Monday, March 25, 2013

Sehangat Asmara - Aisya Sofea

Sinopsis Belakang Buku :

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....


-------------------


Aku tak ingat la pulak ni novel Aisya Sofea yang ke berapa… tapi aku suka la citer ni… err… rasanya most citer Aisya Sofea ni aku suka jer… yang pasti.. mesti ada scene obersi hokay…. tu yang aku suker… citer ni dah adapt to drama dah pun… Adi Putra and Rita Rudaini…. suker-suker… first few episodes tu nampak la Adi agak kaku… and Rita a bit too old for first year college student… but for after nine years scenes… they are perfect… at least to my eyes… and lagipun ceritanya tak banyak yang diubah except they studied in Australia intead of London…. Okay enough about the drama…

Cerita ni mengenai Kamilia Najwa Tan Sri Ahmad Sharifudin yang agak ‘liar’ semasa belajar di Kota London… menarik Zainal Arief untuk mendekatinya dengan alasan mahu memimpin Kay agar tidak terus hanyut dengan dunianya yang suka berhibur… kehadiran Zainal secara misteri menimbulkan rasa kurang senang di hati Kay.. namun dalam diam dia cuba mencari siapa lelaki misteri itu… kekecewaan Kay dengan tingkah teman serumahnya, Mimie, yang membawa pulang lelaki ke rumah secara tidak langsung mendekatkan diri Kay dengan Zainal… bermula dengan memenuhi permintaan Zainal agar dia berbaju kurung dan memakai pakaian yang lebih sopan… pertemuan demi pertemuan… akhirnya menimbulkan rasa cinta di hati dalam diam… Zainal agak busy sebagai masters student kadang-kadang harus meninggalkan Kay beberapa hari… apabila berjumpa… mereka tidak dapat meluahkan rasa rindu secara fizikal… lalu Zainal melamar Kay untuk menjadi isterinya…

Sebagaimana perkahwinan abangnya, Firdaus dengan kakak iparnya, Yasmin, ditentang oleh Tan Sri… begitulah juga perkahwinan Kay-Zainal… walaupun mendapat tentangan hebat dari Tan Sri Ahmad Sharifudin dan Puan Sri Zaharah sehingga dihentikan bantuan kewangan… Kamilia Najwa dan Zainal Arief tetap bernikah… rupa-rupanya bahagia mereka hanya sementara… Selepas menduduki kertas terakhir, Zainal menerima telegram.. ayahnya sakit kuat… Zainal pulang ke Malaysia.. meninggalkan Kay tanpa kata dan berita.. dalam waktu yang sama… Kay mengandung anak mereka… akhirnya Tan Sri Sharifuddin dan Puan Sri Zaharah membawa Kay pulang ke Malaysia… Kay percaya Zainal akan datang mencarinya… namun harapannya hanya tinggal harapan… selama sembilan tahun Kay ditinggalkan begitu sahaja tanpa sekelumit berita… dalam pada itu… Tan Sri Ahmad Sharifudin memastikan perceraian antara Kamilia dan Zainal…

Selama sembilan tahun Kay membesarkan Misya sendirian… kehadiran Azman yang sentiasa di sisi sedikit sebanyak membantu Kay membesarkan Misya…. setelah sembilan tahun menghilang.. Zainal kembali apabila mengetahui kehadiran Misya… anaknya bersama Kay… dalam waktu itu.. Puan Sri Zaharah ingin memastikan Azman berkahwin dengan Kay… pada awalnya Kay tidak membenarkan Zainal bertemu dengan anaknya.. lalu Zainal yang merupakan seorang peguam menggunakan perintah mahkamah untuk mencapai hasratnya.. akhirnya Kay akur dengan kehendak Zainal dan bersedia menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah…

