpan untuk buat umrah katanya. Dalam pada tu, Johan sentiasa mengharapkan Ain, sedangkan Ain masih tidak pasti status perkahwinannya dengan Am. Semasa di Australia, Ain pernah menceritakan kisah pernikahannya kepada Johan. Malah Johan memujuk Ain untuk memohon fasakh. Emak pula melarang keras Ain berkawan dengan Johan.

Balik pada duit poket Ain tu, Ain pergi jugaklah mengerjakan umrah bersama Azie. Di Masjidilharam, Ain bertemu dengan Am yang juga mengerjakan umrah bersama Mama. Masa tu lah, Ain dapat tahu yang dia masih isteri Am yang sah. Rupa-rupanya Am tidak pernah mengabaikan nafkahnya sejak mereka bernikah dahulu. Am cuba memujuk Ain untuk menerimanya. Mama juga cuba memujuk Ain, tetapi Ain tetap berkeras untuk tidak menerima walaupun jauh di sudut hatinya dia tahu dia tidak dapat melupakan Am walaupun dia cuba membenci Am.
“Ain,” panggil Am lagi. “Am tak izinkan Ain pergi jauh daripada Am lagi,” tegas suaranya. “Am sayang Ain.” Wajahnya begitu yakin.
Sepulangnya mereka dari mengerjakan umrah, Am gunakan macam-macam cara nak berjumpa dan berbaik dengan Ain. Kemunculan Am pulak menimbulkan rasa tak senang di hati Johan. Ain pulak cuba sedaya upaya menjarakkan diri dari Johan kerana sedar dia masih isteri Am. Johan suruh ibunya merisik Ain, but at the same time, tanpa Ain sedar Azie dan Johan mula menjalin hubungan. Perhubungan Ain-Am beransur baik sejak Am tolong Ain ketika kereta Ain rosak. Tu pun tak sengaja. Ain call Azie, but at that second, Am call Ain. Kemudian, Ain dapat tahu tentang hubungan Johan-Azie. Ketika dalam kesedihan, Ain menghubungi Am, meminta Am menemaninya. Ketika itu, Ain sedar yang dia harus menerima Am dan harus berterus terang dengan Johan dan Azie. Setelah berterus terang dengan Johan dan Azie bahawa dia masih isteri Am, Ain menjadi lebih tenang.
“Johan, ini Adam Mukhriz. He… is my husband.” Ketika ini kami bertentangan mata. Dadaku berombak tiba-tiba. Hangatnya perasaan bila dia tersenyum padaku. Senyumannya pula hanya untuk aku seorang.
Mama dah lama merancang nak mengadakan kenduri doa selamat bagi meraikan pernikahan Am dan Ain yang tidak pernah dilangsungkan sejak mereka bernikah. Dan ketika di majlis itulah baru Ain sedar bahawa kasih dan cintanya memang untuk Am. Am memang sudah benar-benar berubah dan hatinya sangat tersentuh apabila Am sendiri mengimamkan jemaah solat Maghrib di rumah Mama. Lantas, Mama menyerahkan cincinnya sebagai simbolik upacara batal air sembahyang yang sepatutnya dilakukan ketika mereka bernikah dahulu.
“Ain minta ampun, bang.” Itulah kali pertama aku memulakan tanggungjawabku sebagai seorang isteri. Selama ini aku menidakkan keutamaan dan kepentingannya apatah lagi rasa hormat terhadap dirinya sebagai seorang ketua keluarga.
