Showing posts with label normaslina masri. Show all posts
Showing posts with label normaslina masri. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Jurutera Hati Saya - Normaslina Masri

Sinopsis Belakang Buku:

impianku hanya satu, jurutera hatiku

Melissa seorang gadis yang periang dan unik. Saat setiap gadis mengimpikan 1001 keistimewaan pada lelaki idaman, dia hanya inginkan seorang jurutera. Ya, seorang jurutera. Itu sahaja kelayakan yang perlu ada untuk memiliki hatinya.
Bahagiakah Melissa setelah bertemu dengan impiannya?

Jurutera A
Jurutera B
i) Kacak bergaya;
ii) Keretanya pula warna jingga;
iii) Perangainya elok-elok sahaja;
iv) Ada Puan Besar yang ‘mengawal-selia’ hidupnya.
i) Yang ini pun kacak juga;
ii) Keretanya warna perak, berkilat sepanjang masa;
iii) Perangainya? Susah nak ceritakan, bagaimana!
iv) Di sini pula ada Menteri Jodoh yang menguruskan segala-galanya.

Namun Melissa lupa tentang sesuatu. Dia terlupa bahawa jurutera juga seorang manusia biasa. Dan mereka bukannya sebuah ‘jentera’. Lalu, tentunya mereka boleh bikin Melissa sakit dada dan sakit kepala!.



----------------------------------------------------

Aku terus grab buku ni bila nampak nama Normaslina Masri sebab aku suka baca buku pertama dia… Mencari-Suami@JS.com… dan aku masih suka cerita ni as satu cerita ringan yang sempoi dan ada scene2 chumils… hahaha…

Cerita mengenai Mel a.k.a Melissa.. sebagai P.A Tuan Haji Bakri… pada masa yang sama kadang2 dia tolong Mimi menjadi P.A Irfan.. partner Tuan Haji Bakri.. Mel ni memang tak gemar la dengan si Irfan ni… selalu la dia mengutuk Irfan depan Mimi walaupun Mimi selalu backing bos dia… rupanya ada kisah antara Melissa dan Irfan Suhaili satu ketika dulu.. patutla Mel alergi gila ngan si Irfan ni… tapi si Irfan ni suka sangat mengusik Mel.. lagi Mel marah lagi dia suka usik..

Mel masih single dan duduk sendiri.. Mimi pernah tanya Mel… apa ciri2 lelaki idaman Mel… Jurutera… itu jer syaratnya.. Mimi jadi pelik… Mel cuma nak kawin dengan seorang jurutera?... Mel berkenalan dengan Taufik, seorang jurutera masa Taufik jumpa Irfan di pejabat Irfan.. masa tu hati berbunga jer tengok Taufik… kali kedua berjumpa masa Mel terseliuh kaki masa di gim.. Taufik hantar Mel ke klinik dan hantar Mel ke rumah.. sejak tu hati Mel makin berbunga.. bila terserempak dengan Taufik di pusat kecantikan.. Mel terkejut.. Taufik buat manicure pedicure and facial? Taufik ni betul lelaki tulen ke?

Masa Mel attend BBQ dinner kat rumah Irfan… mak Irfan sangat berkenan dengan Mel.. berusaha sungguh2 orang tua tu carik saper la gadis yang dah menambat hatinya untuk Irfan… sampai ke pejabat Irfan Makcik Halimah ni skodeng Mel… punya la berkenan kan si Mel ni.. Dah kenal tu.. macam-macam cara dan helah si Makcik Halimah ni buat nak kenenkan Mel ngan anak dia… bagi sarapan la ajak bersarapan di rumah la.. ajak gi shoppingla.. pantang ada peluang… mesti dia dengan bibik atur strategi… Mel pulak terpaksa bersopan santun bila depan Makcik Halimah ni.. tapi dia tak malu nak mengaku tak pandai masak…

Cerita Liana tunang Taufik memang buat Mel terkejut… lama dia menyepikan diri dari Taufik.. siap tukar no tepon lagi… sampai Taufik berpindah ke Melaka pun Mel dan Irfan tak tahu… dalam tempoh tu jugak Irfan cuba memahami hatinya… memang dia suka Mel ke? Atau pun dia cuma cuba memenuhi hasrat mak dia aje… hanya kerana mimpi buruk tentang Taufik.. Melissa nekad menghubungi Taufik semula dan menjernihkan salah faham antara dia dan Taufik… rupanya dah lama dia putus tunang dengan Liana…