Bermula pertemuan pertama di antara Misya dan Zainal… membawa pertemuan demi pertemuan kerana Misya tidak mahu berenggang dengan papanya… padanya hidupnya sudah lengkap mempunyai mama dan papa seperti rakan-rakan yang lain… dan kehadiran Azman tidak diperlukan lagi… akur dengan kehendak Misya yang dizahirkan dengan tingkah laku… Azman mengundurkan diri… kepulangan Zainal di dalam hidup Misya menyebabkan Kay sering berbalah dengan Zainal menuntut penjelasan di atas kehilangannya tanpa pesan sembilan tahun dahulu… Zainal tetap mendiamkan diri dan menganggap itu adalah cerita lama yang tidak perlu diungkit… ditambah pula desakan emaknya yang mahu dia berkahwin dengan Azman menyebabkan Kay semakin tertekan… dan sekali lagi Zainal melamarnya untuk menjadi isterinya buat kali kedua…
Jadi isteri I, Kay? Lama lagi ke I kena tunggu jawapan you itu?” soalnya seakan berbisik.

Mata kami bertentangan. “I tunggu satu jawapan you sejak sembilan tahun yang lalu, Nal. I nak tahu jawapan tu.”

Dia bersedia untuk aku mengutarakan soalanku. “Kenapa you tinggalkan I seorang diri di sana?

Dia mengeluh panjang. Pelukannya yang direnggang bila dia menjarakkan dirinya dariku. “Itu kisah lama. Tak patut kita ungkit kembali.”
Atas dasar cinta yang tidak pernah padam terhadap Zainal… Kay menerima lamaran Zainal… kemuncaulan Yani, adik Zainal, membuka kisah sembilan tahun dahulu yang sering dielak Zainal… cerita Yani membawa Kay pulang ke kampung Zainal menemui Uminya untuk mengetahui kisah sebenar… tanpa Kay sedar rupa-rupanya dia sedang mengandung lagi… Umi meminta dia tinggal di kampung untuk menenangkan hatinya… Umi memanggil Zainal pulang kerana padanya hanya Zainal yang berhak untuk menerangkan cerita sebenar kisah sembilan tahun dahulu…

Apa sebenarnya kisah sembilan tahun dahulu? Siapa yang menyebabkan Zainal meninggalkan Kay? Kenapa perkahwinan kedua Kay-Zainal tiada tentangan langsung daripada Tan Sri? Apa yang berlaku dengan Firdaus-Yasmin?

Aku suka cerita ni sebab watak Zainal Arief… hmmm… rasanya memang Aisya Sofea memang bijak mewujudkan watak prince in shining armor… walaupun dia meninggalkan Kay selama sembilan tahun tanpa pesan… aku masih boleh maafkan Zainal.. huhhuhu… boleh ke aku buat cam tu in real life kan?? Eerrkk… watak Kay pun not bad.. at least she tried so hard to be strong… just that watak Azman membuatkan Kay nampak tak independent… the best part of Zainal Arief was… dia sentiasa cool menghadapi Kay.. tak cepat naik angin dan sentiasa in control… pandai memujuk and… kira gentleman la…

Aku suka sangat part dia ajak Kay kawin for the second time… sungguh bersahaja.. penuh kasih… ishh… over plak aku nih… tapi rasanya memang sweet jer part tu… sebab tu la Kay terus cair kot… J anyway… watak Zainal dalam buku lagi strong compared to Adi Putra in drama… where else… Rita sangat cemerlang.. sama macam Kay dalam buku.. could because of her real life pun macam tu?? But she was superb la in this drama… Adi Putra kadang-kadang menjadi.. kadang-kadang macam lost as Zainal.. walhal Zainal is a strong character… aku rasa Zamarul Hisham would do it much better…

Apa pun kekuatan cerita ni adalah Misya… and that young lady dalam drama ni sangat sesuai jadi Misya… adik Nur Fureena namanya… Misya merapatkan hubungan Kay-Azman… Misya melembutkan hati Tan Sri dan Puan Sri… Misya menyebabkan Zainal kembali dalam hidup Kay… Misya juga yang menyatukan Kay-Zainal…



4 comments:

  1. Drama at tajuk yg sama ke.. Teingin nk tgk..

    ReplyDelete
  2. kak min.. yup.. tajuk yang sama.. aired by ASTRO Mustika last year for 40 episodes.. half an hour each..

    ReplyDelete
  3. Aku sayang orang atas !! Naim hensem 2 Kemboja !! amin pon hensem

    ReplyDelete
  4. rasyid suka aminah.lalat

    ReplyDelete