Showing posts with label melur jelita. Show all posts
Showing posts with label melur jelita. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

My Precious Iris - Melur Jelita

Sinopsis Belakang Buku:

KISAH KEHIDUPAN YANG PENUH WARNA. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN


“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS



----------------------------------------------------


Mula baca buku ni aku rasa bosan… Bosan sesangat… Aku baca tanpa perasaan… Dah tiga suku aku go through dengan skip memanjang… aku tanya adik aku.. apasal orang review kata buku ni best? Aku ni baca tanpa rasa jer… adik aku tanya.. ‘dah baca I Love YouStupid! Lom?’… Ooooo.. kena baca ILUS dulu ek… baru ada feel baca MPI… wokeh.. wokeh… noted… aku pon meredah MPH and Popular mencari… bertemu jodoh di MPH Mid Valley… Abis jer baca ILUS aku baca balik bab akhir MPI ni… errkkk… baru ada perasaan… hahahaha…

MPI ni sequel ILUS.. cerita pasal Iris Nur Zakaria yang dah balik Malaya… dah jumpa balik ngan abang pedas and dah dilamar pon dek abang pedas… so.. the book started with alkisah Iris bawa Firman jumpa family dia untuk Firman ask for her hand from her dad… now aku boleh gelak baca syarat yang Tuan Zakaria bagi kat Firman… ada 16 peraturan yang boleh buat aku gelak guling2 dengan keselambaan papa Iris… hahaha… can’t imagine kalo ada bakal pak mertua terang2 bagi syarat macam tu… then the story goes with kisah nikah-kawin Iris-Firman… kisah romantika hidup Iris-Firman suami-isteri…

Selepas bernikah, both of them balik ke Kemboja untuk majlis sambut menantu dan majlis pernikahan Fatimah dengan Ustaz Zulkifli… Iris dikejutkan dengan tindakan Fatimah yang cuba melarikan diri pada hari pernikahan dan amaran Firman tentang ilmu hitam… habis bercuti bulan madu di Kemboja, bermulalah kisah suami-isteri di bumi Malaya… Firman memulakan kehidupan baru mereka dengan menyelitkan nota cinta di bawah bantal pada setiap pagi.. Iris tidak perlu menjawab setiap nota tu… Firman cuma mahu Iris tahu apa yang dia rasa..

Iris berusaha untuk menjadi seorang isteri.. dia masih meneruskan kerja-kerja seni dan berusaha keras mendapatkan dana untuk projek memajukan anak-anak kemboja… dia mahu menjual contengannya untuk menampung projek ILUS.. Kerana projek ILUS… Iris Firman Nur mengenali Haris… lelaki kaya yang cuba mengambil kesempatan ke atas Iris… mulanya Iris menolak untuk bekerjasama dengan Haris sebab dia rasa Haris tidak sopan dan cuba mengambil kesempatan… dia juga rasa Haris yang berpangkat Datuk tu agak biadap…   

Entah mana silapnya.. tiba-tiba Iris menjauhkan diri dari Firman dan mula rapat dengan Haris.. Iris pelik… bila berjauhan dia akan rindu pada Firman tetapi bila bertentang mata rasa benci dan mual menyebabkan dia lari dari Firman.. Rupa-rupanya bukan setakat kerana Iris berbadan dua tetapi juga kerana Iris kena ilmu hitam? Untuk pemeriksaan kandungannya, Iris buat di Prince Court… Bermakna Iris bertemu lagi dengan Aidan… Aidan masih sayangkan Iris.. tetapi harus akur dengan takdir.. Iris bukan untuknya..

Insiden pencerobohan di rumah Iris menyebabkan Iris hilang penglihatan… sekaligus menguji cinta dan kasih sayang Firman-Iris.. Iris tidak dapat menerima keadaan dirinya dan cuba menjauhi Firman.. dia masih trauma dengan keganasan penceroboh ke atas dirinya.. nilai kasih sayang dan cinta menjadi taruhan hidup Iris yang semakin hilang kepercayaan… bagaimana akhir cinta Iris-Firman atau Iris kembali kepada Aidan?


Okay… sebenarnya aku tak tau nak review macam mana cerita ni sebab memang tak berapa nak ada rasa la pada MPI ni… Cuma aku rasala… ada a few scene yang kurang sesuai untuk anak2 bawah umur nak baca… in other words.. buku ni definitely bahan bacaan dewasa…. Nak petik best phrase or phrase that I like pun tak der… so I’ll let it as it is la yer…. 




Thursday, May 15, 2014

I Love You Stupid!! - Melur Jelita

Sinopsis Belakang Buku:

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!

Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris

Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…

Dan apa?” - Firman

Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…

Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”.


