Tuesday, April 22, 2014

Setia Menanti - Fauziah Ashari

Sinopsis Belakang Buku:

Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.


----------------------------------------------------

Aku memang suka baca buku Fauziah Ashari... So far, aku belum pernah bosan dengan books by her.. may be one.. matahari cerah lagi.. tak berapa catch my attention la… but others memang aku sangat suka.. one of my fav novelis la kiranya.. and Setia Menanti is one of my favorite…

Cerita bermula dengan perkahwinan Adam, ayah kepada Adrina (which aku selalu baca Adriana.. errkk..) dengan Zalikha, ibu kepada Ajmal.. happened that Adrina ngan Ajmal ni used to be in the same high school.. in the same persatuan and was quite close to each other.. mereka jadi renggang dengan satu peristiwa… peristiwa luahan perasaan Adrina pada Ajmal.. sejak itu.. Adrina tekad melupakan Ajmal… setelah sekian lama… mereka bertemu di bawah satu bumbung di hari perkahwinan ibu dan ayah mereka… sejak tu Ajmal sentiasa teringatkan Adrina.. setiap minggu berulang alik dari Penang to K.L just to see Adrina… tindakan drastik yang diambil… dia tukar kerja ke Kuala Lumpur…

Adrina pulak sedaya upaya melarikan diri dari Ajmal.. akhirnya akur dengan kenyataan they are now step brother and sister… One day, Adam menyatakan hasrat Hashim anak Imam Daud untuk meminang Adrina.. Ajmal jadi tak senang hati.. malam tu jugak la dia melafazkan kata cintanya pada Adrina.. dengan harapan Adrina akan menerimanya.. dan Adrina dalam teringat penolakan Ajmal dulu.. masih menerima Ajmal.. masalahnya.. macam mana nak bagitahu Adam?

Tanpa pengetahuan Ajmal dan Adrina, Adam dan Zalikha menerima usul pinangan Imam Daud untuk Hashim dan majlis pertunangan akan berlangsung dalam masa sebulan… Ajmal terkejut… Adrina serta merta menolak dan mereka berterus terang dengan Adam dan Zalikha tentang hubungan mereka.. Adam yang panas baran terus melenting dan menghalau Ajmal… demi kebahagiaan ibunya, Ajmal mengalah dan melepaskan Adrina.. untuk kali kedua Adrina kecewa dan pasrah dengan keputusan Ajmal.. tapi dengan pertolongan Hajah Aisyah, ibu kandung Adrina, akhirnya Adam akur dengan kehendak anak-anak.. mereka akan ditunangkan dalam masa 2 bulan.. Dalam pada itu, Fatihah, bekas kekasih Ajmal mula bekerja sepejabat dengan Ajmal.. dan Ajmal menyangka Fatihah kini isteri orang.. Dalam mencintai Adrina, kasih Ajmal pada Fatihah masih bersisa.. Adrina pula didekati Zulfaris, kawan bos Adrina yang telah lama menyimpan rasa dalam diam terhadap Adrina..

Dalam masa menanti majlis pertunangan dan pernikahan yang dirancang dijalankan serentak.. Fatihah ditimpa masalah.. Antara rasa kasih yang bersisa dan rasa simpati yang menggunung.. Ajmal nekad menikahi Fatihah demi menyelamatkan seorang kawan… berbaloi ke pengorbanan Ajmal dengan mengecewakan Adrina untuk kali ketiga?
Kita batalkan perkahwinan kita. Abang dah buat keputusan nak kahwin dengan Ati. Keputusan kita dulu satu kesilapan. Terburu-buru sebab masa tu abang baru berjumpa semula dengan Ati. Dia bekas kekasih abang dan abang masih sayangkan dia. Selama ni abang tak sedar perasaan sebenar abang sebab abang sangka dia isteri orang tapi sebenarnya dia belum berkahwin lagi. Abang sayangkan Rina tapi abang tak nak tipu perasaan abang dan perasaan Rina sendiri. Abang tak mahu ayah kecewa. Lepas kahwin, mungkin abang tak duduk di KL ni lagi 
Biarlah Adrina membencinya. Dengan itu, pasti mudah gadis itu melupakan terus dirinya. Fatihah perlu bimbingannya, anak yang bakal lahir itu pula perlu didikannya. Perasaan isterinya perlu dijaga. Kepercayaan keluarga mentuanya juga perlu dipelihara.
Adrina sangat kecewa.. lebih mengecewakan bila memikirkan urusan pembatalan majlis perkawinan mereka akan melibatkan banyak pihak.. untuk itu.. Adrina minta Ajmal bersetuju agar mereka bertunang dahulu sementara mencari jalan dan alasan… kisah perkahwinan Ajmal dan Fatihah, Adrina simpan dari pengetahuan keluarga… dalam keadaan Adrina begitu, Zulfaris melihat peluangnya untuk memenangi hati Adrina… menutup luka hati Adrina dek perbuatan Ajmal…

Sepandai-pandai Ajmal berlakon di depan ibunya, rahsia perkahwinannya dengan Fatihah terungkai di hadapan ibunya di hari kelahiran Faishal… Zalikha betul-betul terkejut dengan perbuatan Ajmal… dia simpati dengan Adrina… selepas melahirkan Faishal, Fatihah mula bekerja semula… dan dia memulakan tugas baru di pejabat Zulfaris… dia melihat gambar Adrina di atas meja Zulfaris… Zulfaris memberitahu Fatihah.. itu bakal isterinya… Fatihah tahu Ajmal masih sayangkan Adrina.. dan Ajmal perlu tahu yang Adrina bakal menjadi milik Zulfaris…

