Tuesday, March 19, 2013

M.A.I.D - Suri Ryana

Sinopsis Belakang Buku:

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?


---------------------


Mengenai kisah Noorul yang tekad menjadi pembantu rumah di sebuah penthouse milik seorang engineer muda, Harris. Noorul tidak pernah memasak.. tetapi kerana tak de pekerjaan, dia nekad menerima kerja sebagai pembantu rumah.. mula-mula tu dia belajar memasak daripada Iman, kawan baiknya.. demi mengetahui majikan yang dipanggil Mr.F itu suka masakan Thai, dia sanggup berhabis duit masuk kelas belajar memasak daripada chef.. rupanya perlanggaran secara tak sengaja antara dia dan Mr.F meninggalkan kesan dalam hatinya... sejak dari pertama bekerja.. Mr.F hanya lekatkan small notes sebagai arahannya.. notes tu semua Noorul simpan sebagai kenangan..
Telefon saya sebaik sahaja awak sampai:0125552222

Tolong basuh dengan bersih semua utensil. I hate smelly things.

Jangan tunggu sehingga keperluan dapur habis, baru nak maklumkan kepada saya. Beritahu awal-awal.

Setelah pinggan mangkuk yang dibasuh kering, haruslah disimpan di dalam kabinet ini.

Berhati-hati semasa membersihkan pasu dan bunga-bunga ini ibarat awak sayangkan nyawa awak.

Jangan tumpahkan apa-apa di atas karpet dan sofa. Handle them with care, seperti awak sayangkan nyawa awak.

Jangan buka almari ini. Tidak perlu kemas dan bersih.
Pertemuan Noorul dengan Haikal, adik Harris, menimbulkan rasa cinta Haikal terhadap Noorul.. tetapi Noorul tidak dapat menerimanya kerana dihatinya telah ada 'seseorang yang istimewa'.. siapa ya?

Dalam pada itu, Mak Leha jiran Noorul di kampung nakkan dia menjadi isteri kepada anaknya, Asyraf.. tetapi ditolak oleh Noorul.. keengganan Noorul mengikut kehendak Asyraf menimbulkan perasaan dendam Asyraf terhadap Noorul, lebih-lebih lagi bila Asyraf ditangkap khalwat dan menyangka Noorullah puncanya.. gambar Noorul dan Harris di depan penthouse telah tersebar dikalangan rakan niaga Tan Sri Hamdan dan Puan Sri Kirana telah memaksa Noorul dan Harris untuk segera bernikah untuk menutup malu.. pada mulanya Noorul tidak bersetuju dan pulang ke kampungnya.. tetapi setelah dipujuk oleh Tan Sri Hamdan dan ibunya, Noorul akhirnya bersetuju...

Episod hidupnya sebagai isteri tidak mengakhiri jawatannya sebagai pembantu rumah.. mereka tinggal di bilik yang berasingan.. hanya berlakon mesra di hadapan keluarga terutamanya Zaura, adik bongsu Harris.. tapi bila di banglo Tan Sri atau di kampung.. mereka tiada pilihan.. WAJIB sebilik... dan akhirnya rahsia hati yang selama ini terpendam terlerai jugak la... rupa-rupanya Harris memang dah terjatuh hati dan terjatuh cinta pada Noorul sejak first time terlanggar each other... so... happy ending la kan? oh belum lagi...
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Abang bersyukur kerana mencintai orang yang juga mencintai abang. Thanks sayang!
Ingat pada Puan Sri Kirana? Puan Sri memang tak suka la ngan si Noorul ni sebab pilihan hati dia adalah Elisa... so si Elisa ni sedaya-upaya la buat fitnah so that Harris akan menceraikan Noorul.. tapi berjaya ke si Elisa tu? Macam mana pulak dengan Haikal yang patah hati? Teguh ke kasih dan cinta Harris pada Noorul?
"Sayang, janji dengan abang, walau masalah sebesar gunung ada di hadapan, sayang mesti tabah dan jaga kesihatan. Janji? Jangan buat abang risau."
First time aku baca buku ni pinjam buku adik... bestla gak kan... macam comel jer gelagat Noorul yang kelam kelibut masa jadi maid tu.. bahasanya bersahaja... Harris seorang yang cerewet.. Noorul jenis kelam kabut.. bila berjumpa sure jadi tunggang langgang kan… scene yang aku suka masa diorang dok try-try baju untuk majlis nikah and reception.. sebab aku rasa masa tu la yang si Harris ni betul-betul yakin dengan hati dia.. ceritanya pun straight forward.. tak payah banyak-banyak fikir.. tapi bila Harris dan Noorul dah berbaik tu.. kadang-kadang macam agak bosan la gelagatnya.. ada ala-ala fairy tale jugak... kadang-kadang too childish.. but overall menarik untuk dibaca...



1 comment:

  1. Minat sangat buku ni...suka baca wayak noorul tu..suka cakap sorang dorang dan yang paling penting noorul tak digambarkan srbagai perempuam yang cantik cerdik pandai...

    ReplyDelete