Wednesday, September 4, 2013

Uda dan Dara - Aisya Sofea


Sinopsis Belakang Buku :

Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka.

Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad!

Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”



-------------------


Aku rasa ni buku Aisya Sofea yang kesepuluh kot… masih mengekalkan character prince shining armor and heroin yang complete lost in life.. hahaha.. sounds evil la pulak… this time aku kurang suka nama heroinnya… sungguh teruk aku ini.. nak nama sedap-sedap jer… heroinnya Siti Mariam.. sungguh klasik..  heronya pulak Izzat Hilman..

Mengisahkan Mar yang cuba memujuk hati dan cuba membuang rasa hatinya terhadap Izzat Hilman. Peristiwa yang dianggap memalukan dirinya kerana fizikalnya menjadi ejekan Izzat Hilman, mengubah Mar yang berazam untuk membuktikan dia boleh berubah. Ternyata disaat hatinya hampir terubat, Abang Man muncul kembali dalam hidupnya, dengan satu perasaan uda untuk dara. Mar cantik macam bidadari dari kayangan katanya… Abang Man menghadiahkan rantai kaki berloketkan 2 hati. Abang Man tidak membuang masa, lalu melamarnya setelah berbelas tahun tidak bertemu. Mar cuba menafikan perasaannya terhadap Abang Man, tapi hati tak pernah menipu.

“Abang tak mahu sayang sebagai seorang adik dan abang lagi. Kali ni abang nak ambil Mar jadi isteri abang.”

Pesanan Emak dan Abah Majid kepada Abang Man untuk tengok-tengokkan Mar di Kuala Lumpur menjadi alasan Abang Man untuk terus mendekati Mar. Akhirnya, Mar terpaksa akur dengan hatinya. Dan saat itu juga, Kak Yah muncul mengingatkannya tentang wasiat arwah Makcik Zainab agar Abang Man berkahwin dengan sepupu mereka dari Kluang. Khalidah, gadis berkelulusan aliran agama dari timur tengah. Mar berasa kalah sebelum berjuang bila pertama kali bertemu Khalidah ditambah pula kata-kata tajam dari Kak Yah, Mar melarikan diri dari Abang Man. Khalidah lebih mengenali Abang Man. Khalidah tahu apa yang Abang Man boleh makan, apa yang tidak. Lalu, Mar bertindak cuba melarikan diri dari Abang Man.

Ternyata tindakannya itu hanya memakan dirinya sendiri bila Kak Aida dan Abang Omar menyalahkan tindakannya. Demi rasa sayang yang tiada penghujung terhadap Abang Man, Mar bersetuju untuk meneruskan perhubungan mereka, tetapi hanya untuk sementara. Sementara mereka bersedia untuk berpisah. Abang Man semakin buntu dengan tindakan Mar, tetapi demi kasihnya, dia terpaksa bersetuju, bercinta untuk berpisah. Tujuh bulan yang diberikan, Abang Man akan pastikan Mar menjadi isterinya.

“Tujuh bulan Mar tawarkan pada abang dan tujuh bulan itu abang akan buat Mar lupa permainan Mar ini. Itu janji abang pada Mar,” janjinya padaku dengan suara yang cukup meyakinkan.

Kehadiran bapa kandung Mar di dalam hidupnya menjadikan hidup Mar kucar kacir. Demi orang tersayang, Abang Man bergolok bergadai untuk memastikan keselamatan Mar. Abah berasa terhutang budi dengan Abang Man dan sanggup memenuhi apa saja permintaannya. Dan Abang Man minta untuk berkahwin dengan Mar. Mar terpaksa menerima dengan pelbagai rasa, dia terasa seperti dijual untuk membalas budi.

Perkahwinan Mar dan Abang Man semakin menambahkan benci di hati Kak Yah. Pelbagai cara dilakukan untuk memisahkan mereka. Malah sanggup menyuruh Abang Man mengambil Khalidah sebagi isteri kedua. Mar hanya memendam rasa apatah lagi bila Abang Man seolah-olah tidak mempedulikan perasaannya. Dapatkah mereka mencipta bahagia?

Hmm… mula-mula aku macam tak suka sangat citer ni… tapi bila dah 2-3 kali ulang baca.. ewah.. kata tak suka tapi dok ulang baca… ok jugak sebenarnya… Izzat Hilman ni as usual la kan.. character by Aisya yang menjadi idaman Malaya… Siti Mariam (arrrrrr…. tak suka.. tak suka.. :)).. is one person yang aku rasa tak tahu apa yang dia nak in her life… suka buat keputusan sendiri… huhu.. typical malay girl I guess… so.. all in all.. aku still vote for Adam dan Hawa and Kau Untukku..



2 comments:

  1. Adam dan hawa yang pertama,kau untukku pun terbaik uda dan dara best jugak

    ReplyDelete
  2. Adam dan hawa yang pertama,kau untukku pun terbaik uda dan dara best jugak

    ReplyDelete