----------------------------------------------------

Aku tak pernah terpanggil nak baca buku ni though entah berapa kali passing by the book bila ke mph or popular… then my sis suggested the book.. dia kata ada sequel.. so macam best… bila hati terbukak nak membaca.. jenuh pulak la mencari tak berjumpa.. last-last aku beli and baca dulu My Precious Iris… adik aku kata.. kena baca I Love You, Stupid! dulu… baru ada feel… hoho.. adik aku memang betul.. baru aku nampak warna hero and heroin ini cerita la… so ni buku Melur Jelita kedua yang aku baca…

Ceritanya yang panjang mengenai kisah perjalanan hidup Iris Nur Zakaria.. anak gadis jutawan, mempunyai BFF si Farina, Violet dan Lara… Iris bertemu dengan Inspektor Ebrahim ketika disaman trafik.. kemudian jumpa dan jumpa lagi bila Inpektor Ebrahim bergabung dengan Sarjan Hussain di Suksis, Universiti Malaya… Iris ni ala-ala jinak-jinak merpati la.. dikejar dia lari… dia memang sangat perasan cantik dan diva dalam apa jua keadaan… suka lelaki hot and stylo… dan Inspektor Ebrahim menjadi Abang Pedas untuknya…

Kisah Iris dan Abang Pedas a.k.a Inspektor Ebrahim berakhir dengan satu insiden yang disengajakan Iris.. sejak insiden itu.. Iris tidak pernah tenang.. cuba melupakan insiden itu… sentiasa rasa sepi dan tak berpunya.. padahal Dr. Aidan tetap di sisinya menagih cinta Iris.. Iris mengaku cintakan Aidan… tetapi bila diajak berkahwin, dia mengelak… Aidan tetap menjadi pemburu cinta Iris.. Aidan mengajak Iris menyertainya dalam misi kemanusiaan di Kemboja.. bukan mudah Iris mendapatkan izin Papa dan Mamanya… berbagai syarat dikenakan.. antaranya.. Iris kena bertudung.. demi misinya.. Iris patuh dan turut apa sahaja asalkan dia akan berada di Kemboja dengan alasan untuk mencari diri yang hilang…

Di Kemboja, Iris dikawal bodyguard khas yang digaji Tuan Zakaria.. Firman.. Iris terpaksa hidup dalam keadaan daif bersama keluarga Firman… Fatimah adiknya dan Mai Tuan mamanya… juga Matt adik angkatnya yang bukan beragama islam.. Iris bersama misinya.. menjadi tenaga pengajar di Kampung Cham… Iris mengajar anak-anak Melayu Cham mengenai seni… pada masa yang sama… dia menyalurkan sumbangan Tuan Zakaria ke beberapa buah kampung di Kemboja…

Phnom Penh mengenalkan Iris dengan Kak Effa, Abang Ariffin dan si comel Izham… beberapa kali jugak la si Iris ni berkunjung ke rumah Kak Effa ni.. maklumla satu-satunya orang Malaysia yang dia baru kenal dan boleh ngam… Abang Ariffin tu duta Malaysia di Kemboja… Sebenarnya Iris rimas, dia sentiasa diekori Firman dengan alasan, Iris adalah tanggungjawabnya… Iris dan Firman memang tidak pernah sependapat dalam apa pun… kadang-kadang Iris rasa yang Firman memang sengaja mencari gaduh dengannya… Firman pulak kata… Iris selalu menguji kesabarannya.. Firman sangat mengawal pergaulan Iris terutamanya dengan Matt..
“Lainkali jangan berani ikut lelaki ke mana saja. Awak hanya selamat dengan saya. Faham tak? Awak-hanya-selamat-dengan-saya.”
“Mulut tu jaga. Di sini hutan. Tak ada orang. Hanya kita berdua. Saya boleh buat apa saja dengan awak. Menjeritlah macam mana sekalipun, tak ada siapa yang datang. Tak ada siapa yang dengar. Saya dah cakap berapa kali. Dengan lelaki jangan berani sangat. Jangan terlalu mencabar. Awak tak tahu apa yang mereka boleh lakukan kepada awak. Awak hanya selamat dengan saya. Tapi kalau awak tak ubah perangai awak, dengan saya pun awak tak selamat. Kalau tak hormat saya sebagai hamba awak, sekurang-kurangnya hormat perasaan saya. Jangan sedap sangat mulut memanggil saya gila. Awak belum tahu gila saya macam mana. Dan awak takkan sanggup melihat kegilaan saya itu!!!!”
Kampung Cham mengajar Iris pelbagai warna kehidupan… antara yang sangat mengesan hatinya… anak kecil berusia 5 tahun bernama Ahmad.. ayahnya penjual tuak di dalam buluh… Iris dan Firman memang sangat suka minum tuak… Iris memastikan Ahmad turut sama berada di kelasnya untuk sama-sama belajar dengan kanak-kanak yang lain… perbezaan peribadi Ahmad sangat menarik hati Iris untuk mendekati Ahmad dan keluarganya… Ahmad tidak mahu bersentuhan dengan Iris kerana katanya… dia hanya boleh menyentuh ibunya dan adiknya… dan pemergian Ahmad sangat-sangat menyentak hati Iris sekaligus menjadi titik perubahan diri Iris…

