Tuesday, February 19, 2013

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah

 

Sinopsis Belakang Buku:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. 
 
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka?

Khuzairi mengangguk perlahan.
 
"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi amanah aku harus menelannya, demi amanah aku harus terus bersabar..."
 
Lupakah Mia Adriana, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi belum terpadam lagi buat dirinya.


----------------------------------------------------

Aku memang tak pernah baca buku by Siti Rosmizah ni.. so ni kiranya first book by her la... tu pun kawan aku yang suggest... and bila baca.. aku memang sangat-sangat suka ceritanya.. lepas tu apa lagi.. terus aku cari semua buku by her... aku memang macam tu.. kalau aku suka.. aku akan kumpul semua buku by that author.. kalau boleh la kan.... kalau tak dapat.. nak buat cam ner...

So.. reading this book.. took me about 3 days nak habiskan... ada 132 chapters and 1048 pages.. huhuhu... 3 hari tu sebab baca in between buat itu dan ini la... character utama cerita ialah Khuzairi (hmmm.. lama gak nak terima nama character ni..:))... dan Mia Adriana (aku selalu baca as ADRINA..).. dibantu oleh character yang tak kurang hebatnya... Zaidi, Syakila, Sofi, Khalil, Helmi, Buntat, Mak Leha and Pak Samad...

Ceritanya about Khuzairi yang berkahwin dengan Mia Adriana secara bidang terjun walaupun pada dasarnya dia memang telah lama mencintai Mia Adriana.. kiranya dari zaman sekolah lagi la... tapi Khuzairi cuma memendam rasa and at the same time secara tak langsung telah menutup pintu hatinya to fall in love pada any girl.. so bila diminta menggantikan pengantin yang tak muncul pada hari pernikahan Mia Adriana.. Khuzairi segera bersetuju dengan syarat Mia Adriana ikhlas nak terima dia sebagai suami sebab dia sangat tahu yang Mia tersangatlah benci pada dia sebab surat cinta zaman sekolah.. dek kerana sayangkan papanya Mia bersetuju dinikahkan dengan Khuzairi memandangkan Khalil sepupu yang merangkap tunangnya tu tak muncul tiba.. 

Selepas papa Mia Adriana meninggal dunia dengan meninggalkan bebanan hutang dan diisytiharkan bankrap menyebabkan Mia tak boleh practice as a lawyer, Khuzairi membawa Mia Adriana pulang ke kampung.. dan bermulalah episod kehidupan Mia bersama Khuzairi dan Mak Leha.. Khuzairi sanggup melakukan apa sahaja dalam memenuhi kehendak Mia kerana cuba memenangi hati isterinya yang tercinta.. maklumla cinta terpendam dari kecik kan... tapi tindakan Khuzairi menimbulkan sakit hati pada Mak Leha sebagai ibu tiri yang telah mengasuhnya dari kecik.. Mak Leha beranggapan Mia yang sombong dan bongkak amatlah tidak sesuai dengan anak tirinya yang baik hati dan luhur hati budinya... Mak Leha bersependapat dengan Syakila iaitu sepupu Khuzairi yang juga memendam rasa cinta dari zaman sekolah terhadap Khuzairi.. dek kerana kecewa.. Syakila menerima pinangan Mak Leha untuk Helmi, anak kesayangan Mak Leha yang menganggur dan jadik kutu malam...

Persengketaan secara diam berlangsung di antara Mia dengan Mak Leha, Syakila dan Helmi.. Mak Leha sedaya upaya cuba memisahkan Mia dan Khuzairi menyebabkan Khuzairi sentiasa tersepit di antara isteri tersayang dan ibu tirinya yang disayangi juga... setelah letih menanti mamanya yang berjanji untuk membawanya keluar dari hidup Khuzairi tetapi tak muncul-muncul pun dan putus harapan dek dikecewakan Khalil... akhirnya Mia menerima jodohnya untuk Khuzairi.. tapi biasalah kan.. kalau tak de konflik kan tak best kan... all this while.. walau sayang macam mana pun kat bini dia.. Khuzairi memang la tak ambik kesempatan kat Mia.. so memang dorang tak pernah lah 'together' but disebabkan satu kejadian yang dirancang... they bersama la jugak akhirnya... and menyebabkan Mia membenci sangat-sangat la balik kat hubby dia yang macam dia dah nak sayang tu... so diteruskan pulakla kisah Mia yang preggy... lagi la mcam-macam dia buat kat Khuzairi sebab nak mendera hubby yang kononnya dia dah benci tu...

Sementara tu si Khalil tu dah macam gila talak dok gasak kacau Mia sampai ke kampung.. dapat pulak adik ipar Mia yang mata duitan macam si Helmi tu.. macam-macam la plan yang dorang berdua buat tu kononnya nak pisahkan si Mia ngan Khuzairi sebab kononnya Khalil ni menyesalla tinggalkan Mia walhal cinta sampai mati kat Mia tapi tak sanggup la pulak nak minum racun kan... yang si Syakila pulak terputuslah tunang ngan si Helmi dek kebangangan tindakan si Helmi tu... so apalagi... Syakila pun cuba la nasib dia nak tackle balik si Khuzairi yang dah jadik suami orang tuh... 

