Sinopsis Belakang Buku
:
Harga kesetiaan
seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada nisan bernama Lukman
Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang
dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.
Kepulangan
Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan
bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya
serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.
Benarkah 'ganti
tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput;
memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah
pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersirat di
sebalik mesej yang tersurat ini.
-------------------
Huhu…
banyak lagi rupanya buku Aisya Sofea yang aku belum review… tak per yer…
pelan-pelan… aku rasa Aisya ni keluarkan buku dua tahun sekali kot… baru ni pun
aku surf internet.. dah jumpa buku baru dia… baru release… entah apa namanya
aku tak ingat.. but sort of sequel to Adam dan Hawa yang aku tak buat review
lagi pun… Okay now kita citer pasal Jendela Hati… Kisah Farah Wahidah dan Lukman
Hafizi… aku sangat suka nama-nama ini.. J Mula imagine gadis tinggi lampai,
putih, cantik… heronya pulak.. sure la tinggi and handsome.. putih jugak la…
ishh.. awat nak hensem jer nak kena putih.. sawo matang tu tak hensem ker??
Kepulangan
Farah ke tanahair setelah tamat pengajian dengan satu misi. Menunaikan wasiat
arwah Sarah Wahidah, kakak kembarnya yang telah pergi meninggalkan seorang anak
kecil bernama Zahin bersama papanya Abang Lukman. Zahin manja dengannya kerana
menganggap Farah sebagai mamanya. Malah Abang Lukman sendiri kadang-kadang lupa
yang wujud di hadapannya adalah Farah, bukan arwah isterinya Sarah. Mak Engku
bersyukur dengan kehadiran Farah kerana menurutnya, Farah telah mengembalikan
keceriaan di dalam hidup Abang Lukman. Pinangan Mak Engku dan Datuk Lutfi untuk
Abang Lukman, Farah terima dengan penuh kerelaan. Keputusannya muktamad. Wasiat
Sarah wajib ditunaikan, untuk Sarah, untuk Zahin dan untuk Mak Engku kerana
hatinya juga sudah mula menyayangi Abang Lukman.
“Kalau macam tu, keputusan Farah tetap sama! Abang boleh kutuk Farah sepuas-puas hati abang, tapi Farah tak akan berganjak dari keputusan Farah.”
“Biarpun kalau kita kahwin nanti, abang akan menjauhkan diri dari Farah, Farah tak kisah. Farah percaya, lambat-laun abang akan terima Farah juga!”
Tetapi
tidak untuk Abang Lukman. Keputusan Farah ditentangnya keras. Namun, jauh
disudut hatinya dia menerima Farah, kerana rindukan Sarah. Farah tidak peduli
dengan semua itu. Apa yang penting, wasiat itu disempurnakan. Tanpa disedari,
keputusannya merobek hati Nazim yang telah lama menanti Farah membuka hati
untuknya. Lalu, Nazim membawa diri kembali ke kota London. Farah telah
menjangkakan bahawa perkahwinannya dengan Abang Lukman tidak akan sebahagia
Sarah, namun dia tidak menjangka Abang Lukman akan terus membuangnya. Puncak
kekecewaan Farah apabila Anita muncul bersama Abang Lukman ketika menziarah Mak
Engku yang sakit. Farah nekad membawa diri ke UK menyambung pelajarannya. Dia
juga nekad merahsiakan kandungannya yang sudah masuk tiga bulan.
Cukup
kandungannya lapan bulan, Abang Lukman muncul memujuknya pulang. Farah sudah
sudah terlalu kecewa untuk menerima Abang Lukman. Dia tahu kebahagiaan sarah
bersama Abang Lukman bukan miliknya. Farah keguguran kerana tekanan perasaan
dengan kehadiran Abang Lukman. Mujur Nazim ada untuk membawanya ke hospital. Keguguran
menambahkan lagi kekecewaan di hati Farah. Kali ini Farah nekad untuk pergi dan
tidak akan kembali lagi di sisi Abang Lukman. Hanya Zahin pengubat luka dan
rasa kecewanya. Berjayakah Abang Lukman mengubat kecewa di hati Farah? Atau
Nazim berjaya mencuri hati Farah dan mengubat luka hatinya?
“Sampai bila kita harus begitu?”
“Sampai bila-bila.”
“Tak bolehkah Farah maafkan abang? Abang tahu, semua yang berlaku adalah silap abang. Tapi, sampai begitu Farah menghukum abang?”
Cerita
ni… aku suka character Farah… She’s a strong lady.. Kali ni Aisya portray the
heroin to be stronger than the hero… tu yang aku suka… sebab selalunya Aisya
create prince in shining armor… but this time is the other way around.. nampak
character Farah dari cara dia buat keputusan, ketegasan dia dengan keputusannya.
Dalam ketegasannya, Farah seorang yang lembut sebenarnya… penuh dengan sifat
penyayang terutama bila dengan Zahin… Aku rasa Abang Lukman ni bukan la tak
boleh terima Farah tu.. dia confuse la… dah la muka sama.. nama pon dekat-dekat…
tu yang konon-konon nak menafikan hati dan perasaan la kan… apa pun aku memang
suka jer baca buku ni.. tak tebal pon.. sekejap jer dah abis…
No comments:
Post a Comment