Peristiwa rumah Mel dimasuki perompak macam satu rahmat buat Makcik Halimah…. 2-3 hari Mel tinggal di rumah keluarga Irfan sementara kunci rumah dibetulkan dan alat penggera dipasang… mendengarkan cerita tu… Taufik rasa tak senang duduk… dia harus bertindak segera… dipinjamnya bibik mamanya untuk teman Mel… dalam pada tu dia juga melamar Mel… hati Mel yang kembang setaman menyuncup layu bila terbaca kisah keluarga Taufik yang sebenar… baru dia tahu yang selama hari ini.. dia belum mengenali siapa Taufik… kenyataan itu menyedihkan hati Mel… bila Puan Sri dating berjumpa dengannya.. tahulah Mel… cinta bukan sekadar perasaan.. cinta perlu jatuh pada tempatnya…
Sedap tak gulai ni?” tanya Irfan.
Bolehlah. Cuma ayamnya hancur sikit.” Tuan Haji Hirman tersenyum sambil memandang Melissa.
Jadi.. lulus tak ni?” Irfan masih tak mahu mengalah nampaknya.
Lulus.” Jawab Haji Hirman sepatah.
Macam ni pun boleh lulus?” Irfan siap belek paha ayam dalam pinggannya sambil tersenyum penuh.
Kamu tu kata aje tak sedap, tapi ayah tengok dah tiga kali tambah nasi.”
Irfan tersedak. Cepat sahaja tangannya menyambut air kosong yang dihulur oleh bibik.
Irfan yang mencuri dengar perbualan Mel dengan emaknya cuba terima hakikat hati Mel memang dah tak ada pada dia… walaupun dia pernah menjadi lelaki pujaan hati Mel di masa remaja… tetapi Irfan tak tahu yang Mel kemudiannya sedang cuba melupakan Taufik.. kenyataan di dalam majalah yang menyatakan Taufik sudah bertunang dengan seorang doktor membulatkan hati Melissa untuk membuang nama Taufik.. Mel berjumpa dengan Puan Sri untuk menyatakan keputusannya… keputusan Mel membuatkan Taufik panas hati… dia menuduh Mel hanya mementingkan harta dengan menerima pemberian mamanya… Melissa sangat kecewa dengan tindakan Taufik…

Sekali lagi Mel terseliuh di gim dengan dahi berdarah… tapi kali ini Irfan yang membawanya ke hospital dan di situ juga dia mengenali tunang Taufik… Taufik pulak dah macam gila talak dok mengejar Mel… untuk menghentikan semuanya… Mel melamar Irfan yang juga seorang jurutera… sudikah Irfan menerima Mel setelah tahu hanya Taufik yang ada di hati Mel?
Awak tak pergi kerja ke?” soal Melissa.
Sekejap lagi.” Jawab Irfan. Ingin sahaja Irfan kata, bagaimana saya harus pergi kerja dengan senang hati kalau awak sakit dan tidak sihat begini?
Cerita ni fun… especially bila Irfan dengan Mel bertekak… Makcik Halimah pun boleh tahan la buat lawak spontan… ni macam love-hate relationship la… aku suka jer watak Mel ngan Irfan ni.. comel jer ala-ala Love You Mr. Arrogant tu la… tapi ni dorang gaduh2 masa belum kawin… aku rasa… aku  ni memang sangat suka la baca gaya bahasa Normaslina ni… gaya bahasa yang selamba.. nampak real.. tak der la rupa fairy tale sesangat… macam Irfan tu kira orang kaya yang sederhana jer gayanya… gaya Mel yang selamba tapi kadang2 jaga gengsi pun comel jer… tapi dia tak pernah nak jaga gengsi depan Irfan… jadi macam budak kecik lagi ada… aku memang tak berapa la ngan Taufik tu… macam ala2 Mr. Perfect jaga kecantikan diri kan… siap pegi spa bagai… adoi…. Bukan pilihan la… hahaha….

diri  Mimi walaupun Mimi selalu backing bos dia...ji Bakri.. Mel ni memang tak gemar la dengan si


                                                             

Thursday, March 21, 2013

Mencari-Suami@JS.com - Normaslina Masri

Sinopsis Belakang Buku:

Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.

Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.

Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA. Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar:  fasal L-E-L-A-K-I  

Sebabnya? Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!

Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:


------------------

Baca buku ni macam baca diari Sofea Saloma... unik namanya... aku jumpa sinopsis buku ni kat Jemari Seni... macam best jer... so aku pon belila kan... menghabiskan baca dalam 2 hari sebab masa tu kena gi team building.. hua.. hua.. sib baik team building tu tak membosankan...

Okay.. back to the book.. kisah hidup Sofea bila mana mak dia bagi tempoh 60 hari untuk Sofea carik calon suami.. kalau tak.. mak akan terima Yusuf, pilihan Mak Su yang agen mencari jodoh untuknya... Sofea mintak tolong Su.. kawan baik dia macam mana nak carik calon suami... Su cadangkan buat iklan kat paper.. dalam masa yang sama Sofea kena bertugas di Sabah selama 2 bulan dengan Hisham Ariffin.. jejaka idaman malaya di pejabatnya yang 'manis' aka hensem la.. so Sofea serahkan bulat-bulat pada Su untuk memilih calon suaminya..

Masa kat Sabah tu.. Sofea bertambah rapat dengan Sham.. dalam hatinya berharap sangat yang Sham kan meluahkan rasa hati.. Sham pulak.. dalam pada usik mengusik si Sofea tu tetap memendam rasa hati.. cuma diluahkan dengan perbuatan.. caring and all that... and dalam masa yang sama jugak si Su dah pilih calon suaminya.. Aliff Zikri, duda anak seorang iaitu Ain Zulaikha.. Aliff meletakkan syarat jika Sofea membatalkan kontrak perjanjian perkahwinan, Sofea harus membayar 70% daripada gajinya kepada Aliff... berserta 2 syarat.. jadi mama Ain dan redha sebagai isterinya dunia dan akhirat.. tanpa bertemu atau sesi suaikenal, Sofea pasrah menerima Aliff sebagai bakal suaminya... tapi kenapa dia tak nak terima Yusuf? Bukan ke Yusuf tu kawan dia dari kecik? Mesti dah kenal rapat... pengusaha ladang pisang yang berjaya... apa kurangnya Yusuf? walaupun Sofea terpaksa redha terima Aliff hatinya tetap mengharapkan Sham... lalu.. siapakah pilihan hatinya? Alif? Yusuf? Sham?

Sepulangnya dari Sabah, hidup Sofea semakin complicated... dia terikat dengan kontrak perkahwinan dengan Aliff, sebaik bertemu Aliff dan Ain, Sofea nekad untuk menarik diri.. biarlah dia kehilangan 70% gajinya... kenapa?... Mak Su pulak beriya-iya dok kenenkan Yusuf dengan Sofea... Sofea cuba sedaya upaya mengelak daripada Yusuf walaupun memang sangatlah obvious yang Yusuf tu dah terang-terang nakkan Sofea sebagai isterinya... Sham pulak.. dengan senang hati memperkenalkan Sofea kepada ibunya.. tetapi masih bermain tarik tali dalam soalan hati... akhirnya.. Aliff lebih bijak bertindak... dalam keterpaksaan, Sofea bernikah dengan Aliff... kenapa Aliff begitu nekad mahukan Sofea sebagai isterinya?.. dek kerana kecewa.. Yusuf bertunang dengan gadis kampung sebelah... Sham transfer ke cawangan lain dan meminang gadis yang baru dikenali di situ...

Sofea masih tidak menerima Aliff... sampai dah pregnant anak Aliff pon dia tak bagitau kat Aliff.. kematian Aliff menjadikan Sofea hidup dalam penyesalan tiada berkesudahan.. dalam pada itu juga Yusuf kembali menghulurkan cintanya... Sham meluahkan rasa hatinya seminggu sebelum perkahwinannya... lalu.. siapakah pilihan hati Sofea kali ini?

Mula-mula baca buku ni.. aku rasa agak bosan sikit walaupun bahasanya sangat santai... ada sesekali Normaslina guna bahasa Johor... yang boleh buat aku tersenyum sendiri... lama tak guna bahasa Johor sejak berhijrah ke kay ell.. bermula kisah Sofea and Sham kat Sabah tu.. aku jadik suka cerita ni.. mula-mula aku pasti yang Sofea akan pilih Sham.. and aku tak suka Aliff dan Yusuf.. watak Sham yang caring tetapi cuba jadik cool menjadikan Sham adalah typical malay man idaman malaya pada pandangan aku.. mau tapi malu.. rasa tapi tak terluah.. last-last gigit jari... keadaan Sofea-Sham yang sama-sama mau tapi malu boleh membuatkan kita berada di zaman remaja walaupun umur 33 tahun tu dah kira dewasa...  
"Yelah kak, sedap sangat." Puji aku lagi.