So, abislahkan kisah cinta Ain dan Am ni.. Oh tidak.. belum lagi. Kebahagiaan mereka mula tergugat dengan kehadiran Dee. Kemuncak perbalahan Ain dan Am mengenai Dee, Ain merajuk dan melarikan dirinya dari bertemu dengan Am, sehingga dia tidak tahu bahawa Am telah terbang ke London untuk jangka masa dua minggu. Dalam waktu itu, doktor telah mengesahkan bahawa Ain sedang mengandung. Tetapi, belum sempat Am pulang dari London, Ain telah tumpah darah dan dimasukkan ke hospital. Memandangkan Am tiada di sisi, Azie dan Johan menjaganya ketika dihospital. Masa nak keluar dari hospital tu, Am terserempak dengan Johan yang sedang membantu Ain untuk ke kereta. Bila dah cemburu tu, berlakulah sedikit adegan yang tak ingin kita lihat kat hospital tu. Tapi tak ada apa yang berlaku. Baby selamat. Ain pun selamat. So, berbaiklah semula pasangan itu. Tapi, rupa-rupanya Dee masih tetap menghubungi Am. Dan Ain mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Dee tanpa pengetahuan Am. At the end, of course they live happily ever after. Cerita fairy tale kan. Mestilah happy ending.
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat di hati untuk dicintainya
Aku suka cerita ni, satu sebab nama hero dia Adam. Aku suka nama Adam ni sejak baca  satu cerpen masa form 4 dulu kot.. Nama character cerita tu Adam and Lisa.. cerita tu sungguh sweet.. since then aku suka nama adam dan lisa.. sampai sekarang… J.. Dua.. aku suka jalan ceritanya.. cerita yang bukan biasa macam novel-novel yang ada.. kawin paksa.. hidup sebumbung.. lama-lama bercinta jugak… jalan ceritanya lain sikit dan aku suka… lebih realistik I would say.. Tiga.. aku suka penulisan Aisya dalam cerita ni.. always ada sweet gesture between Ain and Am… macam masa Am text pada Ain with just her name.. ‘ain’… that is very simple but it is sweet in their situation.. Empat… aku suka Cik Ted.. hahaha… coz aku memang suka teddy bear… so to have this kind of important little thing.. aku suka… Cik Ted ni macam jadi pengganti Am la… sebab tu Ain tak boleh lupakan Am.. sebab Cik Ted sentiasa ada dengan dia… hehehe…
“Kalau rindukan Am, pelukla Cik Ted selalu. Nanti Am boleh rasa pelukan Ain tu bila Am jauh daripada Ain.”
And watching Aaron with Nadiya Nisaa in the drama.. make it a lot better coz macam mimpi jadi realiti… I would say.. Aaron memang superb dalam cerita-cerita yang macam ni… macam Emil Emilda dulu… Errr…. Sangat detail la pulak kan review ini.. sebab aku rasa ramai dah tengok Adam dan Hawa on air… tapi.. aku tetap ulang baca… so though orang dah tengok in the drama.. kalau ada orang yang spesis macam aku ni… sure diorang akan tetap baca buku ni…





Thursday, September 5, 2013

Jendela Hati - Aisya Sofea

Sinopsis Belakang Buku :

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada nisan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.



-------------------


Huhu… banyak lagi rupanya buku Aisya Sofea yang aku belum review… tak per yer… pelan-pelan… aku rasa Aisya ni keluarkan buku dua tahun sekali kot… baru ni pun aku surf internet.. dah jumpa buku baru dia… baru release… entah apa namanya aku tak ingat.. but sort of sequel to Adam dan Hawa yang aku tak buat review lagi pun… Okay now kita citer pasal Jendela Hati… Kisah Farah Wahidah dan Lukman Hafizi… aku sangat suka nama-nama ini.. J Mula imagine gadis tinggi lampai, putih, cantik… heronya pulak.. sure la tinggi and handsome.. putih jugak la… ishh.. awat nak hensem jer nak kena putih.. sawo matang tu tak hensem ker??

Kepulangan Farah ke tanahair setelah tamat pengajian dengan satu misi. Menunaikan wasiat arwah Sarah Wahidah, kakak kembarnya yang telah pergi meninggalkan seorang anak kecil bernama Zahin bersama papanya Abang Lukman. Zahin manja dengannya kerana menganggap Farah sebagai mamanya. Malah Abang Lukman sendiri kadang-kadang lupa yang wujud di hadapannya adalah Farah, bukan arwah isterinya Sarah. Mak Engku bersyukur dengan kehadiran Farah kerana menurutnya, Farah telah mengembalikan keceriaan di dalam hidup Abang Lukman. Pinangan Mak Engku dan Datuk Lutfi untuk Abang Lukman, Farah terima dengan penuh kerelaan. Keputusannya muktamad. Wasiat Sarah wajib ditunaikan, untuk Sarah, untuk Zahin dan untuk Mak Engku kerana hatinya juga sudah mula menyayangi Abang Lukman.
Kalau macam tu, keputusan Farah tetap sama! Abang boleh kutuk Farah sepuas-puas hati abang, tapi Farah tak akan berganjak dari keputusan Farah. 
Biarpun kalau kita kahwin nanti, abang akan menjauhkan diri dari Farah, Farah tak kisah. Farah percaya, lambat-laun abang akan terima Farah juga!”
Tetapi tidak untuk Abang Lukman. Keputusan Farah ditentangnya keras. Namun, jauh disudut hatinya dia menerima Farah, kerana rindukan Sarah. Farah tidak peduli dengan semua itu. Apa yang penting, wasiat itu disempurnakan. Tanpa disedari, keputusannya merobek hati Nazim yang telah lama menanti Farah membuka hati untuknya. Lalu, Nazim membawa diri kembali ke kota London. Farah telah menjangkakan bahawa perkahwinannya dengan Abang Lukman tidak akan sebahagia Sarah, namun dia tidak menjangka Abang Lukman akan terus membuangnya. Puncak kekecewaan Farah apabila Anita muncul bersama Abang Lukman ketika menziarah Mak Engku yang sakit. Farah nekad membawa diri ke UK menyambung pelajarannya. Dia juga nekad merahsiakan kandungannya yang sudah masuk tiga bulan.

Cukup kandungannya lapan bulan, Abang Lukman muncul memujuknya pulang. Farah sudah sudah terlalu kecewa untuk menerima Abang Lukman. Dia tahu kebahagiaan sarah bersama Abang Lukman bukan miliknya. Farah keguguran kerana tekanan perasaan dengan kehadiran Abang Lukman. Mujur Nazim ada untuk membawanya ke hospital. Keguguran menambahkan lagi kekecewaan di hati Farah. Kali ini Farah nekad untuk pergi dan tidak akan kembali lagi di sisi Abang Lukman. Hanya Zahin pengubat luka dan rasa kecewanya. Berjayakah Abang Lukman mengubat kecewa di hati Farah? Atau Nazim berjaya mencuri hati Farah dan mengubat luka hatinya?
Sampai bila kita harus begitu?” 
Sampai bila-bila.” 
“Tak bolehkah Farah maafkan abang? Abang tahu, semua yang berlaku adalah silap abang. Tapi, sampai begitu Farah menghukum abang?
Cerita ni… aku suka character Farah… She’s a strong lady.. Kali ni Aisya portray the heroin to be stronger than the hero… tu yang aku suka… sebab selalunya Aisya create prince in shining armor… but this time is the other way around.. nampak character Farah dari cara dia buat keputusan, ketegasan dia dengan keputusannya. Dalam ketegasannya, Farah seorang yang lembut sebenarnya… penuh dengan sifat penyayang terutama bila dengan Zahin… Aku rasa Abang Lukman ni bukan la tak boleh terima Farah tu.. dia confuse la… dah la muka sama.. nama pon dekat-dekat… tu yang konon-konon nak menafikan hati dan perasaan la kan… apa pun aku memang suka jer baca buku ni.. tak tebal pon.. sekejap jer dah abis…





Wednesday, September 4, 2013

Uda dan Dara - Aisya Sofea


Sinopsis Belakang Buku :

Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka.

Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad!

Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”



-------------------


Aku rasa ni buku Aisya Sofea yang kesepuluh kot… masih mengekalkan character prince shining armor and heroin yang complete lost in life.. hahaha.. sounds evil la pulak… this time aku kurang suka nama heroinnya… sungguh teruk aku ini.. nak nama sedap-sedap jer… heroinnya Siti Mariam.. sungguh klasik..  heronya pulak Izzat Hilman..

