Monday, July 15, 2013

Anak Teruna Makcik Rahimah - Sakeena


 Sinopsis Belakang Buku:

Pertemuan pertama mereka sungguh ‘indah’, dihiasi dengan corak dan perisa kopi. Sejak itu, Ain Zahra sentiasa dihantui ‘kopi’ walau ke mana dia pergi. Lebih teruk lagi selang seminggu, pasti dia akan bertemu dengan Encik Kopi. Dia pening kepala.

Entah kebetulan atau apa, jodoh yang diterimanya di Tanah Suci juga membawa Ain Zahra kepada Encik Kopinya. Tak pernah dia terfikir yang anak teruna Makcik Rahimah tu rupa-rupanya Encik Kopi! Kalaulah dia tahu....

Namun, kerana mulut sudah berjanji, hatinya terpaksa reda. Ketika dia mula menerima semula hadirnya seorang lelaki dalam hidup, lelaki itu hilang. Hatinya benar-benar takut. Haruskah dia menghadapinya sekali lagi?


------------------------------


Buku ni buku pertama Sakeena… aku mula baca sinopsis dari web Jemari Seni… terjatuh hati la pulak… sebab kelakar and membuatkan I wanna read it and I wanna have it… aku beli kat Popular di OU.. puas hati giler masa dapat buku ni… and memang puas hati la aku ngan buku ni… dari pembacaan aku.. rasanya Sakeena ada pause agak lama before sambung menulis sebab towards the end of the story tu memang aku tak expect penulisannya macam tu.. but I really like it… and aku suggest gak anak-anak muda yang sibuk bercinta to read this book… ada sesuatu yang cuba disampaikan secara halus dan aku sangat suka…

Right… about the book… Ain Zahra merupakan seorang jurutera di Engineering Department (Biomedical Engineering Maintenance & Service) di sebuah hospital di Pulau Pinang… actually profession Ain ni tak begitu jelas.. sebab kalau dikira dari qualification, dia seorang engineer.. tapi dari cara kerja macam technician… seorang yang simple mempunyai teman baik Ayuni yang bekerja di Ipoh.. Pertemuan secara tidak sengaja dengan Amr Waseem menyebabkan Ain menggelarkannya ‘Encik Kopi’ dan Waseem memanggilnya ‘Cik Tool Bag’…

Semasa mengerjakan umrah bersama keluarganya, Ain telah membantu Makcik Rahimah yang jatuh tergelincir dan Makcik Rahimah pulak sangat berkenan untuk bermenantukan Ain lalu meminang Ain untuk anak terunanya… maka bertunanglah Ain dengan Anak Teruna Makcik Rahimah yang tidak diketahui rupa parasnya itu… Whoaahh… ada lagi kan yang macam ni… so bila balik Malaya, Ain bertandang la rumah tunangannya atas undangan Makcik Rahimah… tu la kan.. dah jodoh…

Ceritanya banyak berkisar pengalaman Ain sebelum dan selepas berkahwin dengan Waseem.. how they grow their love.. bercinta selepas kawin la ni… but its still sweet to see how they adapt to each other… Ain bukan seorang yang pandai meluahkan rasa dan selepas bernikah dia masih tidak boleh menerima Waseem.. sentiasa rasa bersalah terhadap suaminya… kerana kisah empat tahun dulu.. Ain takut untuk cuba menyayangi… but bila sesuatu terjadi pada Waseem, Ain mula rasa takut kehilangannya… it is such a nice story dengan pengayatan yang bersahaja tetapi menjurus cara hidup islam.. walaupun bukan sempurna, tetapi sentiasa menuju ke arah yang lebih baik.. that’s the different… Waseem sebenarnya dah suka pada Ain sejak peristiwa tumpah kopi… dia seorang doktor yang simple tapi romantika de amor hokay.… always go with the flow… we will see satu kehidupan yang biasa tetapi dicorakkan dengan sempurna… wahhh… lain macam jer aku tulis ni…
“I don’t need this. I just need you by my side, forever.” Tiba-tiba aje terkeluar perkataan macam tu.
Tangan aku digenggam erat. “Abang nak Ain tau yang abang sangat-sangat cintakan Ain..walaupun abang tak pernah sedar bila abang mula cintakan Ain.”
The thing is.. aku tak tau nak luahkan macam mana rasa suka aku baca  buku ni… it is fun yet penuh panduan yang di terapkan tanpa rasa terpaksa… bukan macam bila korang dengar ceramah agama all that… but isinya sentiasa berlegar dalam fikiran… ewah… thumbs up Sakeena.. looking forward for your next masterpiece…




No comments:

Post a Comment