"Ikan segar ni memang manis. Dah lama akak tau. Tapi orang yang tengah makan ikan tu lagi manis, kan Sham?" Aku terkedu dengan gurauan Kak Shila, untuk menutup malu aku pura-pura sibuk mengopek kulit udang.

"Aaah kak, ikan tu memang manis, tapi orang kat depan kita ni terbukti lagi manis. Tanpa perisa tambahan pulak lagi." Sham tertawa besar diikuti Kak Shila. Ada sedikit rasa bahagia yang berbunga apabila aku dengar kata-kata Sham tadi.

Watak Yusuf tu biasa-biasa sajer tapi ada kekuatannya tersendiri sebagai kawan yang menyimpan perasaan sekian lama... Yusuf tetap menjaga Sofea dalam keadaan apa sekalipun.. as expected.. Sofea tidak dapat memberi hatinya kepada Yusuf... Yusuf nampak lebih matang dalam membeli hati Sofea... rasa sayang yang memang sedia ada sejak kecik tu membuatkan Sofea-Yusuf di dalam satu ikatan yang sukar ditafsirkan...
Benar seperti jangkaan aku, tepat jam sembilan setengah malam telefon bimbit aku berbunyi. Panggilan daripada Yusuf.

"Kenapa tak beri saya jaga awak malam ni?" tergesa-gesa dia bertanya, sampai salam pun dia dah lupa nak beri.

"Tak payah. Awak rehatlah."
 "Saya tak penat. Saya pun bukan buat apa-apa kerja kat sana. Duduk aje."
 "Saya faham, tapi..."

"Siapa yang nak tengok awak kalau jadi macam siang tadi?" Wah, malu aku apabila dia sudah ungkit kejadian aku nangis siang tadi. Aku ada duit le setakat nak bayar duit suntikan tu.
Kehadiran Aliff pada awalnya aku tak suka.. macam menyibuk jer... biarlah Sofea ngan Sham... but.. selepas perkahwinan mereka... dan dengan layanan Aliff yang sentiasa sabar dengan kerenah Sofea.. aku mula suka dengan watak Aliff.. nampak character Aliff yang penyayang tetapi tegas.. walau dengan anak.. ataupun isteri... ada scene-scene yang.. so sweet... yang boleh buat aku tersenyum sendiri macam orang gila masa baca buku ni... aku makin memahami Aliff bila membaca diarinya yang diserahkan Zul kepada Sofea... itulah isi hati dan kekuatan diri Aliff...
"Sofea." Aku menoleh. Malas untuk berbalah, aku mengambil pinggan dan menyuap perlahan-lahan.

"Sini I suap." Aku menepis tangannya daripada mengambil sudu.
"I boleh makan sendiri."
"Suap I sekali." Aliff merapatkan kerusinya. Aku terus menyuapkan nasi padanya tanpa henti. Aliff pula seolah-olah terlupa bahawa akulah yang sepatutnya makan dan bukan dia.

 "Kenapa dengar lagu ni berulang-ulang?" "Suka."
"Lagu sedih macam ni?" Aku mengangguk.
"Tutuplah."
"I suka dengar." [lagu Anang - Separauh Jiwaku Pergi]
"Sayang."

"Please." Aku mengambil semula telefon bimbit daripadanya. Aliff mengalah. Dia duduk sambil memeluk bahuku tanpa kata-kata. Sudahnya lagu itu kami ulang dengar sehingga bateri habis.
Bila tak ada.. sampai tercari-cari.. bila dah ada depan mata.. susahnya membuat pilihan... itulah yang dirasai Sofea.. walaupun yang diterima bukan pilihan sebenar hati... tetapi Sofea harus terima.. menerima perkahwinan dengan redha akan memberikan kedamaian.. dendam yang tidak terlerai mencipta penyesalan tidak berkesudahan... aku suka buku ni!! :).. looking forward for her second book... bila la agaknya...