Sinopsis Belakang Buku:
impianku
hanya satu, jurutera hatiku
Melissa seorang gadis yang periang dan unik. Saat setiap gadis mengimpikan
1001 keistimewaan pada lelaki idaman, dia hanya inginkan seorang jurutera. Ya,
seorang jurutera. Itu sahaja kelayakan yang perlu ada untuk memiliki hatinya.
Bahagiakah Melissa setelah bertemu dengan impiannya?
Jurutera A
|
Jurutera B
|
i) Kacak bergaya;
ii) Keretanya pula warna jingga;
iii) Perangainya elok-elok sahaja;
iv) Ada Puan Besar yang
‘mengawal-selia’ hidupnya.
|
i) Yang ini pun kacak juga;
ii) Keretanya warna perak,
berkilat sepanjang masa;
iii) Perangainya? Susah nak
ceritakan, bagaimana!
iv) Di sini pula ada Menteri Jodoh
yang menguruskan segala-galanya.
|
Namun Melissa lupa tentang sesuatu. Dia terlupa bahawa jurutera juga
seorang manusia biasa. Dan mereka bukannya sebuah ‘jentera’. Lalu, tentunya
mereka boleh bikin Melissa sakit dada dan sakit kepala!.
----------------------------------------------------
Aku terus grab buku ni bila nampak nama Normaslina Masri sebab aku
suka baca buku pertama dia… Mencari-Suami@JS.com… dan aku masih suka cerita ni as
satu cerita ringan yang sempoi dan ada scene2 chumils… hahaha…
Cerita mengenai Mel a.k.a Melissa.. sebagai P.A Tuan Haji Bakri…
pada masa yang sama kadang2 dia tolong Mimi menjadi P.A Irfan.. partner Tuan
Haji Bakri.. Mel ni memang tak gemar la dengan si Irfan ni… selalu la dia
mengutuk Irfan depan Mimi walaupun Mimi selalu backing bos dia… rupanya ada
kisah antara Melissa dan Irfan Suhaili satu ketika dulu.. patutla Mel alergi
gila ngan si Irfan ni… tapi si Irfan ni suka sangat mengusik Mel.. lagi Mel
marah lagi dia suka usik..
Mel masih single dan duduk sendiri.. Mimi pernah tanya Mel… apa
ciri2 lelaki idaman Mel… Jurutera… itu jer syaratnya.. Mimi jadi pelik… Mel cuma
nak kawin dengan seorang jurutera?... Mel berkenalan dengan Taufik, seorang
jurutera masa Taufik jumpa Irfan di pejabat Irfan.. masa tu hati berbunga jer tengok
Taufik… kali kedua berjumpa masa Mel terseliuh kaki masa di gim.. Taufik hantar
Mel ke klinik dan hantar Mel ke rumah.. sejak tu hati Mel makin berbunga.. bila
terserempak dengan Taufik di pusat kecantikan.. Mel terkejut.. Taufik buat
manicure pedicure and facial? Taufik ni betul lelaki tulen ke?
Masa Mel attend BBQ dinner kat rumah Irfan… mak Irfan sangat
berkenan dengan Mel.. berusaha sungguh2 orang tua tu carik saper la gadis yang
dah menambat hatinya untuk Irfan… sampai ke pejabat Irfan Makcik Halimah ni
skodeng Mel… punya la berkenan kan si Mel ni.. Dah kenal tu.. macam-macam cara
dan helah si Makcik Halimah ni buat nak kenenkan Mel ngan anak dia… bagi
sarapan la ajak bersarapan di rumah la.. ajak gi shoppingla.. pantang ada
peluang… mesti dia dengan bibik atur strategi… Mel pulak terpaksa bersopan
santun bila depan Makcik Halimah ni.. tapi dia tak malu nak mengaku tak pandai
masak…
Cerita Liana tunang Taufik memang buat Mel terkejut… lama dia
menyepikan diri dari Taufik.. siap tukar no tepon lagi… sampai Taufik berpindah
ke Melaka pun Mel dan Irfan tak tahu… dalam tempoh tu jugak Irfan cuba memahami
hatinya… memang dia suka Mel ke? Atau pun dia cuma cuba memenuhi hasrat mak dia
aje… hanya kerana mimpi buruk tentang Taufik.. Melissa nekad menghubungi Taufik
semula dan menjernihkan salah faham antara dia dan Taufik… rupanya dah lama dia
putus tunang dengan Liana…
Peristiwa rumah Mel dimasuki perompak macam satu rahmat buat Makcik
Halimah…. 2-3 hari Mel tinggal di rumah keluarga Irfan sementara kunci rumah
dibetulkan dan alat penggera dipasang… mendengarkan cerita tu… Taufik rasa tak
senang duduk… dia harus bertindak segera… dipinjamnya bibik mamanya untuk teman
Mel… dalam pada tu dia juga melamar Mel… hati Mel yang kembang setaman
menyuncup layu bila terbaca kisah keluarga Taufik yang sebenar… baru dia tahu
yang selama hari ini.. dia belum mengenali siapa Taufik… kenyataan itu
menyedihkan hati Mel… bila Puan Sri dating berjumpa dengannya.. tahulah Mel…
cinta bukan sekadar perasaan.. cinta perlu jatuh pada tempatnya…
“Sedap tak gulai ni?” tanya Irfan.
