Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.
Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.
Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA. Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I
Sebabnya? Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!
Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:
------------------
Baca buku ni macam baca diari Sofea Saloma... unik namanya... aku jumpa sinopsis buku ni kat Jemari Seni... macam best jer... so aku pon belila kan... menghabiskan baca dalam 2 hari sebab masa tu kena gi team building.. hua.. hua.. sib baik team building tu tak membosankan...
Okay.. back to the book.. kisah hidup Sofea bila mana mak dia bagi tempoh 60 hari untuk Sofea carik calon suami.. kalau tak.. mak akan terima Yusuf, pilihan Mak Su yang agen mencari jodoh untuknya... Sofea mintak tolong Su.. kawan baik dia macam mana nak carik calon suami... Su cadangkan buat iklan kat paper.. dalam masa yang sama Sofea kena bertugas di Sabah selama 2 bulan dengan Hisham Ariffin.. jejaka idaman malaya di pejabatnya yang 'manis' aka hensem la.. so Sofea serahkan bulat-bulat pada Su untuk memilih calon suaminya..
Masa kat Sabah tu.. Sofea bertambah rapat dengan Sham.. dalam hatinya berharap sangat yang Sham kan meluahkan rasa hati.. Sham pulak.. dalam pada usik mengusik si Sofea tu tetap memendam rasa hati.. cuma diluahkan dengan perbuatan.. caring and all that... and dalam masa yang sama jugak si Su dah pilih calon suaminya.. Aliff Zikri, duda anak seorang iaitu Ain Zulaikha.. Aliff meletakkan syarat jika Sofea membatalkan kontrak perjanjian perkahwinan, Sofea harus membayar 70% daripada gajinya kepada Aliff... berserta 2 syarat.. jadi mama Ain dan redha sebagai isterinya dunia dan akhirat.. tanpa bertemu atau sesi suaikenal, Sofea pasrah menerima Aliff sebagai bakal suaminya... tapi kenapa dia tak nak terima Yusuf? Bukan ke Yusuf tu kawan dia dari kecik? Mesti dah kenal rapat... pengusaha ladang pisang yang berjaya... apa kurangnya Yusuf? walaupun Sofea terpaksa redha terima Aliff hatinya tetap mengharapkan Sham... lalu.. siapakah pilihan hatinya? Alif? Yusuf? Sham?
Sepulangnya dari Sabah, hidup Sofea semakin complicated... dia terikat dengan kontrak perkahwinan dengan Aliff, sebaik bertemu Aliff dan Ain, Sofea nekad untuk menarik diri.. biarlah dia kehilangan 70% gajinya... kenapa?... Mak Su pulak beriya-iya dok kenenkan Yusuf dengan Sofea... Sofea cuba sedaya upaya mengelak daripada Yusuf walaupun memang sangatlah obvious yang Yusuf tu dah terang-terang nakkan Sofea sebagai isterinya... Sham pulak.. dengan senang hati memperkenalkan Sofea kepada ibunya.. tetapi masih bermain tarik tali dalam soalan hati... akhirnya.. Aliff lebih bijak bertindak... dalam keterpaksaan, Sofea bernikah dengan Aliff... kenapa Aliff begitu nekad mahukan Sofea sebagai isterinya?.. dek kerana kecewa.. Yusuf bertunang dengan gadis kampung sebelah... Sham transfer ke cawangan lain dan meminang gadis yang baru dikenali di situ...
Sofea masih tidak menerima Aliff... sampai dah pregnant anak Aliff pon dia tak bagitau kat Aliff.. kematian Aliff menjadikan Sofea hidup dalam penyesalan tiada berkesudahan.. dalam pada itu juga Yusuf kembali menghulurkan cintanya... Sham meluahkan rasa hatinya seminggu sebelum perkahwinannya... lalu.. siapakah pilihan hati Sofea kali ini?
