Sinopsis Belakang Buku:
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
----------------------------
Buku ni buku kedua dari Siti Rosmizah.. tapi buku terakhir setakat ni yang aku dah baca.. jauh tu aku dapat buku tu.. nun jauh di Kuching.. believe it or not.. aku carik merata kat MPH, Popular, Kinokuniya.. semua tak ada.. tapi aku jumpa kat sebelah Pasar Satok di Kuching... so.. cukuplah 5 buku Siti Rosmizah yang aku baca... tapi aku baru review 2 jer kan?? Tunggu....
Cerita ni kisah Nur Farisya Iman dan Farish Hakimi.. pertemuan bermula bila Farish terlanggar Risya kat depan pintu lif and then buat bodo jer without saying sorry... Risya yang tengah frust lepas interview untuk jadi driver terus mengejar Farish dan bersemuka.. antara terkejut, terkedu, terpempan dan tertawan, Farish terima Risya sebagai pemandunya.. dia memang sangat tertawan dengan Risya.. ambik jadi pemandu pun sebab dia nak tengok muka Risya hari-hari.. so dia suruh Risya tinggal kat rumah pekerja belakang banglonya..
Risya yang ala-ala tomboy sangat teruja dapat jadik driver.. dia nak kumpul duit nak sambung belajar.. dia tau yang Mak Timah, maknya yang menjual nasi lemak di warung di kampung tak mampu nak menanggung pelajarannya... kecantikan Risya sentiasa membuat Farish diburu cemburu.. selalu la jadik cemburu tak bertempat... padahal Risya tu cuma driver dia jer.. tapi sebenarnya dia nak Risya jadi peneman dia...
One time tu dia bawak Risya ke Kedah sebab nak bukak new business.. masa on the way balik KL, Risya mendapat panggilan dari Pak Longnya yang bagitau mak dia sakit kat hospital Taiping.. rupanya Mak Timah kena serangan sakit jantung.. Mak Timah perlu dibedah di IJN tapi Risya tak ada duit.. dia mintak nak pinjam dari Farish... tapi Farish dengan senang hati memberi.. bukan memberi pinjam.. Mak Timah yang terharu dengan kebaikan dan keikhlasan Farish membuat syarat yang dia hanya akan menjalani pembedahan kalau Farish sedia kawin dengan Risya... apa lagi... pucuk dicita ulam mendatang..
Tapi Risya ada rancangan lain... dia nak tukar pengantin lelaki.. dia mintak Zack Kapchai menggantikan Farish pada hari pernikahan tu nanti... tapi.. lain dirancang.. lain yang jadi.. Risya bernikah jugak ngan si Farish tu... lepas nikah.. Risya rasa tension teramat dek kerana perangai Farish yang cemburu melulu sampai tak bagi keluar rumah langsung unless dengan dia... giler punya jeles!!!
Konflik bermula bila keluarga Farish yang menetap di UK pulang bercuti... Papanya (Tan Sri Farid), mama tirinya (Puan Sri Nora), atuknya (Tok Mat) dan neneknya (Nek Zizah) menerima Risya dengan sepenuh hati kecuali adik kesayangannya, Farah... Kehadiran bekas tunangan Farish, Suraya, juga menambah perasa dalam konflik rumahtangga dan hidup Farish-Farisya.. Farah dan Suraya decide tak nak ikut keluarga Farish pulang ke UK dengan alasan ingin belajar selok-belok berniaga dengan Farish.. padahal mereka ada agenda yang tersendiri demi menghancurkan rumahtangga Farish Farisya..
Farah dan Suraya sanggup menganiya Zack Kapchai untuk mencapai misi mereka... sehingga Farish dengan melulu telah menceraikan Risya dan pada masa yang sama Risya keguguran setelah jatuh ditolak Farish dan terlebih dos.. semuanya angkara dua serigala jadian tu la... kerana dilanda rasa kecewa yang menggunung... Risya bangkit dan cuba melupakan Farish walaupun dihatinya sentiasa ada rindu yang terpendam untuk Farish... tapi mengenangkan kata-kata yang pernah dilemparkan Farish.. Risya tekad untuk bangkit...
Risya kembali ke dunia modelling untuk menampung kehidupan dan pengajiannya di universiti... dan bersama rakan baiknya Zamilah dan Zack Kapchai, Risya membuka gerai di sebelah gerai burger Zack... pada masa yang sama... Cikgu Zul yang telah lama menghilang selepas kecewa kerana Risya menolak pinangannya, muncul kembali di dalam hidup Risya... masih mengharap Risya menjadi isterinya...
Sayangku Risya, gapailah cita-citamu. Abang akan sentiasa menyokongmu. You're always in my mind. Love you.-Zulhaimi –
Tetapi.. sekali lagi pengantin lelaki bertukar... sekali lagi Farish menjadi galang gantinya... kenapa?
"Sayang, bukalah hatimu semula untuk abang. Abang benar-benar sayangkan Risya. Sayang sangat. Please sayang, abang sayang Risya."
Kenapa Farah terlalu marah dan benci terhadap Risya? Kenapa Farah sangat berdendam dengan Risya sampai sanggup menikam abangnya dari belakang? Walhal, Farish tersangatlah sayangnya kat adik dia tu... Siapa Cikgu Zul dengan Farah? Apa kaitan Farish dan Cikgu Zul? Kenapa Farish tak merebut cinta Risya yang tidak pernah hilang rindunya pada Farish?
Aku rasa olahan ceritanya sangat best... percakapan yang spontan dan bersahaja.. macam suasana harian yang sebenar... cubaan Siti Rosmizah nak selitkan adegan lucu sangat menjadi... bila baca ni.. aku selalu tersenyum-senyum sendiri bila ada part-part yang kelakar... tapi bila part sedih... memang bengkak la mata ni... boleh imagine la macam mana keletah Risya ni yang ala-ala tomboy but at the same time dia ni sorang yang manja.. maklumla.. anak sorang... cuma kadang-kadang tak nampak kematangan Farish sebagai CEO syarikat.. or as a husband yang berusia 34 tahun... but cemburu dan keegoaan melampau dia tu.. sangat terserlah... apa pun... setakat ni karya-kaya siti rosmizah belum la lagi nak kechiwakan aku... still enjoy... part yang paling aku enjoy... part Risya nak kawin.. sebab dia plan nak tukar pengantin lelaki tu...
Cuma scene Farish nampak Risya and Zack tidur sekali tu macam susah aku nak imagine situasinya… but dengan tu nampak sangat ego Farish yang melangit dan betapa dia tak sedar yang sikap cemburu dia dah makan diri sendiri and dalam pada tu aku rasa si Farish ni terlallu percaya pada Farah dan Suraya sampai tak nampak apa yang diorang cuba buat.. so Siti Rosmizah berjaya la menghidupkan situasi tu…
Oh ya… cerita ni dah on air pun yer… tapi aku rasa lakonan Fizz Fairuz and Sara Ali kadang-kadang menjadi and kadang-kadang tak… afterall Fizz tak berapa menjadi bila buat scene romantika de amor.. I would prefer Remy Ishak or Aaron Aziz for that kinda scene… sungguh bias…J
Sy baru notice cita ni kak kat yt. Ada x buku dia kut2 akak nk preloved?
ReplyDelete