“Bolehlah. Cuma ayamnya hancur sikit.” Tuan Haji Hirman tersenyum sambil memandang Melissa.
“Jadi.. lulus tak ni?” Irfan masih tak mahu mengalah nampaknya.
“Lulus.” Jawab Haji Hirman sepatah.
“Macam ni pun boleh lulus?” Irfan siap belek paha ayam dalam pinggannya sambil tersenyum penuh.
“Kamu tu kata aje tak sedap, tapi ayah tengok dah tiga kali tambah nasi.”
Irfan tersedak. Cepat sahaja tangannya menyambut air kosong yang dihulur oleh bibik.
Irfan yang mencuri dengar perbualan Mel dengan emaknya cuba terima
hakikat hati Mel memang dah tak ada pada dia… walaupun dia pernah menjadi
lelaki pujaan hati Mel di masa remaja… tetapi Irfan tak tahu yang Mel
kemudiannya sedang cuba melupakan Taufik.. kenyataan di dalam majalah yang
menyatakan Taufik sudah bertunang dengan seorang doktor membulatkan hati
Melissa untuk membuang nama Taufik.. Mel berjumpa dengan Puan Sri untuk
menyatakan keputusannya… keputusan Mel membuatkan Taufik panas hati… dia
menuduh Mel hanya mementingkan harta dengan menerima pemberian mamanya… Melissa
sangat kecewa dengan tindakan Taufik…
Sekali lagi Mel terseliuh di gim dengan dahi berdarah… tapi kali
ini Irfan yang membawanya ke hospital dan di situ juga dia mengenali tunang
Taufik… Taufik pulak dah macam gila talak dok mengejar Mel… untuk menghentikan
semuanya… Mel melamar Irfan yang juga seorang jurutera… sudikah Irfan menerima
Mel setelah tahu hanya Taufik yang ada di hati Mel?
“Awak tak pergi kerja ke?” soal Melissa.
“Sekejap lagi.” Jawab Irfan. Ingin sahaja Irfan kata, bagaimana saya harus pergi kerja dengan senang hati kalau awak sakit dan tidak sihat begini?
Cerita ni fun… especially bila Irfan dengan Mel bertekak… Makcik
Halimah pun boleh tahan la buat lawak spontan… ni macam love-hate relationship
la… aku suka jer watak Mel ngan Irfan ni.. comel jer ala-ala Love You Mr. Arrogant
tu la… tapi ni dorang gaduh2 masa belum kawin… aku rasa… aku ni memang sangat suka la baca gaya bahasa Normaslina
ni… gaya bahasa yang selamba.. nampak real.. tak der la rupa fairy tale
sesangat… macam Irfan tu kira orang kaya yang sederhana jer gayanya… gaya Mel
yang selamba tapi kadang2 jaga gengsi pun comel jer… tapi dia tak pernah nak
jaga gengsi depan Irfan… jadi macam budak kecik lagi ada… aku memang tak berapa
la ngan Taufik tu… macam ala2 Mr. Perfect jaga kecantikan diri kan… siap pegi
spa bagai… adoi…. Bukan pilihan la… hahaha….