Setiap orang di Kemboja memiliki sejarah pahit di zaman Komunis Pol Dot… Iris banyak belajar sejarah itu di Kemboja… cerita yang tidak pernah didengarnya… kisah keturunan Raja Melayu Champa yang kini merupakan putera raja tanpa negara… kisah keturunan Nabi Muhammad S.A.W dari susur galur Saidatina Fatimah dan Saidina Ali… kisah orang Melayu Champa yang kaya raya kemudian lupa diri dan akhirnya merempat di Kampung Cham… kisah Sejarawan Melayu Champa lulusan Royal University Penom Penh dan menjadi pensyarah di situ tapi akhirnya pasrah untuk tinggal di kampung dengan serba daif… kisah perkelahian keluarga yang tidak berkesudahan dan secara tidak langsung Iris menjadi taruhan untuk Firman menghentikannya… demi Iris.. Firman sanggup melakukan apa saja..
“Entah kenapa saya merasakan suatu hari nanti, saya akan mati ditangan awak.”
“Jangan tinggalkan saya…”
“Saya takkan mati. Tapi saya rasa saya akan mati ditangan awak. Awak sedang melemaskan saya…”
Setelah selesai misi utamanya, Iris harus pulang ke Malaysia.. tetapi dia tetap enggan… misinya untuk orang-orang Kampung Cham masih belum selesai.. Tuan Zakaria bersetuju membenarkan Iris untuk terus berada di Kemboja, dengan syarat, Iris tidak pernah hilang dari pandangan bodyguardnya, Abang Pedas.. tetapi.. setelah berlakunya peristiwa di kampung Matt… Firman tekad menghantar Iris pulang ke Malaysia… dan Iris terpaksa menerima keputusan itu…
“Jika saya berdiam, ia bererti saya memilih untuk tidak menjawab. Bukan semua benda senang nak dijelaskan…bukan semua masalah senang dirungkaikan. Kadang-kadang berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata.. hanya Tuhan yang tahu hati saya.”
Firman merenung aku yang sedang cuba memahami. Dunia kami berbeza kerana itulah aku tidak memahami lelaki ini. Aku menahan rasa pilu yang semakin mendesak.
Sepulangnya dia ke Malaysia, Mama dan Papanya bersetuju menerima pinangan Aidan tanpa persetujuannya… apakah hati Iris sudah berpaling dari Aidan atau sebenarnya Aidan tidak pernah memiliki hati dan cinta Iris? Kenapa Firman tekad menghantar Iris pulang ke Malaysia? Apakah sebenarnya misi Iris ke Kemboja?

Nak kata aku suka cerita ni… biasa-biasa saja.. sebabnya aku dah tahu sebahagian sebab musabab tindakan Firman.. so macam dah tak suspense la.. for sure aku suka genre cerita ni love-hate relationship yang menyebabkan ceritanya lebih segar… Inspektor Ebrahim a.k.a Abang Pedas a.k.a Firman Ebrahim Haji Sulaiman yang memang ada style.. and Iris yang aku rasa memang selalu buat aksi kelakar sebab sentiasa nak menang bila berlawan dengan Firman tapi dalam masa yang sama memang suka memerhati dan tertawan dengan Firman… tapi tak nak mengaku… cuma aku kurang suka gaya bahasanya yang menyebabkan aku bosan dan skip banyak part… agak-agak kalau skip aku still paham cerita, aku skip jer… ada masa ceritanya terlalu detail yang membosankan.. ada masa detail cerita tu mengesankan… but itu menjdi identiti penulisan Melur Jelita… dua bukunya yang aku baca adalah sama gaya.. mungkin sebab sequel…

Okay… on the other hand… aku cuba menerima cerita ILUS ni as another story… kisah kasih sayang.. kisah Melayu yang kian pupus… kisah pengorbanan… dan yang paling menarik adalah gambaran kehidupan yang diharap dari seorang pemimpin yang sanggup bersusah dengan orang sekeliling… mengeluarkan duit poket sendiri untuk mempertahankan dan memperjuangkan bangsa dan agama… kadang-kadang aku rasa macam satu sindiran jugak la to pemimpin nowadays… suasana di Kemboja jugak mengingatkan aku perjalanan hidup rakyat Malaysia sebelum 80-an atau mungkin 60-an atau 70-an… bezanya waktu ini internet access Kemboja is superb… kalah kot kat Malaysia… tapi nak charge kena pergi masjid… hoho…

Apapun… satu-satunya yang menarik aku terus membaca adalah character Firman Ebrahim yang strong untuk menangani Iris yang manja dan penuh muslihat..