Adrina mendapat panggilan yang Hajah Aisyah pengsan setelah jatuh dari pokok… kelam kabut dia bersiap nak balik kampung dan kebetulan Ajmal ada di rumah.. Adam menyuruh Ajmal menghantar Adrina ke kampung sebab hari dah lewat petang.. masa kat kampung.. Ajmal dan Adrina difitnah berkhalwat menyebabkan Haji Hamzah, datuk Adrina mengamuk mengacukan parang ke leher Ajmal… mereka dipaksa bernikah… Ajmal segera bersetuju… Adrina sangat marah kerana dia tahu Ajmal sudah bernikah dengan Fatihah dan bernikah dengan Ajmal bermakna dia bermadu… ia juga bermakna dia harus melupakan Zulfaris… dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Adrina meminta dilepaskan.. dia mahu bersama Zulfaris…

Secara halus, Fatihah mahu suaminya tahu hubungan antara Adrina dan Zulfaris tanpa mengetahui tentang pernikahan Adrina dan Ajmal ketika di kampung… Fatihah menjemput Zulfaris berbuka puasa di rumahnya dan Zulfaris mengajak Adrina untuk turut serta… Adrina yang tidak tahu Fatihah adalah pekerja Zulfaris segera bersetuju.. Ajmal menahan rasa cemburu melihat layanan Zulfaris terhadap Adrina.. Adrina resah sendiri melihat Ajmal.. Fatihah sangat berharap Ajmal dapat melupakan Adrina dengan adanya Zulfaris… kerana cemburu, malam itu juga Ajmal ke rumah Adrina… Fatihah resah kerana Ajmal tidak balik-balik hingga ke waktu sahur cuba menelefon Ajmal.. panggilannya dijawab Adrina.. Fatihah terkejut… Ajmal berterus terang mengenai hubungannya dengan Adrina… tahulah Fatihah dia kini bermadu.. dan yang pasti dia tidak mampu meraih cinta Ajmal… Zulfaris juga kini tahu yang Adrina itu isteri Ajmal…

Fatihah menggunakan Faishal dan Zalikha untuk mendekati keluarga Adrina demi menyakiti hati Adrina… Adrina yang sakit hati dengan permainan Fatihah akhirnya mengalah untuk melepaskan Ajmal kepada Fatihah dengan syarat Fatihah tidak lagi muncul dalam hidupnya.. dia rela kehilangan Ajmal… Fatihah menolak.. baginya permainan harus diteruskan… menjelang hari raya, Ajmal bersetuju untuk beraya di kampung Adrina untuk mengelak disyaki keluarga Adrina.. Fatihah merayu agar Adrina memujuk Ajmal untuk pulang beraya bersamanya dan Faishal… tetapi Adrina berkeras menolak dengan alasan yang sama.. dia tidak mahu menamatkan permainan Fatihah… 

Di pagi raya, Adrina perasan Ajmal bermurung dan dia tahu kenapa suaminya begitu.. dia mengajak Ajmal balik Kuala Lumpur dengan alasan dia ada kerja tertangguh yang perlu disiapkan.. dalam perjalanan, sekali lagi dia minta Ajmal melepaskannya dengan alasan dia tidak gembira menjadi isteri Ajmal dan dia juga tidak mahu menjadi penghalang hubungan Ajmal dengan Fatihah dan Faishal… akhirnya Ajmal bersetuju untuk membatalkan pernikahan mereka selepas bulan raya…
Rina memang tak cintakan abang?”  
Adrina bungkam pada kata-kata itu. Sejenak kemudian dia menggeleng dengan gigitan bibirnya. Dia terus menangis tanpa suara.  
Rina cintakan Zul?” Adrina mengangguk.
Dua minggu kemudian, Fatihah meninggal dunia.. rupanya selama ini dia merahsiakan penyakitnya… dia meninggalkan surat dan diarinya untuk Adrina… dia menceritakan bagaimana dia boleh berkahwin dengan Ajmal dan siapa yang bertanggungjawab sebenarnya atas kejadian itu… dia mahu Adrina menjaga Faishal dan terus mencintai Ajmal kerana cinta Ajmal pada Adrina tidak pernah mati sedang dia hanyala sisa kasih masa lalu Ajmal…

Aku sangat suka watak Adrina dalam cerita ni… she has a strong character… seorang yang nampak lembut secara luaran, ego dan pemberontak bila hatinya disakiti, tetapi sebenarnya mempunyai hati yang rapuh… dia sanggup menelan segala kepahitan dan kekecewaan demi untuk tidak melihat kekecewaan orang yang dia sayang… Ajmal pulak aku rasa lelaki yang mementingkan diri sendiri walaupun dia sangat mencintai Adrina.. dia terlalu cepat membuat keputusan tanpa memikirkan risiko… all in all… aku suka jalan ceritanya… walaupun Fatihah sebenarnya berhati baik dan lembut.. aku tetap tak suka dia… hahaha… sebab dia satu-satunya penyebab Adrina menderita… 




No comments:

Post a Comment