Mula-mula baca buku ni.. aku rasa agak bosan sikit walaupun bahasanya sangat santai... ada sesekali Normaslina guna bahasa Johor... yang boleh buat aku tersenyum sendiri... lama tak guna bahasa Johor sejak berhijrah ke kay ell.. bermula kisah Sofea and Sham kat Sabah tu.. aku jadik suka cerita ni.. mula-mula aku pasti yang Sofea akan pilih Sham.. and aku tak suka Aliff dan Yusuf.. watak Sham yang caring tetapi cuba jadik cool menjadikan Sham adalah typical malay man idaman malaya pada pandangan aku.. mau tapi malu.. rasa tapi tak terluah.. last-last gigit jari... keadaan Sofea-Sham yang sama-sama mau tapi malu boleh membuatkan kita berada di zaman remaja walaupun umur 33 tahun tu dah kira dewasa...
"Yelah kak, sedap sangat." Puji aku lagi."Ikan segar ni memang manis. Dah lama akak tau. Tapi orang yang tengah makan ikan tu lagi manis, kan Sham?" Aku terkedu dengan gurauan Kak Shila, untuk menutup malu aku pura-pura sibuk mengopek kulit udang."Aaah kak, ikan tu memang manis, tapi orang kat depan kita ni terbukti lagi manis. Tanpa perisa tambahan pulak lagi." Sham tertawa besar diikuti Kak Shila. Ada sedikit rasa bahagia yang berbunga apabila aku dengar kata-kata Sham tadi.
Watak Yusuf tu biasa-biasa sajer tapi ada kekuatannya tersendiri sebagai kawan yang menyimpan perasaan sekian lama... Yusuf tetap menjaga Sofea dalam keadaan apa sekalipun.. as expected.. Sofea tidak dapat memberi hatinya kepada Yusuf... Yusuf nampak lebih matang dalam membeli hati Sofea... rasa sayang yang memang sedia ada sejak kecik tu membuatkan Sofea-Yusuf di dalam satu ikatan yang sukar ditafsirkan...
Benar seperti jangkaan aku, tepat jam sembilan setengah malam telefon bimbit aku berbunyi. Panggilan daripada Yusuf."Kenapa tak beri saya jaga awak malam ni?" tergesa-gesa dia bertanya, sampai salam pun dia dah lupa nak beri."Tak payah. Awak rehatlah.""Saya tak penat. Saya pun bukan buat apa-apa kerja kat sana. Duduk aje.""Saya faham, tapi...""Siapa yang nak tengok awak kalau jadi macam siang tadi?" Wah, malu aku apabila dia sudah ungkit kejadian aku nangis siang tadi. Aku ada duit le setakat nak bayar duit suntikan tu.
"Sofea." Aku menoleh. Malas untuk berbalah, aku mengambil pinggan dan menyuap perlahan-lahan."Sini I suap." Aku menepis tangannya daripada mengambil sudu."I boleh makan sendiri.""Suap I sekali." Aliff merapatkan kerusinya. Aku terus menyuapkan nasi padanya tanpa henti. Aliff pula seolah-olah terlupa bahawa akulah yang sepatutnya makan dan bukan dia."Kenapa dengar lagu ni berulang-ulang?" "Suka.""Lagu sedih macam ni?" Aku mengangguk."Tutuplah.""I suka dengar." [lagu Anang - Separauh Jiwaku Pergi]"Sayang.""Please." Aku mengambil semula telefon bimbit daripadanya. Aliff mengalah. Dia duduk sambil memeluk bahuku tanpa kata-kata. Sudahnya lagu itu kami ulang dengar sehingga bateri habis.
Bila tak ada.. sampai tercari-cari.. bila dah ada depan mata.. susahnya membuat pilihan... itulah yang dirasai Sofea.. walaupun yang diterima bukan pilihan sebenar hati... tetapi Sofea harus terima.. menerima perkahwinan dengan redha akan memberikan kedamaian.. dendam yang tidak terlerai mencipta penyesalan tidak berkesudahan... aku suka buku ni!! :).. looking forward for her second book... bila la agaknya...
No comments:
Post a Comment