Balik kisah Mia dan Khuzairi... lupa nak nak masukkan... actually Khuzairi dah decide nak lepaskan Mia sebab tindakan Mia yang sangat biadap pada Mak Leha... tapi Khuzairi tak jadik proceed sebab selain dari terlalu sayang... he got to know yang Mia preggy... so dia mintak Mia lahirkan dulu baby tu before dia nak decide anything.. walhal masa tu Mia dah panggil Sofi datang sebab dia nak keluar dari kampung tu... after a few months preggy.. Mia berbaik semula dengan Khuzairi dan terus in love ngan hubby dia tu la... so ingatkan dah happy la kan... oh tidak.. tidak.. dan tidak... rupanya biadap Mia ngan Mak Leha tu habis lagi... and bila Khuzairi dah tak dapat nak membela tindakan Mia.. Mia decide untuk pergi dari hidup Khuzairi... on the way ke KL bersama Sofi... Mia sakit nak bersalin... tapi Khuzairi tak tahu sebab nak jadik cerita.. bateri hp habis la pulak kan... so Mia jadi tersangatla frustnya sampai dia mintak Khuzairi lepaskan dia jugak lepas deliver tu... Khuzairi sangat-sangat kechiwa ngan tindakan Mia.. so dia biarkan Mia ke KL dengan Sofi...

Bila dah kat KL tu macam-macam la terjadi kat Mia and at the same time Mia berperang dengan perasaan kasih dan cintanya pada Khuzairi... she finally decide nak balik kat hubby tercinta... but got to know yang Khuzairi akan bernikah dengan pilihan hati Mak Leha.. so Mia nekad balik kampung sebab nak betulkan semua kesilapan yang pernah dia buat and dia merayu Khuzairi untuk 7 Hari Mencintaiku... dapat ke? hmmm... bacalah... kalo yang ala-ala mak Neng Yatimah tu... sila-sila la sediakan tisu sekotak kat sebelah yer...

Aku memang abis tisu setengah kotak la masa ngadap buku nih... aku suka jalan ceritanya.. cara Siti Rosmizah bangkitkan isu dan konflik... it's all ups and downs... cuma aku terfikir la... ada ke lelaki sebaik Khuzairi tu? rasanya character Zaidi tu lebih real la... mungkin ada lah lelaki sebaik sesabar setegas dan selembut hati Khuzairi tu... mungkin satu dalam sepuluh ribu la kot... masa mula baca tu aku excited la sebab cerita ni pasal kawin separa terpaksa kan... aku memangla suka cerita-cerita yang macam ni... nak tau cam mana character tu berbaik and menerima and finally falling deeply in love to each other la kan... so.. walaupun isu cerita yang biasa... tapi adanya rentak yang berbeza... afterall ramai penulis yang tend to write cerita macam tu lately nih... watak Mia Adriana yang sombong tahap gaban tu memang sesuai sangatla dengan cerita nih... and when the penyesalan moment tu.. walaupun agak sudden tapi impactnya tinggi... character Mak Leha pulak macam stereotype cerita-cerita drama melayu la kan... ala-ala Wan Maimunah.. tak pun macam Norlia Ghani dalam cerita Kutub Utara Kutub Selatan tu...
 "Mia, tak mungkin abang hanya akan mencintaimu untuk tujuh hari sayang. Cinta abang pada Mia tiada luput waktunya. Mia, betapa abang rindu ingin mendakapmu, tapi abang tak boleh sayang. Betapa terseksanya abang di saat ini. Serasa tak mampu untuk abang terus bernafas lagi. Membuang Mia umpama merentap jantung abang sendiri..."
Tapi kenapa Khuzairi tetap biarkan Mia pergi yer? Kenapa dia tetap jugak nak kawin ngan pilihan Mak Leha? Mia tak teringin ke merebut balik cinta hatinya tu kan? Mak Leha tu pun kan, sampai hati jer buat anak dia tu macam tu.. yelah anak tiri pun... tapi Khuzairi tetap dulukan Mak Leha daripada Mia... tu pun tak cukup lagi? Kenapa Khuzairi dah tak nak dengar nasihat Zaidi? Agak-agak kalau nak adapt cerita ni jadik telenovela... saper la yang sangat sesowai jadik hero and heroinnya kan? kalau aku lah... aku rasa Fahrin Ahmad paling sesowai jadik Khuzairi....  



6 comments:

  1. Salam. Memang banyak pengajaran saya dapat dari Novel 7 Hari Mencintaiku ini. Sudah berulabg kali baca. Tahniah kepada penulis karya ini Puan Siti Rosmizah. Tahniah saya ucapkan berkali-kali :)

    ReplyDelete
  2. Alaaa...jdike khuzairi kawin dgn syakila tu...

    ReplyDelete
  3. tak suka la syakilla tu batu api..gedik

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete