Sinopsis Belakang Buku:
Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal.
Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk
perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya
sendiri.
Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa
bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk
meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal.
Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia
untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek
kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.
Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat
lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan
belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia
harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.
----------------------------------------------------
Aku memang suka baca
buku Fauziah Ashari... So far, aku belum pernah bosan dengan books by her.. may
be one.. matahari cerah lagi.. tak berapa catch my attention la… but others
memang aku sangat suka.. one of my fav novelis la kiranya.. and Setia Menanti
is one of my favorite…
Cerita bermula dengan
perkahwinan Adam, ayah kepada Adrina (which aku selalu baca Adriana.. errkk..)
dengan Zalikha, ibu kepada Ajmal.. happened that Adrina ngan Ajmal ni used to
be in the same high school.. in the same persatuan and was quite close to each
other.. mereka jadi renggang dengan satu peristiwa… peristiwa luahan perasaan
Adrina pada Ajmal.. sejak itu.. Adrina tekad melupakan Ajmal… setelah sekian
lama… mereka bertemu di bawah satu bumbung di hari perkahwinan ibu dan ayah
mereka… sejak tu Ajmal sentiasa teringatkan Adrina.. setiap minggu berulang
alik dari Penang to K.L just to see Adrina… tindakan drastik yang diambil… dia
tukar kerja ke Kuala Lumpur…
Adrina pulak sedaya upaya
melarikan diri dari Ajmal.. akhirnya akur dengan kenyataan they are now step
brother and sister… One day, Adam menyatakan hasrat Hashim anak Imam Daud untuk
meminang Adrina.. Ajmal jadi tak senang hati.. malam tu jugak la dia melafazkan
kata cintanya pada Adrina.. dengan harapan Adrina akan menerimanya.. dan Adrina
dalam teringat penolakan Ajmal dulu.. masih menerima Ajmal.. masalahnya.. macam
mana nak bagitahu Adam?
Tanpa pengetahuan Ajmal
dan Adrina, Adam dan Zalikha menerima usul pinangan Imam Daud untuk Hashim dan
majlis pertunangan akan berlangsung dalam masa sebulan… Ajmal terkejut… Adrina
serta merta menolak dan mereka berterus terang dengan Adam dan Zalikha tentang
hubungan mereka.. Adam yang panas baran terus melenting dan menghalau Ajmal…
demi kebahagiaan ibunya, Ajmal mengalah dan melepaskan Adrina.. untuk kali
kedua Adrina kecewa dan pasrah dengan keputusan Ajmal.. tapi dengan pertolongan
Hajah Aisyah, ibu kandung Adrina, akhirnya Adam akur dengan kehendak
anak-anak.. mereka akan ditunangkan dalam masa 2 bulan.. Dalam pada itu,
Fatihah, bekas kekasih Ajmal mula bekerja sepejabat dengan Ajmal.. dan Ajmal menyangka
Fatihah kini isteri orang.. Dalam mencintai Adrina, kasih Ajmal pada Fatihah
masih bersisa.. Adrina pula didekati Zulfaris, kawan bos Adrina yang telah lama
menyimpan rasa dalam diam terhadap Adrina..
Dalam masa menanti majlis
pertunangan dan pernikahan yang dirancang dijalankan serentak.. Fatihah ditimpa
masalah.. Antara rasa kasih yang bersisa dan rasa simpati yang menggunung..
Ajmal nekad menikahi Fatihah demi menyelamatkan seorang kawan… berbaloi ke
pengorbanan Ajmal dengan mengecewakan Adrina untuk kali ketiga?
“Kita batalkan perkahwinan kita. Abang dah buat keputusan nak kahwin dengan Ati. Keputusan kita dulu satu kesilapan. Terburu-buru sebab masa tu abang baru berjumpa semula dengan Ati. Dia bekas kekasih abang dan abang masih sayangkan dia. Selama ni abang tak sedar perasaan sebenar abang sebab abang sangka dia isteri orang tapi sebenarnya dia belum berkahwin lagi. Abang sayangkan Rina tapi abang tak nak tipu perasaan abang dan perasaan Rina sendiri. Abang tak mahu ayah kecewa. Lepas kahwin, mungkin abang tak duduk di KL ni lagi”
Biarlah Adrina membencinya. Dengan itu, pasti mudah gadis itu melupakan terus dirinya. Fatihah perlu bimbingannya, anak yang bakal lahir itu pula perlu didikannya. Perasaan isterinya perlu dijaga. Kepercayaan keluarga mentuanya juga perlu dipelihara.
Adrina sangat kecewa..
lebih mengecewakan bila memikirkan urusan pembatalan majlis perkawinan mereka
akan melibatkan banyak pihak.. untuk itu.. Adrina minta Ajmal bersetuju agar
mereka bertunang dahulu sementara mencari jalan dan alasan… kisah perkahwinan
Ajmal dan Fatihah, Adrina simpan dari pengetahuan keluarga… dalam keadaan
Adrina begitu, Zulfaris melihat peluangnya untuk memenangi hati Adrina… menutup
luka hati Adrina dek perbuatan Ajmal…
Sepandai-pandai Ajmal
berlakon di depan ibunya, rahsia perkahwinannya dengan Fatihah terungkai di
hadapan ibunya di hari kelahiran Faishal… Zalikha betul-betul terkejut dengan
perbuatan Ajmal… dia simpati dengan Adrina… selepas melahirkan Faishal, Fatihah
mula bekerja semula… dan dia memulakan tugas baru di pejabat Zulfaris… dia
melihat gambar Adrina di atas meja Zulfaris… Zulfaris memberitahu Fatihah.. itu
bakal isterinya… Fatihah tahu Ajmal masih sayangkan Adrina.. dan Ajmal perlu
tahu yang Adrina bakal menjadi milik Zulfaris…
Adrina mendapat
panggilan yang Hajah Aisyah pengsan setelah jatuh dari pokok… kelam kabut dia
bersiap nak balik kampung dan kebetulan Ajmal ada di rumah.. Adam menyuruh Ajmal
menghantar Adrina ke kampung sebab hari dah lewat petang.. masa kat kampung..
