Sinopsis Belakang Buku:
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
-------------------------
Rasanya ini novel pertama Sara Aisha.. and the only novel dia yang aku baca.. tak sure if she has other novel... hmm... masa mula baca novel ni aku memang dok teringat kat sorang member aku.. masa tu member ni baru kawin... bukan apa.. yang aku dok teringat tu sebabnya... dia ni kawin dengan our so-called ex-boss... hehehe... masa hubby dia jadik boss kitaorang ni.. my fren tu ngan ex-boss tu kiranya ala-ala macam anjing ngan kucing la... bila member ni masuk bilik boss tu selalu jer dia macam nak marah jer kat boss tu.. after dah tak berjumpa bertahun-tahun... tup-tup jumpa balik and kawin... tu yang bila baca Jodoh Itu Milik Kita ni aku dok teringat kat dia.. sesungguhnya kalo dah jodoh tu nak kata cam mana... pusing kot mana pun Insya Allah.. bersatu jugak...
Citernya pasal Dahlia yang kawin ngan Aariz Danial bila last minute Syafiq yang sepatutnya kawin dengan dia, tarik diri. On the first place, memang pun their marriage tu atas aturan keluarga.. demi memenuhi kehendak uminya, Puan Marina, pada mulanya Syafiq bersetuju... tetapi pada hari pernikahannya, Syafiq menarik diri.. so Puan Marina memujuk Dahlia menerima abang Syafiq, Aariz Danial sebagai suaminya... setelah puas dipujuk, akhirnya Dahlia pun bersetuju.. kalau tak.. tak la jadik cerita...
So.. memula kawin tu.. Aariz dan Lia agreed to be friend before proceed to relationship yang lebih bermakna... because masing-masing pun tak kenal antara satu sama lain.. first time jumpa pun pada hari pernikahan... they move into Aariz's place iaitu apartment yang baru dibeli... Aariz pun baru sebulan jer balik Malaysia after 6 years kerja di Australia... dari hari ke hari.. dari usik-mengusik... Aariz mula jatuh sayang dan cinta pada Lia... walaupun dia sudah mematerai sumpah untuk tidak berkahwin... Lia pun macam tu jugakla kan...
After sometimes... Puan Marina asked Aariz to look for Syafiq sebab dia terlalu rindu... Aariz pun mengupah penyiasat persendirian untuk menjejaki Syafiq.. Syafiq pulak rupanya berada di Wellington kerana mengejar Alya... dia yang terlalu obses untuk mendapatkan Alya sanggup meninggalkan tunangan di hari pernikahan.. tetapi Alya menolak Syafiq kerana dia sedar Syafiq telah mempergunakannya untuk merealisasikan keinginan Syafiq demi melebihi abangnya Aariz... kerana panas hatinya.. Syafiq kembali ke Malaysia untuk menuntut Dahlia tanpa mengetahui Dahlia sudah bertukar status sebagai kakak iparnya...
Kepulangan Syafiq menjadikan rumahtangga Aariz dan Dahlia porak-peranda... Syafiq berusaha memisahkan pasangan suami isteri itu kerana tidak mahu Aariz bahagia... kenapa Syafiq terlalu berdendam dengan Aariz? so.. demi melunaskan dendam di hati... Syafiq mendesak Dahlia untuk mencari siapa diri Aariz yang sebenar... dia pasti Dahlia akan meninggalkan Aariz jika mengetahui siapa sebenarnya Aariz... pada waktu yang sama.. Aariz berperang dengan perasaannya.. rasa cintanya yang mendalam terhadap Lia menghalang dirinya melepaskan Dahlia... tetapi merasakan dirinya terlalu kotor tidak layak untuk Lia... because my family is my everything.. kerana prinsip itu dia tegar melepaskan Dahlia untuk Syafiq..
Dahlia terpinga-pinga dengan perubahan sikap Aariz terhadapnya... cintanya pada Aariz tiada sempadan pemisah.. walaupun telah mengetahui rahsia hidup Aariz... Dahlia tekad untuk terus hidup bersama Aariz... tetapi diri Aariz yang seolah-olah membuang dirinya menyebabkan dia redha dengan apa jua keputusan Aariz untuknya...
Apa rahsia Aariz? Siapa sebenarnya Aariz Danial? Berjaya ke si Syafiq yang dah macam psychotic tu memisahkan kasih Aariz-Dahlia? hmm.. kena lah baca sendiri kan... buku ni banyak berkisar hidup Aariz dan Dahlia.. how they adapt each other.. what they feel.. usik mengusik... rencah rasa berkenalan dalam perkahwinan..
"Abang, Lia minta abang halalkan makan minum Lia selam Lia jadi isteri abang. Lia minta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala dosa Lia pada abang. Lia tahu Lia bukan isteri yang terbaik untuk abang. Dan izinkan juga Lia untuk Lia cakap buat kali terakhir yang Lia.. Lia sayangkan abang. Cuma abang dalam hati Lia."
No comments:
Post a Comment