Sunday, August 17, 2014

Kasih Benar Kasih - Aleya Aneesa

Sinopsis Belakang Buku:

MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.


----------------------------------------------------

Ada 2-3 kot buku Aleya Aneesa ni yang aku baca… tapi tak membuatkan aku nak mengumpul semua buku dia.. hmm.. cuba ingat balik kenapa aku beli buku ini yer… yup… ala-ala kawin separa paksa… tapi better la sebab dia orang ni berkenal-kenalan dulu before kawin walaupun pilihan keluarga… wokeh… go into the story mori yer…

Cerita pasal teruna-dara yang sama-sama cinta tak kesampaian… cinta putus ditengah jalan.. ditemukan oleh dua keluarga yang telah lama bersahabat… Dr. Dinzley - Annura… keluarga kedua-duanya mahu mereka bersatu.. pertemuan yang telah cuba diatur oleh Safura, ibu Annura dan Nurlaila, mama Dinzley… respon spontan Dinzley bila diajukan soal kahwin telah memerangkap dirinya untuk mengenali Annura.. Dinzley sering menunjukkan sikap jengkel terhadap Annura..

Annura meminta masa setahun sebelum dia bersetuju berkahwin dengan Dinzley.. bertunang selepas 6 bulan dan berkahwin selepas setahun.. dia perlu membaja hati dengan nama Dinzley dan membuang nama Haffez terus dari hatinya… Annura dan Dinzley bertunang dan setuju untuk berkahwin semata-mata menurut kehendak orang tua kerana hati masing-masing pernah dilukai.. Annura telah ditinggalkan Haffez dan Dinzley telah ditinggalkan Syirin.. selepas 2 bulan bertunang.. Syirin muncul semula di hadapan Dinzley menuntut cinta mereka yang terputus disambung semula.. Dinzley enggan.. tetapi berita yang didengar dari Syirin menyebabkan dia mengukir janji pada Syirin sekaligus menghancurkan hati Annura..

Tanpa pengetahuan Dinzley, Annura ternampak Dinzley dan Syirin makan bersama… betapa pedih hatinya.. walaupun belum pasti hatinya mencintai Dinzley.. hatinya tetap terguris… di kala itu juga Razlan menyatakan hasrat hatinya.. Razlan menantu bosnya yang selalu mencari salahnya dan suka mengatanya… Terkejut dengan kata-kata Razlan menyebabkan kepalanya berpusing.. ketika hendak ke keretanya untuk pulang dia menolak pintu basement sekuat hati sehingga menyebabkan Zahil terduduk di belakang pintu.. Zahil adik kepada Syirin punya agenda tersendiri bila terserempak dengan Annura walau dengan keadaan yang begitu..

Kerana janjinya pada Syirin, Dinzley mahu menangguhkan perkahwinan sehingga waktu yang dia sendiri tidak tahu.. lalu Annura mengambil keputusan membatalkan perkahwinan tersebut.. Dalam kekalutan Annura memujuk hati dan Dinzley menyesali diri.. rahsia Syirin terbongkar.. lalu terlerai janji yang termeteri antara Dinzley dan Syirin… Dinzley meneruskan janjinya pada Annura.. menikahi Annura..

Rupanya pernikahan Annura dan Dinzley hanya pada nama… Annura umpama patung bernyawa di hadapan Dinzley.. Dinzley terpaksa bersabar kerana itulah harga tindakannya.. walaupun sudah setahun usia perkahwinan mereka.. Annura tetap begitu.. sekali lagi kemunculan Syirin di antara mereka berdua mengubah rentak hidup Annura dan Dinzley…

Hmmm…. Dari bulan satu aku buat review ni tak abis2… adoyai… susah rupanya nak cerita kalau cerita tu tak betul dalam hati.. ewah… pada aku cerita ni flat aje… easy to follow… tak ada banyak suspense or scene yg boleh buat aku senyum2 ke… hoho… sangat teruk la… ke imaginasi aku untuk cerita ni agak low? Hmmm… so… gitu lah ceritanya…


                                                            

No comments:

Post a Comment