Thursday, March 21, 2013

Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

Sinopsis Belakang Buku :

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?


-------------------


Ni buku kedua by Suri Ryana.. masih kekal dengan cara penulisan dalam M.A.I.D.. masih menarik.. cara penyampaian cerita yang lebih kemas dan dewasa berbanding earlier book…

Kisah mengenai Medina Izwani… anak angkat kepada keluarga Nazrin Shah… kerana peristiwa lampau.. nenek mereka mengambil keputusan nak kawin kan mereka berdua tu… walhal masa tu Wani belum habis SPM dan tahap kebencian Nazrin kepada Wani melebihi maksima… atas ugutan lembut Nenek.. mereka bersetuju jugak… bertunang dulu… lepas setahun mereka bernikah… Nazrin yang menyambung pelajaran di UK pulang hanya untuk bernikah dan kemudian meninggalkan Wani di Malaysia menyambung pelajarannya… pernikahan itu menyebabkan Wani wajib melupakan Megat Shazril…

Setelah empat tahun… Wani terpaksa menghadapi suaminya yang merupakan salah seorang lecturer di universitinya… mengajar dia pulak tu… keadaan menjadi kelam kabut bila keluarga mereka datang bertandang menyebabkan Wani perlu meninggalkan asrama untuk tinggal bersama Nazrin… bukan setakat serumah… tetapi sebilik… tetapi Nazrin lebih bersedia… menyediakan joining room untuk Wani demi mengelakkan mereka disiasat polis keluarga – Nenek… Wani menyandang jawatan Isteri Separuh Masa… hanya menjadi isteri Nazrin di hadapan keluarga.. tak lebih dari itu…

Bila Nenek dan Mak Timah decided to live with them… hidup Nazrin dan Wani bertambah kalut… dalam pada tu… muncul pulak Zafril menagih perhatian Wani… kehadiran Zafril pulak menimbulkan rasa cemburu di hati Nazrin… kenapa cemburu kalau dah benci? Wani menolak perhatian Zafril.. kawan-kawan mula pelik.. Wani masih berahsia tentang statusnya sebagai isteri Nazrin…

Wani kerap terima kiriman bunga orkid… her fav flower… tidak mengenali pengirim misteri.. Wani syak Megat Shazril telah muncul… hanya dia yang tahu Wani suka orkid.. percutian ke Bali telah mengubah hidup Wani… sepulangnya ke Malaysia.. Nazrin melamar Wani untuk menjadi isterinya… isteri sepenuh masa… Wani pun suka la bukan main.. sebab selama ni dia hanya memendam rasa cinta terhadap suaminya… akhirnya terluah jua… 
I am not good with words. So I’ll make it simple and straight forward.”

Kata-katanya benar-benar mengundang debaran yang semakin kencang di dada. Kemudian lelaki ini terus berlutut membuatkan aku benar-benar tergamam. Aku lihat dia sedang menarik nafas dalam-dalam ketika ini. Sebuah kotak kecil berwarna biru dikeluarkan dari poket seluarnya. Kotak tersebut dibuka di hadapanku. Lidahku terus kelu apabila terpandangkan sebentuk cincin bertatahkan berlian yang berada di dalam kotak itu.

I’ll ask you one more time. Sudi tak Wani jadi isteri sepenuh masa abang?” soal Abang Nazrin.
Kenapa pada awalnya Nazrin begitu membenci Wani hingga maksima? Siapa pulak Zafril sebenarnya? Betulkan Megat Shazril telah kembali menagih cinta Wani? Siapa sebenarnya yang mengirim orkid?

Pada aku cerita ni agak straight forward… tak yah nak pening-pening fikir… all is there… boleh conclude awal-awal…  fenomena biasa dalam cerita-cerita kawin ala-ala terpaksa.. akhirnya bahagia… aku suka cara penulisan bersahaja Suri Ryana… watak Nazrin pun tak terlalu berat or ala-ala prince in shining armor… Nazrin seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja.. egonya pun biasa-biasa sahaja.. tak de la melampau sangat.. yang pasti dia memang kalah dengan nenek… Wani pulak memang nampak kekurang matangannya.. maklumla muda lagi dah jadik bini orang.. jelas watak Wani yang manja.. cuba menyembunyikan rasa hatinya kepada suaminya sebab dia tahu tahap kebencian Nazrin terhadapnya…

Scene yang diolah tu.. nampak natural… contohnya Wani and the geng kena denda dengan Doktor Nazrin si bapak singa untuk buat presentation sebab tak concentrate dalam kelas… banyak scene yang lucu yang boleh buat aku ketawa… ada jugak scene yang cute – berbalas small note bawah pintu… chumils.. scene romantik – tengok matahari terbenam atas batu… memang menghiburkan la kalau nak release tension.. malas nak fikir-fikir… you just go with the flow… walaupun ada cerita misteri disebalik kehadiran orkid di depan rumah… but cerita tu pun boleh predict… tak de banyak konflik pun…



No comments:

Post a Comment