Monday, July 1, 2013

Kau Untukku - Aisya Sofea

Sinopsis Belakang Buku:

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.


------------------------------


Ni buku Aisya Sofea yang kedua aku baca… ‘Rahsia di hati tak siapa yang tahu’.. aku rasa lepas baca semua buku Aisya.. aku notis yang Aisya akan buat satu significant phrase or situation dalam setiap buku dia… buku ni masih lagi dapat menambat hati aku ni… especially bila ke telemovie dilakonkan pulak my fav hero malaya kata adik aku… Remy Ishak.. so makin berbungala hatiku ini dengan cerita ni.. tapi frust la ngan casting heroin keras kejung Dira… uuurrggghhh… frust.. frust.. frust… I was looking forward for this telemovie and it was soooooo frustating.. hehehe… over giler aku ni…

Wokeh… citer pasal buku ni… it is all about Nurul Umairah… in which everyone called her Nurul except when it comes to her love one.. he will call her Maira… Ahmad Fuad muncul di dalam hidup Nurul bila dia mula bekerja di syarikat yang sama sebagai setiausaha.. mengenali Fuad pada hari temuduga telah membuat hati Nurul rasa berdebar dan tidak selesa dengan kehadiran Fuad.. setelah sebulan bertugas sebagai setiausaha Azhar, Nurul ditukarkan ke bahagian pemasaran sebagai setiausaha Fuad.. Nurul semakin tidak selesa, tetapi dia bersikap profesional membezakan tugas dan peribadi..

Kematian Jefri, tunangan Nurul memberi impak yang agak besar kepadanya mentelah peristiwa kematian Danial kawan rapatnya juga menghantui dirinya.. menjadikan dia beranggapan bahawa dia tidak layak untuk dikasihi dan dicintai.. namun Fuad mengambil kesempatan ini untuk mendampingi Nurul… Fuad bukan lelaki yang bermanis kata.. tetapi lebih menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan.. Terpilih sebagai ‘Best Couple of The Year’ semasa makan malam ‘kick-off’ merupakan titik tolak hubungan Fuad-Maira..
Dia tenang sahaja. “Our actions are costly, Maira. I tahu pergerakan I sentiasa dalam perhatian you. Sejak you dengan Azhar lagi, I tahu, ada sesuatu yang sedang berlaku di antara kita. It’s so strong dan I tak boleh nak menolaknya. You nak tahu satu perkara?” soalnya penuh rahsia dariku.

Fuad, I would like to give it a try anyway.”
Namun hubungan itu diganggu gugat dengan kehadiran semula Ellina Batrisya Tan Sri Salleh.. Bagi Fuad hubungannya dengan Ellina sudah lama berakhir dan tidak salah untuk mereka terus berkawan… tetapi tidak bagi Ellina dan Puan Rahimah juga Tuan Musa… bagi Ellina, Fuad adalah untuknya dan bagi Puan Rahimah, hanya Ellina layak menjadi menantunya.. isu darjat dan asal usul menjadi punca Puan Rahimah dan Tuan Musa menolak Nurul Umairah.. tetapi bagi Ahmad Fuad, cintanya untuk Nurul Umairah tidak berganjak…


Ketika Fuad bercuti ke luar negara bersama keluarganya, Nurul mengambil keputusan untuk pergi dari hidup Fuad.. lebih-lebih lagi bila Puan Rahimah terang-terangan memintanya membelikan tiket Ellina untuk bercuti bersama mereka… malah menyatakan rancangan pertunangan Ellina dengan Fuad.. setelah beberapa bulan menghilang, Nurul kembali bekerja di Kuala Lumpur… pertemuan secara tidak sengaja dengan Azhar membawa pertemuannya dengan Fuad.. kali ini Fuad tekad tidak akan melepaskan Nurul dan Nurul juga pasrah dengan kehendak hatinya..
Azhar bukan pengganti tempat you. Bukan tandingan you pun. Dan kalau ada lelaki lain, you tetap ada tempat khas dalam hati I.”

“I tetap sayang you, Nurul Umairah. Kalau itu kehendak you, I lepaskan you pergi. Tapi ingat, selagi I ada, tidak ada apa yang perlu you takutkan dengan Puan Rahimah dan Tuan Musa. ‘Kita’ yang patut you utamakan dahulu. Kebahagiaan kita sepatutnya melebihi segala-galanya.”

Aku rasa watak Fuad memang strong la… typical Aisya’s hero.. tegas tetapi penyayang… cuma kadang-kadang watak Nurul tenggelam timbul.. kadang-kadang strong kekadang lemah.. Nurul boleh jadi seorang yang periang, berkeyakinan but when her life is low.. dia boleh jadi seorang yang sangat hopeless.. could be sebab asal usul hidup dia membuatkan she has that character and the strong part of her because of her family’s support… apa-apa pun memang aku suker cerita ni… in fact.. walaupun Dira kaku dan sangat mengechiwakan hatiku ini… Remy tetap hidup sebagai Ahmad Fuad… hahahaha…. sangat sangat bias yang over aku ini…



No comments:

Post a Comment