Mengisahkan Mar yang cuba memujuk hati dan cuba membuang rasa hatinya terhadap Izzat Hilman. Peristiwa yang dianggap memalukan dirinya kerana fizikalnya menjadi ejekan Izzat Hilman, mengubah Mar yang berazam untuk membuktikan dia boleh berubah. Ternyata disaat hatinya hampir terubat, Abang Man muncul kembali dalam hidupnya, dengan satu perasaan uda untuk dara. Mar cantik macam bidadari dari kayangan katanya… Abang Man menghadiahkan rantai kaki berloketkan 2 hati. Abang Man tidak membuang masa, lalu melamarnya setelah berbelas tahun tidak bertemu. Mar cuba menafikan perasaannya terhadap Abang Man, tapi hati tak pernah menipu.

“Abang tak mahu sayang sebagai seorang adik dan abang lagi. Kali ni abang nak ambil Mar jadi isteri abang.”

Pesanan Emak dan Abah Majid kepada Abang Man untuk tengok-tengokkan Mar di Kuala Lumpur menjadi alasan Abang Man untuk terus mendekati Mar. Akhirnya, Mar terpaksa akur dengan hatinya. Dan saat itu juga, Kak Yah muncul mengingatkannya tentang wasiat arwah Makcik Zainab agar Abang Man berkahwin dengan sepupu mereka dari Kluang. Khalidah, gadis berkelulusan aliran agama dari timur tengah. Mar berasa kalah sebelum berjuang bila pertama kali bertemu Khalidah ditambah pula kata-kata tajam dari Kak Yah, Mar melarikan diri dari Abang Man. Khalidah lebih mengenali Abang Man. Khalidah tahu apa yang Abang Man boleh makan, apa yang tidak. Lalu, Mar bertindak cuba melarikan diri dari Abang Man.

Ternyata tindakannya itu hanya memakan dirinya sendiri bila Kak Aida dan Abang Omar menyalahkan tindakannya. Demi rasa sayang yang tiada penghujung terhadap Abang Man, Mar bersetuju untuk meneruskan perhubungan mereka, tetapi hanya untuk sementara. Sementara mereka bersedia untuk berpisah. Abang Man semakin buntu dengan tindakan Mar, tetapi demi kasihnya, dia terpaksa bersetuju, bercinta untuk berpisah. Tujuh bulan yang diberikan, Abang Man akan pastikan Mar menjadi isterinya.

“Tujuh bulan Mar tawarkan pada abang dan tujuh bulan itu abang akan buat Mar lupa permainan Mar ini. Itu janji abang pada Mar,” janjinya padaku dengan suara yang cukup meyakinkan.

Kehadiran bapa kandung Mar di dalam hidupnya menjadikan hidup Mar kucar kacir. Demi orang tersayang, Abang Man bergolok bergadai untuk memastikan keselamatan Mar. Abah berasa terhutang budi dengan Abang Man dan sanggup memenuhi apa saja permintaannya. Dan Abang Man minta untuk berkahwin dengan Mar. Mar terpaksa menerima dengan pelbagai rasa, dia terasa seperti dijual untuk membalas budi.

Perkahwinan Mar dan Abang Man semakin menambahkan benci di hati Kak Yah. Pelbagai cara dilakukan untuk memisahkan mereka. Malah sanggup menyuruh Abang Man mengambil Khalidah sebagi isteri kedua. Mar hanya memendam rasa apatah lagi bila Abang Man seolah-olah tidak mempedulikan perasaannya. Dapatkah mereka mencipta bahagia?

Hmm… mula-mula aku macam tak suka sangat citer ni… tapi bila dah 2-3 kali ulang baca.. ewah.. kata tak suka tapi dok ulang baca… ok jugak sebenarnya… Izzat Hilman ni as usual la kan.. character by Aisya yang menjadi idaman Malaya… Siti Mariam (arrrrrr…. tak suka.. tak suka.. :)).. is one person yang aku rasa tak tahu apa yang dia nak in her life… suka buat keputusan sendiri… huhu.. typical malay girl I guess… so.. all in all.. aku still vote for Adam dan Hawa and Kau Untukku..