Ajmal dan Adrina difitnah berkhalwat menyebabkan Haji Hamzah, datuk Adrina
mengamuk mengacukan parang ke leher Ajmal… mereka dipaksa bernikah… Ajmal
segera bersetuju… Adrina sangat marah kerana dia tahu Ajmal sudah bernikah
dengan Fatihah dan bernikah dengan Ajmal bermakna dia bermadu… ia juga bermakna
dia harus melupakan Zulfaris… dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Adrina
meminta dilepaskan.. dia mahu bersama Zulfaris…
Secara halus, Fatihah
mahu suaminya tahu hubungan antara Adrina dan Zulfaris tanpa mengetahui tentang
pernikahan Adrina dan Ajmal ketika di kampung… Fatihah menjemput Zulfaris
berbuka puasa di rumahnya dan Zulfaris mengajak Adrina untuk turut serta… Adrina
yang tidak tahu Fatihah adalah pekerja Zulfaris segera bersetuju.. Ajmal
menahan rasa cemburu melihat layanan Zulfaris terhadap Adrina.. Adrina resah
sendiri melihat Ajmal.. Fatihah sangat berharap Ajmal dapat melupakan Adrina
dengan adanya Zulfaris… kerana cemburu, malam itu juga Ajmal ke rumah Adrina…
Fatihah resah kerana Ajmal tidak balik-balik hingga ke waktu sahur cuba
menelefon Ajmal.. panggilannya dijawab Adrina.. Fatihah terkejut… Ajmal
berterus terang mengenai hubungannya dengan Adrina… tahulah Fatihah dia kini
bermadu.. dan yang pasti dia tidak mampu meraih cinta Ajmal… Zulfaris juga kini
tahu yang Adrina itu isteri Ajmal…
Fatihah menggunakan
Faishal dan Zalikha untuk mendekati keluarga Adrina demi menyakiti hati Adrina…
Adrina yang sakit hati dengan permainan Fatihah akhirnya mengalah untuk
melepaskan Ajmal kepada Fatihah dengan syarat Fatihah tidak lagi muncul dalam
hidupnya.. dia rela kehilangan Ajmal… Fatihah menolak.. baginya permainan harus
diteruskan… menjelang hari raya, Ajmal bersetuju untuk beraya di kampung Adrina
untuk mengelak disyaki keluarga Adrina.. Fatihah merayu agar Adrina memujuk
Ajmal untuk pulang beraya bersamanya dan Faishal… tetapi Adrina berkeras
menolak dengan alasan yang sama.. dia tidak mahu menamatkan permainan Fatihah…
Di pagi raya, Adrina
perasan Ajmal bermurung dan dia tahu kenapa suaminya begitu.. dia mengajak
Ajmal balik Kuala Lumpur dengan alasan dia ada kerja tertangguh yang perlu
disiapkan.. dalam perjalanan, sekali lagi dia minta Ajmal melepaskannya dengan
alasan dia tidak gembira menjadi isteri Ajmal dan dia juga tidak mahu menjadi
penghalang hubungan Ajmal dengan Fatihah dan Faishal… akhirnya Ajmal bersetuju
untuk membatalkan pernikahan mereka selepas bulan raya…
“Rina memang tak cintakan abang?”
Adrina bungkam pada kata-kata itu. Sejenak kemudian dia menggeleng dengan gigitan bibirnya. Dia terus menangis tanpa suara.
“Rina cintakan Zul?” Adrina mengangguk.
Dua minggu kemudian,
Fatihah meninggal dunia.. rupanya selama ini dia merahsiakan penyakitnya… dia
meninggalkan surat dan diarinya untuk Adrina… dia menceritakan bagaimana dia
boleh berkahwin dengan Ajmal dan siapa yang bertanggungjawab sebenarnya atas
kejadian itu… dia mahu Adrina menjaga Faishal dan terus mencintai Ajmal kerana
cinta Ajmal pada Adrina tidak pernah mati sedang dia hanyala sisa kasih masa
lalu Ajmal…
Aku sangat suka watak
Adrina dalam cerita ni… she has a strong character… seorang yang nampak lembut
secara luaran, ego dan pemberontak bila hatinya disakiti, tetapi sebenarnya
mempunyai hati yang rapuh… dia sanggup menelan segala kepahitan dan kekecewaan
demi untuk tidak melihat kekecewaan orang yang dia sayang… Ajmal pulak aku rasa
lelaki yang mementingkan diri sendiri walaupun dia sangat mencintai Adrina..
dia terlalu cepat membuat keputusan tanpa memikirkan risiko… all in all… aku
suka jalan ceritanya… walaupun Fatihah sebenarnya berhati baik dan lembut.. aku
tetap tak suka dia… hahaha… sebab dia satu-satunya penyebab Adrina
menderita…